Assalammualaikum and hi readers.. :)
Sumber Gambar http://ismirazi.blogspot.com/2010/11/kamera-litar-tertutup-cctv.html |
Yup, kali ni title post memang direct sikit dengan apa yang nak di share kan kat blog ni. Kecurian di Surau KL Sentral. 2 hari lepas. Malam Selasa. Time Maghrib. Huhu.
Sedih, sedih yang teramat. Apa-apa pun before nak share my story ni, saya redha, saya dah anggap yang barang-barang yang hilang tu dah memang tertulis sampai situ je rezeki saya sebagai pemilik benda-benda tu. Nak menangis dah tak mampu, nak bersedih pun dah tak guna juga, benda dah jadi kan. So kesimpulannya, redha saja la.
Before ni, selalu dengar je cerita dari member-member pasal kecurian kat dalam surau ni. Iyelah, namanya juga surau kan. Kita tak jangka pun ada insan-insan yang berniat serong sikit ni sanggup nak mencuri harta benda orang lain kat dalam tu. Bila dah jadi kat diri sendiri, baru saya percaya. Pencuri ni memang ada di mana-mana. Surau ke, masjid ke, kalau dah kemaruk nak mencuri, dia tetap akan mencuri.
Nak dijadikan kisahnya, hari Selasa tu saya kerja closing shifts, petang sampai malam. So nak dekat-dekat masuk waktu Maghrib tu saya pun minta break la jap nak solat kat tempat biasa saya solat, iaitu kat surau KL Sentral yang kat bawah eskalator tu, dekat area locker.
Biasanya kalau nak masuk waktu ni, memang surau akan pack kan sebab ramai yang dah standby tunggu masuk waktu nak solat. Since saya lewat sampai tu, memang kena berdiri je la tunggu turn nak solat. So, before nak pakai telekung tu, saya simpan la name tag kerja kat dalam wallet, and handphone Nokia yang dah season tu kat compartment bagpack saya yang kat depan. Hm rasanya time tu si 'pencuri' ni dah perhatikan saya kot time saya keluarkan wallet, handphone semua tu.
So bila time solat, saya bawa la beg tu skali, letak kat tepi kaki saya ni, sebab nak letak depan kang tak boleh pula nak sujud kan. Bila dah habis solat tu, buka telekung semua and simpan kat dalam beg, saya tengok bahagian depan tempat saya letak wallet and handphone tu dah hilang. Time tu memang rasa darah dah tak mengalir la kot, and time tu saya macam tak boleh nak pikir apa-apa. Saya blur, totally blur. Rasa macam tak percaya yang wallet dan handphone saya dah hilang. Mungkin time sujud, time yang saya tak nampak kot dia ambil.
Time tu macam tak percaya yang barang-barang saya dah dicuri orang. Ya Allah, sampainya hati orang tu. Time tu kat kepala ni terus terpikir pasl wallet tu, IC, lesen memandu, kad-kad ATM semua dah hilang. Duit tunai kat dalam tu lagi. Kad Touch n Go yang baru je reload untuk ulang alik pergi tempat kerja. Name tag kerja pun hilang. Kunci rumah pun sekali kat dalam wallet tu. Then teringat handphone tu lagi, dengan segala number-number penting kat dalam tu. Memang time tu rasa nak menangis and jadi tak keruan dah. Duit takde, IC takde, semua pun dah takde, lesap, hilang.
Bila kepanikan tahap maksima tu dah melanda, saya pun jadi tak terpikir nak pergi pondok polis kat dalam KL Sentral tu. Huhu. Silap saya la kat sini. Saya terus cari public phone, tapi bila cek duit syiling kat dalam bagpack tu, rupanya syiling Won je yang tinggal, balance dari trip Korea dulu tu. Ya Allah, time tu rasa macam orang yang dah takde apa-apa langsung.
Dengan terpaksanya saya pun tebalkan muka minta syiling kat sorang abang ni, saya rasa dia orang Pakistan kot yang tengah duduk dekat situ. So dia bagi la 50sen. Dah panik camtu, segala number family pun dah tak ingat. Try call my sis, tak dapat pula. So gamble la call je my friend yang tengah keje juga time tu. And kebetulan dia jawap. Time bagitau tu pasal kecurian tu terus automatik saya menangis kat public phone tu. Haha. Drama sangat. Then coin pun habis saya pergi minta lagi kat abang Pakistan tu. Maybe dia dah kesian sangat kot tengok saya dengan airmata yang mencurah-curah jatuh ni, dia bagi pinjam handphone dia. Siap tanya saya lagi kenapa. Huhu. Abang, you memang banyak baik abang. Terima kasih banyak-banyak.
Pastu saya terus masuk kerja balik, then bila dah habis kerja saya cepat-cepat pergi Pondok Polis and buat report kat abang polis motor scrambler yang handsome itu. Bila dah buat report, tunggu Pegawai Penyiasat pula datang nak ambil details saya. Huhu. Then lepas semua dah selesai, cerita-cerita la dengan Pegawai tu, then baru saya tahu yang surau tu memang antara port yang paling famous dengan kes kecurian. Time tu macam tak percaya kan, dalam ramai-ramai yang masuk surau tu dengan niat nak beribadat, ada juga orang yang sanggup masuk kat dalam tu dengan niat yang jahat, nak mencuri.
Pegawai tu kata lagi baru-baru ni pun sorang dah dapat kena tangkap kat surau tu. Itupun sebab sorang kakak ni yang perasan dengan muka si pencuri ni. So kakak tu buat-buat la solat, tapi mata dia curi-curi tengok kat beg tu. Then memang betul, time si pencuri tu nak menyeluk beg tu, kakak tu terus tangkap dia. Tapi polis tu cakap, budak tu dah dijamin. Tinggal nak tunggu untuk bicara lagi. Haihhhh yang mengejutkan polis tu kata mostly orang yang mencuri ni, yang dorang dapat tangkap adalah student! Ye, student!!!
Saya tahulah memang banyak nak pakai duit kan time belajar, saya pun pernah juga jadi pelajar juga. Tapi janganlah sampai terdesak sangat nak mencuri. Dah la mencuri, menyusahkan orang pula tu nak kena buat IC baru, nak kena pergi buat lesen baru, nak pergi apply kad ATM baru, nak beli name tag baru, nak duplicate kunci rumah lagi, semua tu pun kos tau tak. Eeeee geramm! Kalau jumpa si pencuri tu rasa macam nak lempang je dia. Geram! Orang lain susah-susah cari duit, dah la yang dicuri ni pun tak berapa nak berduit sangat, dia senang-senang je seluk beg orang, ambil wallet and duit orang lain. Bahagianyaaaaa hidup kau wahai pencuri!
So guys, berhati-hati la walau di mana anda berada. Tak kira di masjid ke, surau ke, or kat mana-mana je la, niat orang ni kita tak tahu. Nampak muka suci je kan keluar masuk surau. Rupa-rupanya masuk surau tu ada kerja lain yang dibuat kat dalam tu. Isk sabar je la. Kalau solat tu, letak je la semua barang kita tu kat depan, biar senang di tengok. Kang jadi macam saya ni lagi. Apa pun takde yang tinggal. Habis disapu bersih. So kalau yang nak solat kat surau di KL Sentral tu, hati-hati tau. Kalau rasa ada orang yang mencurigakan, mata dia asyik tengok kat beg-beg orang-orang yang ada kat situ, elok korang perhati dia. Kot-kot la dia tu nak mencuri kan.
Apa-apa pun, saya redha. Hopefully kisah saya ni akan korang ambil sebagai pengajaran ye. Make sure barang-barang korang tu ada orang yang jaga time solat. Kalau yang solat sendiri tu, letak la barang tu kat depan. Dan yang penting, berhati-hati je la okey. So kepada si pencuri tu, jawap la dengan yang di Atas nanti. Tak nak maafkan kau sampai bila-bila. Wekk! Kalau kau beli makanan dengan duit aku tu, ko paham-paham la halal ke haram benda yang jadi darah daging ko tu. Huhu. :(
P/S: Terima kasih korang kerana sudi mendengar kisah dan luahan hatiku ini. Aku tau rajin sangat aku taip panjang-panjang kan, well macam tak kenal aku. Aku kan suka buat post panjang-panjang ni. Kasi eksesais mata korang untuk baca. Bwahaha! Sekian. :)