Tuesday, 25 September 2012

Edisi Makan - Makan #2 [LAVENDER Bakery & Bistro]


Hi guys!

Okey hari ni nak share pasal dinner tadi. Tapi before tu kan, kalau korang nak tau, saya nak buat satu entry ni pun rasa macam berkurun tau sebab connection internet kat sini yang sangatlah slow. Tersangat. Huhu. Sabar je la.

Okey so tadi korang semua makan apa? Makan kat luar ke or mak masak kat rumah? For me, since tadi petang pergi hantar my brother kat Senai International Airport, dia nak balik Sabah, so singgah la makan kat sana memandangkan time tu dah malam, perut pun haruslah lapar kan.

So lepas dah hantar my brother tu, kitorang pun makan la kat LAVENDER Bakery & Bistro kat dalam airport ni. One of my favourite place to eat! Senang je nak cari bistro ni. Betul-betul depan gate Arrival Hall. =)







Sambil tunggu tu baca Majalah Ujang dulu. =)

Okey di bawah ni adalah minuman-minuman yang kitorang order.

Iced Honey Green Tea (RM 7)

 Iced Tea Latte (RM 7)

Milkshake Vanilla (RM 11)

Me. Patiently waiting for my food. Cepat-cepat!

Ni makanan-makanan yang kitorang order pulak.

Prawn Fried Rice (RM 13)


Penang Fried Kueh Teow (RM 12)


Grilled Chicken with Garlic Rice (RM 15)


Okey, tu je la yang kitorang makan tadi. Penang Fried Kueh Teow tu memang my all time favourite la~ Sedap! Tapi tak boleh la selalu, kering poket nanti. LOL.

Kenapa saya suka makan kat LAVENDER Bakery & Bistro ni? First sebab environmentnya yang selesa, kemas dan bersih je. Dan yang keduanya, service pun okey kat sini. Bab makanan dan minuman, ada yang okey ada juga yang biasa-biasa je. Apa-apa pun, bistro ni menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman dari pembuka selera sampai la ke dessert. 

So siapa rasa nak try makan kat sini, LAVENDER Bakery & Bistro ni ada banyak lagi cawangan lain di seluruh Johor dan Kuala Lumpur. For more info, you guys boleh visit their own website LAVENDER Bistro & Bakery dan tengok sendiri menu-menunya dan branch mereka yang lain ye.

So thats all untuk entry kali ni. Jangan lupa tunngu sambungan cerita kat Nami Island tu ye. Thank you guys for reading and singgah to my blog ni~ =)



NotaKaki : Siapa lapar pergi masak megi sekarang! Haha! =)











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...