Insya Allah akan menyusul selepas ni. Nantikan ye. . . =)
FY ONLINE STORE UPDATES!
Saturday 29 September 2012
Edisi Makan-Makan #3 [Kg. Melayu Majidee]
Hi korang!
Untuk edisi makan-makan kali ni, saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai satu tempat makan yang best di Johor Bahru ni. Terletak di Kg. Melayu Majidee, berhadapan dengan Masjid Jamek Kg. Melayu ni.
Tempat makan ni ala-ala mini food court, sebab terdapat banyak gerai minuman dan makanan dalam satu tempat yang sama. Pilihan makanan pun banyak di sini, dari western cuisine ke malay cuisine, semua ada.
Dan yang specialnya kat sini, tentulah murtabaknya! Kena cuba kalau datang makan kat sini ye. So jom kita layan gambar-gambar kat bawah~ =)
Nasib sempat order murtabak, sebab lepas tu brother ni terus tutup kedai. |
Kena cuba tau murtabak kat sini. Ni harga-harganya~
Murtabak Daging Special RM 11
Murtabak Daging Biasa RM 8.50
Murtabak Ayam Special RM 12.50
Murtabak Ayam Biasa RM 8
Me =) |
Kacang Tanah Rebus (RM 2). Boleh makan-makan ni dulu sementara nak tunggu makanan yang lain sampai. |
Otak-Otak Kempas (RM 0.60 or RM 0.70 sebatang, tak sure) |
Laici Sejuk |
Teh O Ais Limau |
Sirap Laici Suam |
Murtabak Ayam Biasa + Kuah Kari |
Murtabak Ayam Biasa |
Woooo sedap! |
Serious memang sedap! |
Tom Yam Ayam |
Nasi Ayam Madu Sambal |
Mee Goreng Mamak (My all time favourite! Sedap~) |
Nasi Goreng Ayam |
Semua ni adalah hidangan untuk 3 orang makan tau. Totalnya tak sampai pun RM 40. Kira okey la tu, berpatutan dan berbaloi kan. Makanannya pun semua sedap-sedap belaka, dan service pun amat memuaskan.Tak la lama sangat nak tunggu makanan tu siap.
So tu je lah nak share dalam entry kali ni. Jangan lupa kalau ke Johor Bahru tu, singgah la ke Kg. Melayu Majidee ni, memang banyak tempat makan yang best-best di sini! =)
Thank you for reading guys!
Friday 28 September 2012
My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 4 - PART 2
Bismillahirrahmanirrahim.
Hi korang!
Sorry lama tak update pasal trip ke Seoul ni.
Bukan tak nak update, dah lama siap sebenarnya. Tapi memandangkan internet
super duper lambat dekat sini, segalanya dah terbantut tau. Dari rasa rajin nak
update blog, jadi malas tahap gaban dah. Huh sabar je la.
Entry kali ni adalah sambungan hari ke-4, Gapyeong Tour
kami. Last update haritu kami di Petite France kan, so entri kali ini saya nak
cerita pasal kunjungan kami ke Nami Island pula. Tapi before tu, siapa yang
belum baca Bahagian Pertama hari ke-4 ni, korang boleh baca di SINI. =)
Okey jom kita sambung ye.
Dari Petite France tu, tengahari tu kitorang pun tunggu la
tour bus nak ke Nami Island. Fuhh ingat lagi, time tu dah la panas, plus perut
memang dah lapar yang teramat sangat la time tu. Dalam hati mula la emo-emo
sendiri kan teringat nasi dan lemon chicken my mom dekat rumah. Huhu. Sedih.
Tapi takpe, travel punya pasal, kena la tahan kan. Seminggu je pun. =)
Around 1.50pm macam tu sampai la bus tu. Perjalanan nak ke
Nami Island dari Petite France tu adalah dalam 20-25 minit macam tu la. Jauh
tau. Macam biasa, bila naik bus tu pening kepala la pula dengan jalan berbukit
dan berliku-liku tu. Huhu.
Then sampai lah kitorang ke Nami Island! Waahh tak sangka,
selama ni baca kat blog orang lain, tengok kat tv je pasal Nami Island ni.
Sekali haaa hambik ko, depan mata dah. Syukur Alhamdulillah!
So kepada sesiapa
yang datang melawat Korea Selatan ni, Nami Island ni anatara tempat yang wajib
ada dalam itinerary anda tau! Tak kira lah korang ni peminat Winter Sonata ke,
peminat K-Pop ke, or tak minat langung, kena juga datang sini. Sebab tempat ni
cantik sangat! Huh time tu dah berangan-angan nak datang honeymoon time winter
kat situ.Haha. =D
Okey so sampai-sampai je haruslah berfotografi kejap kan. Oh
ya, Nami Island ni juga dikenali sebagai Naminara Republic. Kira macam Nami Island ni satu negara lain lah konon-konon.
So nak masuk ke Pulau Nami ni kena bayar visa fee KRW
8,000 seorang untuk foreigner. Beli kat tiket counter tu then boleh masuk dah untuk tunggu feri
ke sana. Ala tak jauh pun. Dalam 5 minit je camtu naik feri, then sampailah. Fee tu dah include round trip ferry fare. Ferry yang paling awal jam 7.30am dan last ferry adalah jam 9.45pm. Means boleh lepak kat Nami ni sampai malam.
Selain daripada ferry ni, ada satu lagi option lain untuk ke pulau ni. Yang ni kira adventure sikit la kan, iaitu melalui Zip-wire. Ala macam flying fox gitu la. Feenya KRW 38,000. Hah kalau banyak duit boleh la try ye.
Fyi guys, kalau korang nak ke Nami Island ni sahaja dari Seoul, korang boleh naik direct Shuttle Bus dari Insadong (West Gate of Tapgol Park) ataupun Jamsil (Jamsil Station subway Line 2, Exit 4 - depan Lotte Mart). Adult fee untuk round trip ialah KRW 15,000 dan one way ialah KRW 7,500. Shuttle bus tu akan gerak jam 9.30am tau.
Selain daripada ferry ni, ada satu lagi option lain untuk ke pulau ni. Yang ni kira adventure sikit la kan, iaitu melalui Zip-wire. Ala macam flying fox gitu la. Feenya KRW 38,000. Hah kalau banyak duit boleh la try ye.
Fyi guys, kalau korang nak ke Nami Island ni sahaja dari Seoul, korang boleh naik direct Shuttle Bus dari Insadong (West Gate of Tapgol Park) ataupun Jamsil (Jamsil Station subway Line 2, Exit 4 - depan Lotte Mart). Adult fee untuk round trip ialah KRW 15,000 dan one way ialah KRW 7,500. Shuttle bus tu akan gerak jam 9.30am tau.
Oh
ya, time nak tunjuk tiket kat ‘Immigration’ tu kan, staff kat situ dah tau kita
ni dari Malaysia. Siap cakap Selamat Datang lagi. Huh. Ternyata Malaysia dan Naminara Republic ni tidak asing lagi antara satu sama lain ye. Nampak sangat orang Malaysia antara
pengunjung tegar kat sini. Haha.
Budak-budak comel ni menjadi tumpuan dalam ferry. Comel je dorang berdiri camtu, semua orang busy tangkap gambar dorang. So saya pun snap juga la. Haha. |
Dah nampak Nami Island! |
Penyambut tetamu - Namimaid Statue. |
Haruslah kan bergambar di pokok-pokok ni. |
Di bawah ni adalah map Nami Island. Pulau ni sangat besar okey. Kena spend satu hari baru cukup nak jalan-jalan kat sini. So sedikit info untuk pulau ni, macam yang korang tengok dalam gambar di bawah ni, Nami Island ni menyerupai daun yang terapung di Tasik Cheongpyeong. Pulau ni dinamakan sempena nama seorang pahlawan dorang, iaitu General Nami, yang telah meninggal ketika umurnya 26 tahun. Muda lagi tu.
Kalau tak salah, dulu Nami Island ni bercantun dengan tanah besar di sekelilingnya. Tapi disebabkan oleh hujan yang berterusan, terjadilah Pulau Nami ni. Kalau salah tolong betulkan ye. Dan dalam tahun 1965, beribu-ribu pokok telah ditanam oleh Encik Byeong-Do Minn. Thats why la pulaau ni memang terkenal dengan pokoknya yang tersusun cantik tu. =)
So hari ni, pulau ni dah dijadikan tempat unutk berekreasi, relax-relax dan banyak juga couple-couple yang dating sini tau. Ambil mood dari Winter Sonata la tu. Haha. Oppss lupa, kalau sebut pasal Nami Island, perkara pertama yang kita fikir mestilah Winter Sonata kan. So shooting location untuk drama tu memang antara main attraction kat sini.
First Kiss Bridge. |
Musim panas di Nami. |
Kalau time autumn ke, spring or winter mesti cantik gila kan tempat ni! |
Dekat pulau ni juga korang boleh la lukis gambar korang. KRW 10,000 je untuk satu gambar. Mostly saya tengok couple la yang minta lukis ni. Ikutkan hati nak juga, tapi bila tengok queue panjang sangat, tak jadi la. Hehe. Maybe next time. =)
Di pulau ni juga ada disediakan perkhidmatan menyewa kenderaan macam Basikal, Sky-Bike, Electric Tri-Way, Electric Tour Car dan Namycar. Costnya serendah KRW 2,000 hingga KRW 18,000, dan depend la apa yang korang nak sewa dan berapa lama. Untuk harga tu boleh rujuk kat brochure yang ada di sana juga ye. Other than that, korang juga boleh bermalam di Nami ni, ada bilik-bilik, bungalow dan juga cottage untuk di sewa. Dan banyak sangat aktivit korang boleh buat kat sini. Confirm tak bosan.
Tapi time kitorang pergi tu dah petang, so masa agak terhad la. Nak cuba banyak benda tapi takut tak sempat pula. Nak round satu pulau tu pun tak sempat tau. So next time memang kena spen satu hari hanya untuk kat pulau ni je.
Oh ya, time ni juga kitorang try cari restoran yang Halal tu. Tapi sadly tak jumpa pula tempat yang ada logo Halal tu. Plus tak tertulis pula nama tempat tu sebab ingatkan senang je la nak cari. Try cari information counter pun tak jumpa. So menahan lapar je la kat Nami ni. Huhu. Sedihkan. Tapi rasanya ada je tempat makan tu depan mata, tapi maybe memang bukan rezeki la. tu yang tak nampak tu. Mulut pun berat je nak tanya kat orang sekeliling. Haha.
Sky-Bike. Macam best je. |
Ada surau juga. So dont worry, boleh solat kat sini. =) |
Nampak sedap. Nasib la tak boleh makan. Huhu. |
Rasanya tempat makan Halal tu ada kat area ni kot. Huhu. Next time mesti cari sampai jumpa. |
Winter Sonata Statue. Tinggi juga dorang ni. |
Jun-Sang dan Yu-jin. |
Student-student dari Malaysia ni. |
Banyak sangat batu-batu yang disusun tinggi-tinggi macam ni. orang Korea memang percaya benda-benda macam ni. Kita jangan terikut pula ye. |
RIP Yong-Hwa Oppa~ |
Lamanya dah cerita ni kan. |
So dah habis round-round tu, singgah la kat gift shop yang ada kat Nami ni. Tak beli banyak pun, macam biasa just sambar fridge magent je la. Bajet la katakan. Yang penting dah sampai kat pulau ni pun dah cukup bersyukur. =)
Bila dah petang tu, kitorang pun cepat-cepat la nak keluar dari pulau ni. Nasib baik sempat catch ferry jam 4.10pm tu sebabnya nak kejar tour bus jam 4.15pm. Tapi bila dah sampai kat tanah besar bus dah gerak la. Next bus pula jam 5.15pm. So kitorang beli la waffle yang ada terjual kat situ, makan-makan sambil tengok orang bungee jumping dan tunggu bus datang.
Tapi bila lama sangat menunggu tu, kitorang pun decide untuk naik teksi je la ke Gapyeong Station. Dekat je, tak sampai 5 minit pun. So kitorang pun tunggu la train nak balik ke Seoul. Dalam train haruslah tido kan. Penat! Oh ya, time tu my blister memang dah kronik. Tahan sakit je plus kaki lagi dah rasa macam nak patah sebab berjalan. Huhu.
So ini je la untuk hari ke-4 kami, just habiskan masa di area Gapyeong ni. Insya-Allah cerita hari ke-5 bakal menyusul pula lepas ni.
Thank you for reading guys!
Subscribe to:
Posts (Atom)