Wednesday, 3 October 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 5 - PART 2


Hi korang! Ni sambungan untuk trip hari ke-5 kami di Seoul., Yang ni bahagian kedua. Yang belum baca bahagian pertama, boleh klik SINI.

Okey untuk entri ni, kena siapkan hari nu juga sebab esok saya dah nak kena gerak ke KL. Kat KL nanti kang takut tak tersempat pula nak jenguk blog.

So viewers, jom kita sambung story hari ke-5 kami ni ye. Pendek je entri ni. Don't worry. =)

Macam entry yang sebelum ni, kitorang ke area Yeouido kan melawat MBC dan KBS tu. So bila dah petang tu, dari KBS kitorang terus cepat-cepat gerak untuk ke 63 Building. Nak memudahkan cerita, kitorang just naik taxi je ke sana sebab dah tak jauh. Farenya saya tak ingat pula sebab time tu terus tap je kad T-Money. Tapi rasanya bawah KRW 5,000.



Untuk sesiapa yang nak datang ke Seoul tu, 63 Building ataupun dikenali sebagai 63 City ni antara tempat yang wajib ada dalam itinerary korang. Sedikit info pasal bangunan ni, 63 Building yang terletak di tepi Sungan Han adalah bangunan tertinggi di Yeouido, pernah menjadi bangunan tertinggi di Korea Selatan suatu ketika dahulu, dan sekarang ni rank bangunan ni adalah ke-3 tertinggi di seantero Korea Selatan. Bangunan ni merangkumi 60 official floors, dan 3 floors untuk basement.

Kat dalam bangunan ni terletaknya Art Gallery paling tinggi di dunia dan juga observation deck yang terletak di tingkat-60. Selain daripada tu terdapat juga IMAX Theater, akuarium besar, convention center, banquet hall, Wax Museum dan yang paling penting pusat membeli-belah. Kira serba-serbi ada la kat dalam ni. Thats why dipanggil '63 City' kan.  Dan yang paling penting, peminat-peminat We Got Married mesti tau, kat sini la mula-mula Khuntoria Couple bertemu! Sweet~

So kami decide untuk naik ke Observation Deck dan Art Gallery tu je. Sebab utama nak ke 63 Building ni adalah untuk enjoy view 360 darjah kota Seoul dari atas bangunan ni. Kadang-kadang tu dorang kata, kita boleh nampak bandar Incheon dari atas bangunan ni time hari yang cerah dan clear.

So before nak naik tu, kena la bayar fee dulu. Untuk foreigner, KRW 11,000 seorang. =)

KRW 22,000 untuk 2 orang. =)


Okey jom kita layan gambar sikit.




Okey dah ada tiket, jom kita naik atas pula. Yang specialnya, elevator untuk ke atas tu bertingkap kaca. So memang boleh nampak la kat luar sepanjang nak naik ke atas tu. Huhu. Gayat woo~


Fuhhh jalan raya dah makin kecil kat bawah tu.

Okey dah sampai atas. Oh ya, kat gallery tu tak dibenarkan untuk mengambil gambar ye. So sorry. Sebagai pelancong yang baik, saya pun patuh la dekat arahan tu. Just tengok and save kat memori sendiri je. =)




Okey, malas nak tulis panjang-panjang lagi. Jom kita sama-sama nikmati view 360 darjah kota Seoul dari tingkat 60 bangunan ni. Superb! Tak ada kata yang boleh nak jelaskan lagi, bersyukur sangat diberi peluang untuk melihat semua ni. Memang cantik!  Enjoy guys~






Sangat simetri okey. I like!!!!

Sepanjang Han River ni ada tempat rekreasi dan beriadah. Sepanjang-panjang sungai ni boleh la nak berbasikal ke jogging ke.

Sempat skodeng orang-orang main bola kat padang tu pakai teropong ajaib. Haha.

Betapa padatnya kota ni, bangunan semua memang sejauh mata kita memandang la.


Cuba cari train yang tengah lalu kat jambatan. Panjang kan?





Warga Korea dah mula pulang dari bekerja.


Before terlupa, bangunan ni juga memang cantik time sunrise or sunset. Sebabnya bangunan ni akan memantulkan cahaya matahari tu disebabkan oleh tingkap-tingkap kaca yang menghiasi dinding bangunan ni. Memang cantik. Try google gambar yang diambil ketika bangunan ni terkena cahaya matahari. Dua gambar ni saya sertakan sebagai contoh. Cantik kan?

Sumber gambar : Discovering Korea

Sumber gambar : Mariusz Kluzniak
So kalau berpeluang datang time summer, jangan lepaskan peluang untuk mengambil gambar bangunan ni dari luar. Macam time kitorang datang tu, mendung dah. Cahaya matahari memang takde. Plus hari hujan dah. Huhu.

Boleh la gantung benda ni kat sini. Tak sure pula kena bayar berapa.

Ada gift shop juga kat sini. Tapi takde jual fridge magnet daa. Huhu.
Okey dah habis round-round kat Observation Deck ni, kitorang pun decide la untuk turun. Ingatkan nak la lepak-lepak tepi Sungai Han tu, sebab Kak Yanie teringin sangat nak main basikal. Alih-alih hujan lebat pula la time kitorang keluar tu.

So bila nak balik tu, kitorang tanya kat security guard kat situ pasal station subway yang terdekat, camne nak pergi sana. Security guard tu bagitau ada shuttle bus yang akan berhenti di beberapa tempat, termasuk station subway. Shuttle bus ni memang milik 63 Building ni. Just tunggu kat entrance building tu, akan ada shuttle bus free tunggu kat situ. Naik je. Bus yang kecik tu.

Bila dah naik shuttle bus tu, kitorang pun turun kat mana ntah. Yang saya ingat kitorang berjalan kaki lagi ke subway station terdekat, iaitu Yeouinaru Station. So kitorang naik train dari situ balik ke Euljiro 3(sam)ga.

Ni route kami untuk balik ke sana. 

[1] Yeouinaru Station (Line 5) --> [2] Chungjeongno Station (Transfer to Line 2) --> [3] Euljiro 3(sam)ga Station (Line 2).

Klik untuk gambar yang lebih jelas.


Oh ya, patutnya kan petang tu kitorang jumpa Maya Unnie kat Seoul Station. Tapi disebabkan letih yang teramat sangat dan blister kat kaki yang dah kronik, saya pun email kat dia bagitau tak jadi nak jumpa. Jumpa hari esoknya je. Nasib baik dia faham.

So untuk next entri, ikuti kisah kami hangout dengan Cik Maya~ Kalau tak tau pasal Maya Unnie ni, mesti korang tak baca pasal trip ni dari awal kan. Korang boleh baca kat SINI, cerita macam mana kami kenal dengan Cik Maya ni. =)

Okey guys, thank you for reading! Hope korang enjoy entri ni ye. Kalau suka boleh la follow blog ni dan share cerita ni. Thanks!








15 comments:

Nina Hamdan Nina Hamdan said...

Seronok nye! Teringin nak pergi korea.. Kalau bukan k-pop fan mcm Nina ni boleh pergi ke? hehe

Miss Farah Miss Farah said...

@misznina Boleh sangat2! Tak semestinya kena minat k-pop baru dtg sini. Tapi seriously, Seoul memang best. Banyak sangat tempat yg menarik kat sini =)

Nick Nick said...

awesome pics!

Miss Farah Miss Farah said...

@Nick Thanks nick! =)

ChoColat DonuT ChoColat DonuT said...

wahh..bestt nyerrr....

Miss Farah Miss Farah said...

@ChoColat DonuT Thanks sebab sudi singgah and follow me =)

Faz Abas Faz Abas said...

Korea would be my next vacation destination :)

Kalau sudi sila “Like” page “Faz&Fyda Collection” dan dapatkan voucher RM30 bagi mereka yang introduce 10 orang kawan dan “Like” page “Faz&Fyda Collection”. Voucher terhad untuk 10 orang terawal sahaja.

Untuk claim voucher, anda perlu meletakkan nama anda dan juga nama kawan-kawan anda di ruangan “komen” post “tudung hanger”, dan boleh terus menggunakan voucher selepas mendapat pengesahan daripada pihak Admin.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan “Faz&Fyda Collection” sempena hari raya aidil adha yang bakal menjelang!

http://www.facebook.com/pages/FazFyda-Collection-Abaya-Baju-Kurung-Tudung-etc/235994003193434

✿INA AINAA✿ ✿INA AINAA✿ said...

Ya Allah, bestnyaaaaa dapat pergi korea!!! eeeeeeeee jeles la.. nk pergi mkn angin jugak... bangunan kat sana perghhh, padat tapi tersusun la juga... great pics..

Miss Farah Miss Farah said...

@✿Lady Ainaa✿ Thanks Aina~ Tulah pasal, bangunan sana sini, rapat2 semuanya kat Seoul. Insya Allah ada rezeki turn Aina pula kan. Siapa tahu? =)

umie umie said...

bestnya...nak pegi jugak..pape pon...salam perkenalan..:-)

Miss Farah Miss Farah said...

@umie Insya Allah umie, ada rezeki akan sampai ke sana juga nanti. Salam Perkenalan juga buat umie =)

Anonymous said...

Terima kasih, inilah blog yang comprehensive about trip to korea selatan, a lot of good info, good photos and the best part boleh travel without tour guide- it looks like language is not a barrier. Thanks for the english map for the train and its time table..very helpful.

Miss Farah Miss Farah said...

@Anonymous Thank you! =)

Bro Yusri Bro Yusri said...

bagus sgt cerita ni tapi bunga2 ros tu buat gangguan sikit nak baca ...

Miss Farah Miss Farah said...

@Bro Yusri iyeke..sorry..sbb tula letak background post ni plain je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...