Thursday, 11 October 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 7


Hi korang! Sihat tak? Kat KL ni macam biasa la kan, panas terik pastu boleh hujan lebat pula. Sekarang ni pun dah rasa macam nak demam + flu. Duk KL je mesti macam tu. Lambat sikit badan ni nak adjust dengan cuaca kat sini. Huhu.

So dengan mood yang ala-ala rajin dan malas ni, saya gagahkan diri la juga nak siapkan entri Seoul hari ke-7 tu. Tapi before that, korang dah tengok cerita Hantu Kapcai ke? Si Zizan tu la~Kalau tak tengok lagi, pergi la tengok. Untuk yang tension-tension pasal kerja tu, pergi la panggung jap hiburkan hati tu. Tapi serius, ceritanya memang funny tahap maksima unless korang memang tak suka tengok filem-filem Melayu la. Huhu.

Okey, cukup pasal itu. Jom kita sambung percutian bajet saya ke Seoul, untuk hari ke-7. Since ada dua hari lagi kami di Seoul tu, percutian kami kat sana memang ditemani dengan hujan je sebab time tu kan perubahan monsun. Banyak plan asal yang terpaksa diubah, and banyak tempat yang nak dilawat tak dapat nak pergi. Sedih. Tapi takpe, before pergi Seoul tu memang awal-awal dah tau pasal cuaca kat sana, so memang dah expect pun akan jumpa hujan hari-hari.

Tapi menurut Kak Maya, warga Seoul memang menanti hujan turun kat sana sebab dah dekat beberapa bulan dorang tak jumpa hujan. So hujan tu memang baik untuk mereka, tapi untuk tourist macam kami ni, hujan tu membantutkan segala aktiviti dan perancangan awal kami. Tapi takpe, hujan itu tetap satu rahmat. =)

Jadi untuk hari ke-7 dan ke-8 ni kami tak banyak la nak berjalan ke sana-sini, cukup satu dan dua tempat je la since hujan kan, so susah nak bergerak.

05 JULAI 2012. Hari Khamis. Ikut plan asal tu, hari ke-7 ni kami nak melawat palace-palace yang ada di Seoul ni. Tapi memandangkan hujan yang tak berhenti-henti tu, kami terpaksa la skipkan palace-palace tu dulu since tempat tu kan macam open sikit. Kalau pergi time hujan ni pun mesti takde hasil juga nanti. So, plan B nya, kami pun ke MBC Dream Center di Ilsan nak tengok apa yang ada kat sana pula.

Lebih kurang jam 12 tengahari macam tu saya dan Kak Yanie pun bergerak la keluar dari guesthouse ni. Tapi before keluar tu kitorang brunch dulu la. Brunch la sangat kan. Padahal buat Hot MILO je pun. Huhu. Ingatkan nak buat meggi, tapi tengok macam takde tempat masak je. Malas la pula nak tanya Mr. Park kan, kang kena marah lagi macam malam sebelumnya. Haha.

So time nak keluar tu, saya pun dengan penuh sopan memberitahu kat Mr. Park yang kitorang mungkin balik lewat sikit malam ni. So sekali lagi dia ingatkan passcode pintu tu, and cara-cara nak buka, tutup, lock balik, semua-semua tu la. Kami angguk-angguk saje cuba bagi respon sebaik mungkin. Hihi.

Keluar je dari pintu tu, kat luar masih lagi hujan. Hm meaning to say still tak dapat lagi nak snap gambar guesthouse ni dari luar. Sorry. Just gambar sikit-sikit je kat dalam guesthouse tu. Gambar bilik jgn tanya la. Dah bersepah dengan barang-barang kitorang~ Haha. =D










So berlari-lari anak lah kami sambil berpayung-payungan menuju ke subway station. Nasib baik dekat je. So dari Myeongdong ke Ilsan, kami ambil route macam yang di bawah ni.

[1] Myeongdong Station (Line 4) --> [2] Chungmuro Station (Transfer to Line 3) --> [3] Jeongbalsan Station (Line 3)

Ambil Exit 1.


Ni directionnya. Senang je. Kalau rasa-rasa nak sesat, tanya je kat orang-orang yang ada kat situ. =)


Ditemani hari yang hujan dan sejuk sangat time tu, saya just mampu tido je la hampir sejam dalam train tu. Haha. Terlentok-lentok tau. Peduli apa. Orang-orang Korea pun kalau masuk train mesti ambil kesempatan untuk lelapkan mata. So mengapa tidak kita? Ekekeke. Jom jalan~

Recharge T-Money dulu.


Ambassador yang ohsemm~

Comel je uniform dorang. Time tadika je merasa pakai macam ni.


Still under renovation.

Nak dekat sejam camtu sampai la kitorang kat Station Jeongbalsan. Fuhh buat-buat muka fresh turun station.




Time tu hujan masih turun dengan lebatnya. So on the way nak ke MBC tu, kitorang pun singgah la kat Waffle Bee. Nampak sedap dari luar, so masuk la dalam. Fuhh aroma waffle dia jangan cakap la. macam nak order 10 keping je kalau boleh. Haha. Lapar siott dari pagi tak makan. Pantang tau nampak waffle kat Seoul ni, mesti nak di cuba sebab sangat sedap! So korang pun kena try waffle kat sini. =)







Hujan + Sejuk = Ice Cream?




Lepas dah makan-makan tu and lepak-lepak jap kat kedai waffle tu sambil nak tunggu hujan reda sikit, kitorang pun gerak la ke MBC yang dah dekat pun dengan kedai tu.



Dah jumpa MBC~
Ni main entrancenya. Kalau nak masuk dari tepi tadi pun boleh.

Since hari hujan, jangan lupa simpan payung kat dalam plastic macam ni. Takdelah buat penat cleaner tu nak mop titisan air dari payung korang balik-balik kan.

Bila keluar, buang la plastic tu kat bin yang disediakan. So dorang boleh recycle plastic tu.
Okey jom kita tengok apa yang ada kat MBC ni. Gambar-gambar bawah ni semuanya kat area lobby.





Infinity Challenge!

Boleh juga tinggalkan jejak korang kat sini!











Cafe yang ada kat sini. Boleh la lepak minum-minum kopi. Kalau ada luck boleh la nampak selebriti-selebriti Korea kat sini.



Ni tempat yang visitor boleh masuk. Macam biasa la, kat dalam ni dia cerita sejarah MBC, drama-drama yang dorang produce, lepas tu ada juga replika set penggambaran dengan miniaturenya yang comel, and macam mana dorang shooting semua. 

Lepas tu wajib lah ada kan tempat untuk visitor berangan-angan nak jadi penyampai berita. Tapi time pergi ni macam tempat ni dilanggar todak pula. Sebab motosikal yang macam si John @ Kaki Berangan naik tu dah tersandar kat dinding. Tapi kecik je la tempat ni. Nak baca-baca info dia tu pun tak paham sangat sebab semuanya dalam bahasa Korea. Ngeh ngeh ngeh. Tapi takpe, kita harus buat-buat paham. =)




















Dah habis tour kat dalam tu, boleh la jenguk Gift Shop kat lobby tu ye. Tapi time tu cuci-cuci mata je. Tak beli apa pun. Kat luar Gift Shop ni, memang banyak gambar-gambar untuk variety show Infinity Challenge yang famous amos tu!







Rasanya dah takde apa-apa lagi yang nak di tengok kat MBC ni, kitorang pun bergerak la keluar. Iye la nak pergi tengok show apa-apa pun bukannya paham juga kan. So kitorang pun singgah la kat shopping mall yang ada dekat area ni. Shopping mall ni memang kita akan lalu before nak sampai ke MBC tu.






Kitorang singgah kat Nature Republic jap sebab nak cari highlighter. Ala yang buat mekap orang Korea nampak macam ada effect berkilau-kilauan sikit tu.




Rahsia kulit wajah JGS selembut dan sehalus kulit bayi. 
Lepas dah cuci-cuci mata kat shopping mall ni, kitorang pun bergerak la balik ke Seoul. Macam biasa, masuk train saya pun tido la lagi. Haha.

Next kitorang nak melawat ke Korea House dan Namsangol Hanok Village. Route subway kitorang macam kat bawah ni.

[1] Jeongbalsan Station (Line 3) --> [2] Chungmuro Station (Line 3)


Nanti nak keluar ambil Exit 1. Direction nak ke Korea House dan Namsangol Hanok Village macam kat bawah ni. So decide la nak ke Korea House dulu or Hanok Village tu.


Untuk info pasal Korea House, boleh check kat SINI. Untuk Namsangol Hanok Village, boleh tengok SINI ye.

So jom tengok apa yang ada kat Korea House tu. Running Man pun pernah shoot kat sini. =)





Boleh juga ikut jalan ni, or masuk kat dalam building sebelah yang ada shop ni. Dari sana ada tangga-tangga  untuk naik ke atas. Sama je pun.




Gigih bergambar dalam hujan!





Time kat information counter ni, dia tanya kalau ada buat reservation untuk luncheon kat situ. Eh eh, blur terus.










Ada theater room juga kat sini.








Dah habis round-round kat Korea House tu, boleh la singgah ke gift shop mereka kat building depan tadi tu.



Kat depan kedai tu ada dinding-dinding camni. Cantik sangat!!!





Sementara Kak Yanie pergi tengok-tengok apa yang ada kat dalam kedai tu, saya  just lepak kat sini rehatkan kaki.


Lepas tu kitorang teruskan lagi perjalanan ke Namsangol Hanok Village yang terletak berhampiran dengan Korea House ni juga. Since tak tersempat nak ke Bukchon Hanok Village, memadai la pergi yang kat sini je. Tapi time ni hujan still lebat lagi. Redah je la.

Dari Korea House tu, jalan je terus dari tempat kita datang tadi sampai jumpa Hollys Coffee. Then korang ke kiri. Ikut je sign yang ada kat situ okey.






Time singgah 7Eleven depan Hanok Village ni, terjumpa pula kedai yang jual merchandise artis-artis Korea. Tapi time tu dah petang kan, so dah tutup. Sob sob.





Ditemani hujan yang makin lebat, kitorang pun decide untuk masuk juga ke village ni. Just ambil gambar je la kat depan gate and area entrance tu sebab macam tak berbaloi juga kalau nak pergi time-time hujan macam ni kan. Tak dapat la nak menikmati era ala-ala zaman Dinasti Joseon. Takpe-takpe, Insya Allah next time ye.











Lepas dah bergambar-gambar semua tu, kitorang pun teruskan perjalanan ke Myeongdong. Shopping time! Time tu battery camera dah flat, so tak dapat nak berfotografi dah kat Myeongdong. Oh ya, part paling bestnya, time kat Myeongdong saya sempat singgah juga kat outlet SPAO

Dari dalam tu, saya pun naik ke Everysing di tingkat 4. Everysing ni dimiliki sepenuhnya oleh SM Entertainment. Untuk direction dan gambar, boleh refer kat BLOG ni ye. Kat Everysing ni ada karaoke room dan cafe. Rate karaokenya boleh refer kat SINI. Selain daripada tu, album dan merchandise artis-artis yang bernaung di bawah SM Entertainment juga dijual di sini. Plus ada juga dipamerkan barang-barang yang ada original signature dari selebriti-selebriti under SM tu, tapi bukan untuk dijual ye. 

Sumber gambar : iluvyooai
Selain daripada tu, outfit yang dipakai oleh artis-artis tu pun ada di display kat sana. Time saya pergi tu ada outfit Girls Generation yang dorang pakai dalam music video lagu Run Devil Run dan Oh!. Tapi tak sure siapa punya. Yang pasti baju tu sangat-sangat-sangat kecil, macam size body saya time sekolah rendah je rasanya. Kecil sangat tau! Fuhh betapa kurusnya dorang ni. 

So kepada peminat-peminat K-Pop, kena singgah tempat ni tau. Confirm korang akan jumpa tempat ni time round-round Myeongdong tu.


So itu je la cerita untuk hari ke-7 kami di Seoul. Dah penat shopping souvenier tu, kami pun balik ke guesthouse. Lepas ni entri hari ke-8 dah, hari terakhir kami di Seoul. Huhu sedih.

Okey guys, hope korang enjoy la baca entri kali ni. Kalau suka jangan lupa LIKE, SHARE or tinggalkan la COMMENT ke apa. Hehe. Thank you for reading guys!







5 comments:

tintamerah_blogspot.com tintamerah_blogspot.com said...

Rindunya sama bumi Korea!mau pegi lagi sana cpt2...huhuhu

Miss Farah Miss Farah said...

@Norharyani Sanusi nda lama lagi kakak pergi kan..sabar sabar..nda lari tu korea kak.. =)

tintamerah_blogspot.com tintamerah_blogspot.com said...

kalau teda halangan insyaAllah smpi la tu ke sana lagi thn dpn..tp,penjawat awam kena minta kelulusan KSN/KSU suda..huhuhu

tintamerah_blogspot.com tintamerah_blogspot.com said...

kakak mo bawa ko jgk ke sana bah...;-) baru siok & happening!hihihi

Ms Apple Ms Apple said...

kak ada nak pegi sana lg tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...