Perhatian : Artikel yang bakal dibaca adalah sangat panjang. Harap bersabar. =)
Okey jom kita sambung di bahagian ke-2 untuk hari ke-3 ni.
So perjalanan kami seterusnya dari SBS Open Hall tu menuju ke Bangunan HQ SBS di Mokdong. Route kami macam di bawah ni.
[1] Gayang Station (Line 9) -> [2] Yeouido Station (Transfer to Line 5) -> [3] Omokgyo Station (Line 5). Ambil Exit 2.
* Route di bawah ni adalah salah satu option juga. Kitorang tak transfer di Dangsan Station, tapi terus sampai ke Yeouido Station baru tukar ke Line 5. Sebabnya kalau ikut route kat bawah ni kena transfer line sebanyak 2 kali.
|
Klik untuk gambar yang lebih jelas. |
Untuk direction yang lebih jelas, boleh tengok kat map bawah ni ye.
* Haritu kitorang masuk dari gate yang berdepan Homeplus tu. Kalau korang pergi sana nanti, tanya la security guard kat gate tu dulu, minta permission dia untuk masuk. Tapi dalam building memang tak boleh masuk ye.
** Walkalator tu memang bersambung terus ke Hyundai Department Store. So kalau ikut Exit 2 tu, memang akan keluar kat shopping mall ye. Jangan pula korang blur nanti. Hihi.
Untuk ke HQ SBS ni, kami
tak turun kat station Mokdong. Tapi kami pilih untuk turun di station Omokgyo.
Kalau ikut Exit 2 tu, kita akan lalu walkalator yang panjang, terus sampai ke
Hyundai Department Store. Jangan ingat Hyundai ni buat kereta je tau, dorang ni
rupanya banyak business lain. Fuhhh.
|
Transfer kat Yeouido Station. |
|
Walkalator yang sangat panjang. |
So Hyundai Department
Store ni antara shopping mall yang ada kat area ni la. Since time tu hujung
minggu, memang ramai orang dekat situ. Kami pun sempat la lagi round-round jap
area mall ni. Tapi takde beli apa pun since sama je macam kedai-kedai kat
tempat kita. Cuci mata je la jawapnya.
|
Cinema! |
|
Cuci mata. =D |
|
Handsome + Cantik. =) |
|
Nama-nama kedai yang ada di mall ni. |
Dari exit subway tu,
kena naik 2 tingkat ke atas dalam mall ni. Then baru jumpa main entrance.
Keluar dari main entrance shopping mall ni, tengok belah kiri memang dah boleh
nampak bangunan SBS tu. Wahh happy sangat time ni, sebab selalu tengok kat tv
je, ni dah nampak real depan mata. Tulah bangunan tempat selebriti-selebriti
Korea keluar masuk tau.
|
Main entrance. |
|
Tunggu awek ke? |
|
Basikal everywhere. |
|
SBS Building spotted! |
Plus tempat ni juga
selalu menjadi lokasi shooting drama ataupun variety shows terbitan SBS juga.
Running Man jangan cakap la, banyak kali shoot di sini. Rooftop Prince apatah
lagi. Hehe. So menapak la kitorang sambil bersesi fotografi lagi. Hehe.
|
Yang ni orang Kristian punya. Jangan pula korang masuk ye. |
|
Ada pandora di belakang. |
|
Tingginya! Tak takut ke tinggal kat rumah yang paling atas tu? |
Jalan di depan bangunan
SBS ni dipanggil Star Street di mana terletaknya bekas hand prints
selebriti-selebriti top di Korea contohnya Lee Hyori, Boa dan kumpulan GOD.
Nasib baik ada satu family ni, orang Korea lalu kat situ. Time tu terdengar la
mak dan anaknya tu main tunjuk-tunjuk kat hand prints tu sambil sebut nama-nama
empunya prints tu. Saya dengar je time tu, bila dorang dah gerak terus lari ke
sana tengok mana Boa punya dan mana satu Hyori punya. Haha. Since tak paham
sangat tulisan Korea, yang lain tu tak dapat nak di identifykan.
|
Boa! |
|
Lee Hyori! |
Okey, berbalik kepada
bangunan HQ SBS ni, atenya kena pusing kat belah belakang tau, berdepan dengan
bangunan HomePlus tu. Ada 3 gate kalau tak silap, yang 1 tu ditutup, yang satu
lagi untuk kereta-kereta staff dan selebriti keluar masuk kot.
So dengan tak segan
silunya saya pun memberanikan diri bertanya dengan security guard kat situ
kalau boleh masuk ke dalam building tu. Tapi dia pun x pandai sangat cakap
English, mula-mula tu dia refuse nak bercakap and dia just say ‘no no and no’.
Hurm saya pun tak putus asa sebab before tu saya nampak juga ada satu family ni
masuk dalam area tu, tapi bukan dalam building tu la. So saya try tanya lagi
minta permission if boleh bergambar dekat area luar pintu masuk tu je. Then dia
tanya dari mana, saya cakap Malaysia. Ohhh baru nampak dia senyum. Saya
pujuk-pujuk lagi then dia kata ‘yes yes’ sambil tunjuk area depan tu sahaja.
Saya pun explain la dengan body language dan hand gesture sebaik mungkin yang
kitorang just nak ambil gambar depan tu je. Depan tu je encik! Then dapat green
light! Yes!
So jom layan
gambar-gambar di bawah.
|
Sempoi. Pergi kerja pakai seluar pendek je. |
|
Dalam building. Tapi tak boleh masuk. |
|
Tempat opening Running Man Episode 86. Kan? |
Okey, selesai
berfotografi di luar bangunan SBS ni, kami pun decide untuk bergerak ke luar,
nak lepak-lepak di Omok Neighborhood Park berdepan bangunan SBS ni. Tapi before
tu, kami lepak-lepak duduk jap kat tepi bangunan SBS menghadap ke bangunan
HomePlus tu.
|
Hah kena saman dah. |
Rasanya di area ni
memang digalakkan mereka berbasikal kot sebab memang ada lane khas untuk
cyclers dan ramai sangat yang naik basikal. Time tu juga ada kereta yang kena
tahan polis. Hehe terlebih speeding la tu kot. Satu perkara yang saya notice
kan, kat Seoul ni kereta semua nak laju-laju je. Memang laju. No wonder la
kalau ada accident kat korea ni bukan main teruk lagi. Huhu.
So kitorang pun melepak
lah sambil menghirup udara segar di tengah-tengah bandar ni. Nyaman je.
Ditemani cahaya matahari, udara yang nyaman dan sejuk, berdepan dengan bangunan
SBS, dapat lah kami tengok ragam penduduk di situ berekreasi since time tu kan
masih Summer. Ada yang main softball dengan anak-anak, ada yang main bola
sepak, ada yang main badminton dan ada juga yang jalan-jalan bawa anjing
dorang. Syok je tengok. Comel-comel belaka.
|
Penutup longkang di sana memang comel-comel. |
|
Ni lagi satu. Cute! |
|
Nasib bukan kucing. Geram! |
|
Anjing Ahjumma. |
|
Staff SBS tengah menelan asap rokok. |
|
Kak Yanie tengah gosip-gosip dengan si ahjumma. |
Time tengah
rileks-rileks melihat bangunan SBS tu, mengingati si Grasshopper tengah
berlari-lari dikejar oleh Sparta and the kids dalam Episode 13, datanglah pula
seorang mamat Korea ni dekat kami. Saya perasaan ni mamat yang duduk baca buku
di bench kat hujung taman ni tadi.
Sesi perkenalan pun
bermula. Nama dia Tae Sung Kim. Tinggal di area Mokdong ni la. Dan kami pun
perkenalkan diri juga. So dia tanya la dari mana semua buat apa kat sini kan.
Dia curios sangat nampak kami berdua di area tu, sebab jarang ada orang
berhijab kat situ. Kalau ada pun dia pernah nampak Indian katanya. Haha. So
borak-borak jap and dapat tau yang dia pernah juga pergi Malaysia. Woah
bercerita la kami itu dan ini. Pastu sempat la snap picture dengan dia. Tapi
sedih sebab tak dapat cari dia kat Facebook. Tak jumpa pula nama yang dia bagi
tu. Ramai sangat kot orang yang ada nama sama dengan dia. Huhu.
|
Ni lah dia. |
|
Peace! =) |
Okey habis di situ,
lepas tu kitorang pun decide untuk balik ke guesthouse sebab dah petang. Tapi
before tu kami singgah lagi di Hyundai Department Store tadi tu, window
shopping kejap. Di tingkat bawah bangunan ni, ada Bandi & Luni’s Bookstore.
Antara rangkaian bookstore yang famous juga di sana.
|
Bandi & Luni's Bookstore di tingkat bawah. Owh telan liur je tengok KFC. Huhu. |
So kami masuk la kejap
kat sana sebab Kak Yanie nak tengok-tengok kalau-kalau ada dvd or cd yang
berkenan di hati. Lagipun ada member-member Kak Yanie yang nak minta tolong
beli dvd/vcd yang limited edition punya. Sementara Kak Yanie usha-usha benda
tu, saya pusing-pusing la kat bookstore tu tengok novel, and buku-buku yang ada
di situ.
Lepas tu, kitorang
jalan-jalan lagi kat dalam tu. Saya singgah jap la kat display area untuk Smart
TV Samsung. Huiihhh tempat display dia bukan main luas lagi. Semua tv pun
besar-besar belaka. Sementara tunggu Kak Yanie, saya lepak kat situ je la sebab
time tu dia pasang Running Man. Episode berapa tak ingat pula. Layan je la
walaupun tak paham. Haha.
So bila dah malam tu,
haruslah rasa lapar menguasai diri. Hurm kitorang decide nak makan donut je la
kat Dunkin Donut. Dengan rasa yakin yang makanan tu boleh dimakan, kitorang pun
beli la donut dengan Blueberry Cheese Filling dan Almond Choco Crunch. Minuman
saya ambil Mocha Ice saje. Semua tu dalam KRW 10,000++ juga la. Okeylah tu kan. Lepas dah makan-makan isi
perut semua, kitorang pun bergerak keluar dari sana.
Destinasi seterusnya
kitorang nak ke area Hongdae. Nantikan di part yang ke-3 ye. Edisi special sikit. Mesti peminat Running Man jeles. Haha. =D
Thanks for reading guys!
Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub
5 comments:
farah...
amboi3x ckp kakak tgh bergossip dgn Ahjumma tu arr..:-D
Salam perkenalan... best betul baca entry pasal ke korea ni. Lengkap semuanya hehehe. memang boleh rujuk kat entry awak je untuk perjalanan saya ke sana. boleh email saya tak sebab ada benda nak Tanya sikit tq yer. nurul.hasmiza@yahoo.com
bestnye dah sampai depan sbs..wajib masuk dalam iti ni..mekasih ye dgn info yg lengkp ni..
best bca entry pasal ke korea ni.. naik jeles pulak sy rsa.. heheh entah bila agak nye saya boleh smpai kat sana.. btw saya nak tanya semua kos habis berapa utk seorang??? mana tau kot2 thn dpn bleh g korea.. in sya Allah.. hihihi
Nak tya..kenapa tak turun kat mokdong station bukan ke kat sana lagi dekat...btw next week sy g korea..sy ikut je lah jalan awak nj
Post a Comment