Sekarang ni tengah rasa bersemangat sikit nak menulis, so better la mengupdate blog yang tak seberapa ni kan. Oh ya, sambungan untuk trip Love Rain kami akan bersambung lepas ni. So kalau rajin boleh la tunggu dan ikuti perjalanan kami untuk hari yang seterusnya ya.
Pisang Cheese? Apa tu? Mesti ada yang dah pernah dengar or makan kan? Untuk yang tak pernah dengar apa ke bendanya Pisang Goreng Cheese ni, meh nak story sikit. =)
Pisang Goreng Cheese, ataupun turut dikenali sebagai Sanggar di Sabah ni sekarang antara yang tengah 'hot' la. Okey dah lama 'hot', saya je yang baru tergila-gilakan Pisang Goreng Cheese ni. Haha.
So petang tadi saya pun keluar la menemani abang pergi cari tukang kasut. Bila dah petang tu haruslah mood nak minum petang tu datang kan. So saya cadangkan kat dia untuk cari Pisang Goreng Cheese ni la, sebab dah lama tak makan.
Since malas nak jalan jauh-jauh ke Kota Kinabalu tu, so kitorang decide untuk cari Pisang Goreng Cheese ni di Cyber City. Sebab haritu ada la google-google kan terjumpa peniaga pisang ni. Katanya berjual kat area Cyber City tu. Pusing punya pusing tak jumpa pun apa-apa gerai or petanda yang pisang ni ada dijual di sana. Haihhh kecewa.
So bila dah round dua tiga kali tu, tak jumpa juga. So saya pun mencadangkan lagi untuk pergi ke Waterfront, di Kota Kinabalu je la makan kat sana. Haih terpaksa juga. Fyi, kat area Kota Kinabalu ni setahu saya pisang goreng ni ada di jual di Waterfront Kota Kinabalu (berdepan Promenade Hotel), Food Court Tanjung Aru Plaza dan lagi satu di Cyber City tu la. Anyone yang tahu dekat mana lagi ada jual please do inform me! =)
So bergerak la kami ke Waterfront tu, lapar lapar. Pisang Goreng Cheese ni ada dijual di gerai nombor 3, nama kedai tu M&N Corner kalau tak silap. Cari je la gerai nombor 3 ye.
So apakah rupanya Pisang Goreng Cheese ni? Hah macam ni la...
Oh cheese yang sangat menggoda. |
Pisang Goreng Cheese. (Sorry for the poor image quality) |
Cheese parut dan gula melaka diletak di atas pisang gorang yang panas.
Cheese dan gula melakanya. Sedap! |
My Kitchai Ping! |
So sesiapa yang berkunjung ke Kota Kinabalu dan belum rasa lagi Pisang Goreng Cheese ni, boleh la cuba ye. Harganya untuk 6 pieces adalah RM 4.00. Okey lah tu, berbaloi kan.
So, selamat mencuba!
Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub
Farah Yaakub
4 comments:
kakak pn suka pisang goreng cheese.ada bah sana di alamesra bjual..ada satu restoran tu.lupa plak namanya..tp mmg sedap.hrga pn ok dlm rm3.60 ka rm3.80 ka sepinggan...~from kak yanie~
@Tinta Merah kan kak yanie..sedap ba..lagi-lagi kalau orang yang suka cheese nah memang kesedapan la tu. bah nanti la aku try di alamesra tu kak..nanti kita 'dating' sana la..hehe
Go Bananas, Putatan Survey Hypermarket
saya ada menjual sambal kicap serbaguna..bukan sahaja sedap dicecah goring pisang..tp boleh dimakan dengan pelbagai makanan..contohnya mee soto (popular di Johor),mee sup, ikan bakar , ikan goring dan macam-macam lagi lah..pendek kata sesuai untuk pelbagai makanan dan dijadikan bahan penambah rasa..maklumat lanjut boleh Wassap ke 0173864959 dan kunjungi instagram budinsfood..selamat menjamu selera... :-)
Post a Comment