Wednesday, 19 September 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 3 - PART 2



Perhatian : Artikel yang bakal dibaca adalah sangat panjang. Harap bersabar. =)


Okey jom kita sambung di bahagian ke-2 untuk hari ke-3 ni.

 So perjalanan kami seterusnya dari SBS Open Hall tu menuju ke Bangunan HQ SBS di Mokdong. Route kami macam di bawah ni.

[1] Gayang Station (Line 9) -> [2] Yeouido Station (Transfer to Line 5) -> [3] Omokgyo Station (Line 5).  Ambil Exit 2.

* Route di bawah ni adalah salah satu option juga. Kitorang tak transfer di Dangsan Station, tapi terus sampai ke Yeouido Station baru tukar ke Line 5. Sebabnya kalau ikut route kat bawah ni kena transfer line sebanyak 2 kali.

Klik untuk gambar yang lebih jelas. 
Untuk direction yang lebih jelas, boleh tengok kat map bawah ni ye.


* Haritu kitorang masuk dari gate yang berdepan Homeplus tu. Kalau korang pergi sana nanti, tanya la security guard kat gate tu dulu, minta permission dia untuk masuk. Tapi dalam building memang tak boleh masuk ye.

** Walkalator tu memang bersambung terus ke Hyundai Department Store. So kalau ikut Exit 2 tu, memang akan keluar kat shopping mall ye. Jangan pula korang blur nanti. Hihi.

Untuk ke HQ SBS ni, kami tak turun kat station Mokdong. Tapi kami pilih untuk turun di station Omokgyo. Kalau ikut Exit 2 tu, kita akan lalu walkalator yang panjang, terus sampai ke Hyundai Department Store. Jangan ingat Hyundai ni buat kereta je tau, dorang ni rupanya banyak business lain. Fuhhh. 

Transfer kat Yeouido Station.

Walkalator yang sangat panjang.
So Hyundai Department Store ni antara shopping mall yang ada kat area ni la. Since time tu hujung minggu, memang ramai orang dekat situ. Kami pun sempat la lagi round-round jap area mall ni. Tapi takde beli apa pun since sama je macam kedai-kedai kat tempat kita. Cuci mata je la jawapnya.

Cinema!

Cuci mata. =D

Handsome + Cantik. =)

Nama-nama kedai yang ada di mall ni.



Dari exit subway tu, kena naik 2 tingkat ke atas dalam mall ni. Then baru jumpa main entrance. Keluar dari main entrance shopping mall ni, tengok belah kiri memang dah boleh nampak bangunan SBS tu. Wahh happy sangat time ni, sebab selalu tengok kat tv je, ni dah nampak real depan mata. Tulah bangunan tempat selebriti-selebriti Korea keluar masuk tau. 

Main entrance.


Tunggu awek ke?

Basikal everywhere.



SBS Building spotted!



Plus tempat ni juga selalu menjadi lokasi shooting drama ataupun variety shows terbitan SBS juga. Running Man jangan cakap la, banyak kali shoot di sini. Rooftop Prince apatah lagi. Hehe. So menapak la kitorang sambil bersesi fotografi lagi. Hehe.

Yang ni orang Kristian punya. Jangan pula korang masuk ye.



Ada pandora di belakang.

Tingginya! Tak takut ke tinggal kat rumah yang paling atas tu?




Jalan di depan bangunan SBS ni dipanggil Star Street di mana terletaknya bekas hand prints selebriti-selebriti top di Korea contohnya Lee Hyori, Boa dan kumpulan GOD. Nasib baik ada satu family ni, orang Korea lalu kat situ. Time tu terdengar la mak dan anaknya tu main tunjuk-tunjuk kat hand prints tu sambil sebut nama-nama empunya prints tu. Saya dengar je time tu, bila dorang dah gerak terus lari ke sana tengok mana Boa punya dan mana satu Hyori punya. Haha. Since tak paham sangat tulisan Korea, yang lain tu tak dapat nak di identifykan.



Boa!

Lee Hyori!



Okey, berbalik kepada bangunan HQ SBS ni, atenya kena pusing kat belah belakang tau, berdepan dengan bangunan HomePlus tu. Ada 3 gate kalau tak silap, yang 1 tu ditutup, yang satu lagi untuk kereta-kereta staff dan selebriti keluar masuk kot. 



So dengan tak segan silunya saya pun memberanikan diri bertanya dengan security guard kat situ kalau boleh masuk ke dalam building tu. Tapi dia pun x pandai sangat cakap English, mula-mula tu dia refuse nak bercakap and dia just say ‘no no and no’. Hurm saya pun tak putus asa sebab before tu saya nampak juga ada satu family ni masuk dalam area tu, tapi bukan dalam building tu la. So saya try tanya lagi minta permission if boleh bergambar dekat area luar pintu masuk tu je. Then dia tanya dari mana, saya cakap Malaysia. Ohhh baru nampak dia senyum. Saya pujuk-pujuk lagi then dia kata ‘yes yes’ sambil tunjuk area depan tu sahaja. Saya pun explain la dengan body language dan hand gesture sebaik mungkin yang kitorang just nak ambil gambar depan tu je. Depan tu je encik! Then dapat green light! Yes!

So jom layan gambar-gambar di bawah.





Sempoi. Pergi kerja pakai seluar pendek je.


Dalam building. Tapi tak boleh masuk.




Tempat opening Running Man Episode 86. Kan?


Okey, selesai berfotografi di luar bangunan SBS ni, kami pun decide untuk bergerak ke luar, nak lepak-lepak di Omok Neighborhood Park berdepan bangunan SBS ni. Tapi before tu, kami lepak-lepak duduk jap kat tepi bangunan SBS menghadap ke bangunan HomePlus tu.



Hah kena saman dah.



Rasanya di area ni memang digalakkan mereka berbasikal kot sebab memang ada lane khas untuk cyclers dan ramai sangat yang naik basikal. Time tu juga ada kereta yang kena tahan polis. Hehe terlebih speeding la tu kot. Satu perkara yang saya notice kan, kat Seoul ni kereta semua nak laju-laju je. Memang laju. No wonder la kalau ada accident kat korea ni bukan main teruk lagi. Huhu.

So kitorang pun melepak lah sambil menghirup udara segar di tengah-tengah bandar ni. Nyaman je. Ditemani cahaya matahari, udara yang nyaman dan sejuk, berdepan dengan bangunan SBS, dapat lah kami tengok ragam penduduk di situ berekreasi since time tu kan masih Summer. Ada yang main softball dengan anak-anak, ada yang main bola sepak, ada yang main badminton dan ada juga yang jalan-jalan bawa anjing dorang. Syok je tengok. Comel-comel belaka.


Penutup longkang di sana memang comel-comel. 

Ni lagi satu. Cute!

Nasib bukan kucing. Geram!

Anjing Ahjumma.


Staff SBS tengah menelan asap rokok.



Kak Yanie tengah gosip-gosip dengan si ahjumma.






Time tengah rileks-rileks melihat bangunan SBS tu, mengingati si Grasshopper tengah berlari-lari dikejar oleh Sparta and the kids dalam Episode 13, datanglah pula seorang mamat Korea ni dekat kami. Saya perasaan ni mamat yang duduk baca buku di bench kat hujung taman ni tadi.

Sesi perkenalan pun bermula. Nama dia Tae Sung Kim. Tinggal di area Mokdong ni la. Dan kami pun perkenalkan diri juga. So dia tanya la dari mana semua buat apa kat sini kan. Dia curios sangat nampak kami berdua di area tu, sebab jarang ada orang berhijab kat situ. Kalau ada pun dia pernah nampak Indian katanya. Haha. So borak-borak jap and dapat tau yang dia pernah juga pergi Malaysia. Woah bercerita la kami itu dan ini. Pastu sempat la snap picture dengan dia. Tapi sedih sebab tak dapat cari dia kat Facebook. Tak jumpa pula nama yang dia bagi tu. Ramai sangat kot orang yang ada nama sama dengan dia. Huhu.

Ni lah dia.

Peace! =)

Okey habis di situ, lepas tu kitorang pun decide untuk balik ke guesthouse sebab dah petang. Tapi before tu kami singgah lagi di Hyundai Department Store tadi tu, window shopping kejap. Di tingkat bawah bangunan ni, ada Bandi & Luni’s Bookstore. Antara rangkaian bookstore yang famous juga di sana.

Bandi & Luni's Bookstore di tingkat bawah. Owh telan liur je tengok KFC. Huhu.
So kami masuk la kejap kat sana sebab Kak Yanie nak tengok-tengok kalau-kalau ada dvd or cd yang berkenan di hati. Lagipun ada member-member Kak Yanie yang nak minta tolong beli dvd/vcd yang limited edition punya. Sementara Kak Yanie usha-usha benda tu, saya pusing-pusing la kat bookstore tu tengok novel, and buku-buku yang ada di situ.

Lepas tu, kitorang jalan-jalan lagi kat dalam tu. Saya singgah jap la kat display area untuk Smart TV Samsung. Huiihhh tempat display dia bukan main luas lagi. Semua tv pun besar-besar belaka. Sementara tunggu Kak Yanie, saya lepak kat situ je la sebab time tu dia pasang Running Man. Episode berapa tak ingat pula. Layan je la walaupun tak paham. Haha.

So bila dah malam tu, haruslah rasa lapar menguasai diri. Hurm kitorang decide nak makan donut je la kat Dunkin Donut. Dengan rasa yakin yang makanan tu boleh dimakan, kitorang pun beli la donut dengan Blueberry Cheese Filling dan Almond Choco Crunch. Minuman saya ambil Mocha Ice saje. Semua tu dalam KRW 10,000++ juga la. Okeylah tu kan. Lepas dah makan-makan isi perut semua, kitorang pun bergerak keluar dari sana.


Destinasi seterusnya kitorang nak ke area Hongdae.  Nantikan di part yang ke-3 ye. Edisi special sikit. Mesti peminat Running Man jeles. Haha.  =D



Thanks for reading guys!



Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub




5 comments:

tintamerah_blogspot.com tintamerah_blogspot.com said...

farah...
amboi3x ckp kakak tgh bergossip dgn Ahjumma tu arr..:-D

Cik Nurul Pinky Cik Nurul Pinky said...

Salam perkenalan... best betul baca entry pasal ke korea ni. Lengkap semuanya hehehe. memang boleh rujuk kat entry awak je untuk perjalanan saya ke sana. boleh email saya tak sebab ada benda nak Tanya sikit tq yer. nurul.hasmiza@yahoo.com

Unknown Unknown said...

bestnye dah sampai depan sbs..wajib masuk dalam iti ni..mekasih ye dgn info yg lengkp ni..

AinyJejung AinyJejung said...

best bca entry pasal ke korea ni.. naik jeles pulak sy rsa.. heheh entah bila agak nye saya boleh smpai kat sana.. btw saya nak tanya semua kos habis berapa utk seorang??? mana tau kot2 thn dpn bleh g korea.. in sya Allah.. hihihi

https://glory-eymma7.blogspot.com/?m=1 https://glory-eymma7.blogspot.com/?m=1 said...

Nak tya..kenapa tak turun kat mokdong station bukan ke kat sana lagi dekat...btw next week sy g korea..sy ikut je lah jalan awak nj

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...