Hi guys!
Sorry lama sangat tak update. Konon hari tu nak update secepat mungkin pasal Kitty Kitty ni. Tapi tak sempat pun nak buat entry ni, sebab busy jalan sana sini. Naik Genting la, pergi mandi-manda kat Bukit Gambang sana la, jalan sana, jalan sini, so takde masa. Huhu. Sorry ye.
So hari ni saya nak share pasal my last visit ke Sanrio Hello Kitty Town, di Nusajaya sana tu hah. Time nak pergi tu tak sure lagi sebenarnya if tempat tu dah buka for public or belum, sebab bila saya Google takde pula jumpa any news pasal opening tempat tu. So kitorang pun main redah je la, pergi je.
Sedikit info, Sanrio Hello Kitty Town ni terletak kat dalam Puteri Harbour Indoor Family Theme Park, Nusajaya, Johor. Dekat dengan area Legoland tu juga. Bila dah lalu Legoland tu, jalan lagi ke depan sikit ikut je sign Puteri Harbour tu. Sebagai tambahan, Hello Kitty Town kat Johor ni adalah cawangan pertama yang dibuka di luar Jepun. So kepada peminat-peminat tegar Hello Kitty ni, tak perlu lagi nak travel jauh-jauh ke Jepun sana untuk pergi ke Hello Kitty Town ni, kat Malaysia pun dah ada! :)
Puteri Harbour Indoor Family Theme Park ni macam shopping mall je buildingnya. Takde pun bangunan yang fancy-fancy or kawaii-kawaii kat situ. So jangan la expect korang akan nampak kepala Hello Kitty besar ke kat atas building tu, building tu design kartun2 ke, takde. Plain putih/kelabu/hitam je bangunannya. Tak tau la kalau dah siap sepenuhnya nanti kan. Tapi time saya pergi tu, memang skema habis la buildingnya. Tak padan ada theme park comel-comel kat dalam. Huhu.
Tulaa dia buildingnya. Tak nampak macam ada theme park pun kan kat dalam. Haha. |
So cara nak ke Puteri Harbour Indoor Family Theme Park ni yang lebih detail korang boleh refer SINI.
Puteri Harbour Indoor Family Theme Park ni terbahagi kepada dua iaitu Sanrio Hello Kitty Town (Level 1) dan The Little Big Club Park / Thomas and Friends (Level 2 dan 3). Since haritu dah petang, so kitorang just purchase ticket untuk Hello Kitty Town je. Takut tak sempat nak round semua floor. Harga tiket boleh refer kat bawah ni.
For online ticketing, klik kat SINI. Kat bawah ni adalah map Hello Kitty Town ni. So macam yang korang baca kat bawah ni, itulah antara aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat kat dalam Hello Kitty Town ni~
Jom-jom kita berHello Kitty~ :)
Eeeee besarnya!!! |
Kad ni kena simpan elok-elok tau sebab nanti kita nak kena kumpul stamp dari tempat-tempat aktiviti tu. |
So masuk je kat dalam tu akan ada Wishful Studio kat belah kanan. Kat dalam Wishful Studio ni banyak aktiviti yang boleh dibuat. Antara aktiviti kat dalam ni termasuklah jewellery making, costume dress up, cookie studio, doll factory dan nail salon. Since tempatnya kecil dan tak boleh nak afford ramai sangat visitors dalam satu-satu masa, so kena gigih sikit la beratur tunggu giliran.
WISHFUL STUDIO. Panjang sangat linenya~ |
Bila masuk kat dalam tu, kat belah kiri pula ada permainan Tea-Cup Ride. Orang dewasa and kanak-kanan boleh main sekali. Pusing-pusing kat situ je la. Hehe.
Sebelah Tea-Cup Ride tu pula, terletaknya Kawaii Photo Centre. Nanti dah nak keluar tu boleh la purchase gambar korang kat dalam town ni di sini. harganya boleh tahan mahal juga la. Terdengar juga staff tu explain kat visitor pasal harga gambar tu, kalau tak salah dengar around RM30 gitu per photo. Then if you add RM20 boleh dapat softcopy gambar tu sekali. Betulkan saya kalau silap ye. Kitorang tak beli pun sebab boleh juga snap gambar guna camera sendiri kat dalam town ni.
Sebelah Photo Booth tu ada Dream Photo Garden. Hmm nak bergambar pun tak dapat sebab tempat ni sentiasa ramai orang duk lepak hilangkan penat berjalan kat sini. So gambar je la apa yang ada. Haha.
Okey, part ni yang best sikit. Hello Kitty's House!!! Time ni semua terus berangan-angan macam rumah tu dia yang punya~Haha. Comel je rumah ni. Serius! Jom layan gambar!
Dining table. Meow~ |
Nak TV macam ni juga nanti. |
Ohh tidak! Macam nak curi je semuanya. Haha~ |
Kitty's Kitchen~ |
Jom main masak-masak! |
Chef Kitty in the house! :P |
Kitty's Bathroom. Tema biru. |
Cermin pun comel je~Haiihhh sabar sabar. |
Kitty's Bedroom. |
Kitty's Closet. Macam ni rupanya baju hello Kitty. Keras semacam je. Haha. |
Another bedroom dalam rumah ni. :) |
Comel sangat bilik ni! Pink pink dan pink semuanya~ |
Jom travel! |
Overall Hello Kitty's House ni memang menarik. Rasa macam masuk ke alam Hello Kitty jap la kan bila masuk rumah dia ni. Tapi ada la benda yang macam tak best sikit. Contohnya la kan, bila kita pergi tempat-tempat macam ni mesti la expectation kita terhadap tempat tu akan jadi tinggi sikit. Macam saya, my expectation is barang-barang kat dalam rumah ni haruslah semuanya exclusive collection untuk Hello Kitty kan. Tapi bila masuk kat dalam rumah tu, especially kat kitchen rasa macam...Haihhh. Siap ada tanda harga Parkson lagi kat bawah pinggan-pinggan tu. Kot-kot ye pun beli kat Parkson je, buang la price tag tu dulu. Huhu. Tu je la yang saya tak puas hati sikit.
Hah time kat dalam rumah ni kitorang terdengar la juga kan music yang kuat dari luar. Ingatkan saje-saje la dorang pasang lagu kuat-kuat camtu. Sekali kitorang keluar je dari pintu tu rupanya tengah berlangsungnya showcase dari Hello Kitty and the Geng. Haihhh baru nak tengok tup tup dah habis. Tulah terleka sangat kat dalam rumah tu sampai tak dengar pun announcement pasal showcase ni. Tapi takpe, yang penting ambil gambar je dulu dengan dancersnya. Boleh tengok next show pula. Hihi.
Peace! :) |
Dah bergambar dengan dancers tu, kitorang bergambar kat luar rumah Hello Kitty ni pula. Pink dan ribbon tu yang tak boleh tahan. Sweet sangat!
Okeylah, selesai untuk Part 1. Kita sambung kat Part 2 pula ye. Saje nak buat dua part sebab nanti entry jadi panjang sangat. Kalau suka jangan lupa SHARE entry ni dan FOLLOW blog saya~
Thank you for your time guys! Part 2 klik SINI ~ :)
11 comments:
Ayoooo tensiontension tgk entry ni... geram nya.. waaaaa mau pg sana... :(
@Puan Punya Blog eyh jangan tension2 dulu. tunggu part 2 siap baru you tension2 ye. hihi :P
Haishhh omg.. sabaq aizie sabaq... fuhhh huhu
kawaiiiiiiiiiiii!!!!
kena tunggu 2/3 tahun mesti dah banyak game ke or benda baru.. cute-cute.. hehehe
@Nina Hamdan yurp~cute rite? nanti dah complete semuanya baru best pergi kot.skrg ni mostly under construction lagi :)
@Puan Punya Blog sabar ye macik..nnt bawa encek jwan pergi sini.. :)
Tggu jwan alamat nye tahun depan la bru g.. bulan 3 atau 4 baru dia balik.. waaaa lama lg tuh... berjanggut i baru dpt pgl.
wahhh..bestnye..
http://nurulnamasaya.blogspot.com/
@Puan Punya Blog ahaha..takep cun la tu.time tu mesti dah byk benda yg siap kat puteri harbour tu.pegi skrg pun mcm takde apa2 je.haha
@Nurul Ain memang best ain!!! :)
T_T huhu ok
Post a Comment