Friday, 21 September 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 4 - PART 1



Peringatan : Artikel yang bakal anda baca adalah sangat panjang. Harap bersabar. =)

Hi guys! Before nak mula cerita pasal trip hari ke-4 kitorang, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada anda-anda pembaca semua kerana sudi singgah ke blog saya ni. Thank you so much~ Hope korang akan sentiasa support dan  mengikuti blog ni ya. =)

Okey jom kita mulakan untuk hari ke-4 ni. 2 JULAI 2012. Hari Isnin. Hari ni nak tak nak kena bangun awal. Walaupun kaki rasa macam dah nak patah, letih yang teramat sangat dan rasa macam nak tido je satu hari satu malam kat bilik, tapi hari ni kena juga bangun awal. Sebabnya  kitorang nak melawat ke dua tempat di Korea ni yang kira wajib lah juga untuk dikunjungi kalau datang ke sini, iaitu Petite France @ French Cultural Village dan juga Nami Island!

Rasanya tak perlu la nak intro lagi pasal dua tempat ni. Confirm korang semua pernah dengar dan pernah tengok kat tv. Memandangkan kedua-kedua tempat ni sangat jauh dari Seoul, iaitu di area Gapyeong dan memakan masa lebih dari satu jam menaiki train, so kena lah bangun awal kan. Nanti tak sempat pula kan. Tapi untuk Part 1 ni, saya just akan cover di Petite France dulu la ye. Kang tulis panjang-panjang penat juga korang nak membaca. Huhu.

So pagi-pagi tu, kitorang siap-siap, breakfast ala kadar je, then kami pun gerak la dari guesthouse. Tengok jam time  tu dah around 9.15am. So macam biasa la, bajet punya pasal kami pergi ke Gapyeong pun menaiki train juga. Kalau rasa ada bajet lebih, boleh juga naik tour bus dari Seoul. Tapi bagi kami, train juga yang menjadi pilihan. Hehe. So route kami macam kat bawah ni.

[1] Euljiro 3(sam)ga Station (Line 2) à [2] Konkuk University Station (Transfer to Line 7) à [3] Sangbong Station (Transfer to Gyeongchung Line) à [4] Cheongpyeong Station (Gyeongchung Line)

Sampai di Cheongpyeong Station, sila ambil Exit 2 ke Perhentian Bas.

Klik untuk gambar yang lebih jelas.
Kalau nak tahu fare dari satu station ke satu station yang lain, boleh juga tengok kat website ni. Lagi detail. Klik Cyber Station ni.


Along the way, haruslah sempat lagi bersesi fotografi. =)





Okey ni cerita lain. Just nak share pasal satu benda yang saya suka sangat di Seoul ni. Ahjussi-ahjussi dan ahjumma-ahjumma di sini ni sangat friendly dan helpful tau. Bila dia tengok kita ni datang dari negara lain, dorang suka approach dan bawa borak-borak. Walaupun macam ayam dengan itik to'ki bercakap.

Macam time kitorang nak transfer train kat Konkuk Unviersity Station tu (Dongguk dengan Konkuk tu university yang sama la), ada seorang ahjussi ni approach kitorang dan kitorang pun borak-borak la dengan dia sambil tunggu train. Ahjussi tu nak ke kedai dia, businessman katanya. Bila dia nak keluar dari train tu kan, dia sempat lagi pergi tempat kitorang, say good bye dan bagitau kitorang supaya enjoy hari kami di Gapyeong. Baik kan. Sampai sekarang saya ingat lagi muka ahjussi tu. =)


Ni la ahjussi yang peramah tu. =)

Sebenarnya lah kan, kitorang decide untuk ke Gapyeong ni hari Isnin sebab konon-konon nak elak orang ramai la time weekend. Tapi masa transfer train untuk ke Cheongpyeong Station, ingatkan hari Isnin macam ni tak la ramai orang. Sekali masuk train hadoi penuh juga. Yang ahjussi-ahjussi dan ahjumma-ahjumma tu jangan cakap la, memang ramai. Rajin juga ek dorang ni jalan-jalan macam ni. Lengkap pula tu dengan pakaian untuk pergi hiking. Respek! Kalah kitorang. Haha.

Hm tapi maybe time tu musim panas dah nak-nak habis kot kan, tu yang dorang ambil peluang beriadah tu selagi cahaya matahari masih bersinar kan. Terpaksa la jalan dari satu coach ke coach yang lain cari seat kosong. Iyelah jauh kan, tak sanggup la kot nak berdiri.  

Oh ya, train dekat Korea ni panjaaang sangat tau, banyak coach dia. Kalau rasa-rasa coach tempat kita masuk tu dah penuh, pergi coach yang lain then cari seat. Macam kitorang hari tu time nak mencari seat, semua mata tengok kat kitorang tengah berjalan, feeling-feeling catwalk kat runway la pulak. Dorang pelik la tu kot tengok tudung tu. Haha. Kitorang buat-buat cool je la padahal tahu sangat semua mata tengah tengok. Hihihi.

Kat dalam train ni pun ada juga orang-orang jual barang. Macam time ni, ada satu ahjumma tu jual porch kat pinggang yang elastic tu. Ada yang jual rain coat, ada jual topi la, banyak la.

Sempat lagi snap ahjumma jual barang tu. Haha.


So dalam sejam lebih perjalanan macam tu sampai lah kami ke Cheongpyung Station. Fuhhh akhirnya. View sangat cantik tau. Tapi panasnya pun boleh tahan lah juga la time tu.

So sesi bergambar dulu, then baru lah kitorang keluar untuk menunggu tour bus kat sini.

Baju yang macam ahjumma pakai. Haha.



Belakang tu Exit 2.

Okey nak cerita sikit ye, ini untuk sesiapa yang nak pergi ke Petite France dan Nami Island dalam hari yang sama, terutama yang travel sendirian berhad macam kami ni.Disebabkan jarak di antara dua tempat ni agak jauh, dan susah nak dapat transport terutama dari Petite France ke Nami Island, so saya recommend korang untuk gunakan perkhidmatan Gapyeong City Tour Bus. Fee untuk seorang for one day ticket adalah KRW 5,000. Kira okey la tu. Berbaloi untuk transfer antara dua tempat yang jauh kan.

Tour Bus ni ada masa perjalanan dia tau. Korang boleh refer kat blog The Lost Wanderer ni. So before nak pergi sini ni plan la betul-betul masa perjalanan korang dari Seoul ye. Takdelah lama nak menunggu bas tu dan takdela terbazir masa korang.

Since ada budak-budak remaja dekat situ, saya tanya la macam mana nak tau if bus tu pergi Petite France dulu. Nasib baik dorang pun pergi tempat yang sama, so kalau dia naik, kitorang pun naik je la kan.

Tapi before tu, meh tengok gambar dulu. Hehe.



Ni jadual perjalanan bas tu.






Bila bas dah sampai, terus bayar full harga tiket tu tau dan dorang akan bagi satu brochure yang ada schedule bas ni dan tempat-tempat perhentian dia. Brochure ni full dalam bahasa Korea tau, tapi tak payah risau nanti sebab staff kat dalam bas tu akan explain satu-satu kat korang. =)

Gapyeong City Tour Bus.
Sumber gambar : The Lost Wanderer

Staff kat dalam bus tu tengah mengexplain jadual perjalanan bas. Dia akan explain kat semua orang dalam bus. Don't worry. =)


Before ke Petite France, persinggahan seterusnya adalah Cheungpyeong Terminal.







Oh ya, before naik tu tanya la dulu kat driver tu. Nanti tak pasal-pasal naik bas ke arah yang bertentangan pula. Sepanjang jalan nak ke Petite France ni memang lalu jalan berbukit-bukit dan jalannya tu pula mengelilingi Tasik Cheongpyeong. Laju pula tu driver tu bawa bas. Time tu terus saya rasa mual sangat, macam nak muntah. Haha.

Around 20 ke 25 minit macam tu sampai lah kami ke Petite France. Weeee~ Nampak kat tv macam besar je tempat ni, tapi tengok dari jalan raya pun dah tau yang tempat ni kecil je.Cantik. So kena bayar entrance fee KRW 8,000 dan jangan lupa ambil brochure sekali.





So kenapa harus pergi ke Petite France ni? Nah ni yang saya ambil dari Official Site of Korea Tourism Organization. Ringkas dan padat!

" The concept of Petite France encapsulates ‘flowers, stars, and the Little Prince.’ The village contains a memorial hall dedicated to Saint-Exupery, the author of the celebrated French novel, Le Petit Prince (1943) and as such it is called the Little Prince theme park. It also has a gallery displaying sculptures and paintings of le coq gaulois (the Gallic rooster), the national symbol of France; Orgel House where a 200-year-old music box plays a sweet melody; a shop that sells herbal and aromatic products; a souvenir shop; and many other locales where you can experience French culture. The village can accommodate up to 200 visitors with 34 guest rooms that hold four to ten people each. "

Dan yang paling penting, ianya juga antara tempat popular untuk lokasi shooting drama-drama Korea  macam Secret Garden, Beethoven Virus, dan juga variety show macam Running Man! So wajib pergi ni. Sepanjang kat Petite France ni saya sentiasa teringat Running Man time episode dorang dekat sini, sebabnya episode tu one of the most funniest episode dalam Running Man. Haha. Ala yang guestnya Nickhun dan Taecyeon [2PM] tu. Setiap tempat yang saya pergi kat dalam Petite France tu mesti rasa cam nak gelak je. Haha.

Okey jom kita layan gambar!





Antara drama-drama yang pernah shoot kat sini.












Eh terbertemu jodoh pula kat sini. Haha.








Scary pula bila tengok patung ni lama-lama.





Haruslah ada kan tempat nak tinggalkan notes macam ni. Heh.






Tempat ni la si Jaesuk terserempak dengan Taecyeon tu. Haha!


Katil ni yang tempat Joongki jumpa baju Little Prince.

Toilet bowl okeyh.

Bath tub.


Foosball table zaman dulu-dulu.
Pinano la.

Ni Maestro Kang punya office. (Beethoven Virus).






Ni antara selebritti-selebriti yang pernah datang ke sini. Sila teka sendiri siapa mereka. Siapa yang dapat teka semua saya tabik! =)








View dari tingkap office Maestro Kang.

Jom naik ke tingkat atas pula.







Okey sekali lagi sila teka dan namakan selebri-selebriti kat bawah ni.







Okey, lepas tu jalan-jalan kat luar pula. Jangan lupa cari benda kat bawah ni. Stamp Beethoven Virus, buat kenang-kenangan.




Ni kat observatory.


Ada kandang kucing depan obseervatory ni.




Round-round Petite France ni lagi.

Owh telan liur je la tengok waffle tu. Huhu.


Guesthouse di Petite France ni.








Ni tempat Joongkok dan Gwangsoo bersembunyi time kena kejar oleh si Nickhun.




Bila la nak ke sini ye~



Ogel House.





Running Man. =)







Ni tempat yang JiHyo berjaya jumpa baju Little Prince.
Since dekat sini ada kedai souvenier, sempat la juga sambar souvenier sikit. Sikit je la. Beli souvenier yang ada muka Little Prince dan murah-murah je. Bajet bajet.. Sebab souvenier yang lain tu semua biasa-biasa je. Kat kedai lain pun boleh beli. Part souvenier tu nanti saya share kat entry lain ye.



Oh ya, time ni kan memang dah lapar tahap dewa sebab dah masuk tengah hari. Nak makan kat situ macam mahal sangat pula wafflenya. Telan liur je la tengok walaupun memang nampak sangat-sangat sedap. So alas perut dengan biskut Orea je la sebab ingatkan nak makan nasi kat Nami je nanti sebab katanya kat situ ada makanan Halal. 

Dah habis round-round kat situ, kitorang pun tunggu la bas untuk ke Nami Island pula. So kesimpulannya, memang happy sangat-sangat dan puas hatilah dapat menjejakkan kaki ke Petite France ni~Dari tengok kat tv je, tak sangka dah nampak 'live' depan mata. =D

Okey, cerita kat Nami Island akan bersambung di Part 2. Hope korang enjoy dengan entry kali ni. Kalau suka, jangan lupa LIKE dan SHARE dekat kawan-kawan or boleh FOLLOW blog saya ni. 


Terima kasih daun keladi! =)



 









4 comments:

norharyanisanusi said...

Wah sioknya baca blog n entri dik farah ni..mcm kakak rasa kita masih di bumi Korea Ooooo...rindunya la dgn Seoul!huahua

norharyanisanusi said...

teruja owh kakak tgk gmbr2 kita dlm blog ni Farah...
kakak tgh menanti dgn penuh kesabaran yg tinggi utk memulakan blog kakak plak nnt...^_^

Miss Farah Miss Farah said...

Hehe iya kak. Nanti bila blog kakak sudah ada tu nah boleh lagi dengar cerita versi kakak. Tapi skrg kakak boleh mula tulis sudah ba tu..hehe.. =)

Bibie Karim Bibie Karim said...

Hi Farah! Wah rupanya timing kita pi Korea ni dekat2. Last year saya pun di sana. Seminggu. Dari 22 Jun till 29 Jun. Kiranya masa kami balik, kamu baru sampai.

Siok baca entry orang pasal Korea. Boleh ubat rindu gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...