Peringatan : Artikel yang bakal dibaca adalah sangat panjang. Harap bersabar. =)
Okey jom kita sambung pasal trip ke Seoul kami.
30 JUN 2012. Hari Sabtu. Hari kedua di kota Seoul. Bertemankan
lagu-lagu Girls Generation, jari-jemari pun memulakan kerja menulis cerita
untuk hari kedua trip kami di Seoul. Huh bangun-bangun je time tu dah pagi
dengan bunyi riuh penghuni lain dalam guesthouse tu. Tengah read-ready la tu
nak keluar. Oh ya, Girls Generation Hostel ni untuk WANITA sahaja tau. FEMALE
ONLY. Laki-laki tak boleh.
Since bilik di guesthouse tu tak bertingkap, so agak sukar
untuk menjangka time tu matahari dah tinggi ke belum. Dengan penat mengangkut
beg tak hilang lagi, so bangun pun agak lewat. Huh. Tolong jangan tiru ye. Pegi
tempat orang harus manfaatkan masa sepenuhnya. Heh so dengan kelam kabutnya pun
mandi and bersiap-siap. Tapi before tu sempat online lagi check Facebook.
Ramai
member-member bertanya pergi Korea ikut agent ke? Grouping ke? Tak. Kami pergi berdua
sahaja. Sendirian Berhad. Semua sendiri. Takde refer agent mana-mana. Memang
first time jejakkan kaki ke Korea. Cari guesthouse sendiri. Plan itinerary
sendiri. Cari makan sendiri. Turun naik subway sendiri. Semua kami buat
sendiri. Heh beraninya kata mereka. Hurm adat travel camtu lah. Lagipun Korea
Selatan bukanlah asing di mata kita, ye tak. Selalu je tengok di tv, terutamanya kat
Running Man. Haha. Ok melalut.
So dalam jam 10am lebih camtu baru gerak keluar
dari guesthouse. Time tu guesthouse dah sunyi, semua dah keluar kot. Tapi time
kat lobby tu terjumpa pula satu tourist dari USA ni, borak punya borak dah 6
bulan dia duduk kat Korea. Travel sendiri-sendiri pulak tu. Wah jeles, mesti
best kan.
Time keluar tu waaahh nyaman je udara di Seoul. Mendung dan
sejuk je. Best! Sana-sini semuanya Korean. Teruja! Oh ya time kami pergi ni katanya tengah Summer, tapi nak-nak ke monsun gitu. So possibility untuk hujan sepanjang trip kami tu memang tinggi la. Huhu.
So turun la kami ke subway.
Oh ya, station subway Euljiro 3(sam)ga ni tempat transfer antara Line 2 dan
Line 3. And di bawah ni juga ada Euljiro Underground Shopping Center. So
sepanjang-panjang station kat bawah ni ada kedai-kedai la. And subway station
ni kami gelar bandar bawah tanah, sebab bila kita turun ke bawah rasa macam
kita pergi ke bandar yang lain, meriah dengan kedai-kedainya dan
pengguna-pengguna subway yang sentiasa rush ke sana-sini mengejar train. Best
je tengok.
Euljiro Underground Shopping Centre. |
Tengok signboard kat atas tu. Sampai 12 exit okey. |
Time ni masih tak percaya juga dah ada kat Seoul. Selalu tengok di tv je kan
situasi macam tu. Before naik train, kami singgah jap kat Paris Baguette Café
beli bun untuk breakfast. Insya Allah dengan penuh keyakinan kami beli bun yang
basic je. Dua bun dalam KRW 2,400. Since hujan, tak lupa juga beli payung yang
banyak dijual di sana. So saya beli payung yang harganya KRW 5,000. Haruslah
warna kekuning-kuningan kan macam payung dalam Love Rain tu. =)
Station station subway mesti ada map ni. So kalau terlupa exit, refer je kat sini. |
Terjumpa Song JoongKi pula. Comel. |
Si Fashion King. |
Okey, so untuk hari
kedua ni kami plan nak melawat Gyeonggi Engligh Village, Yangpyeong Camp. Since tempat tu jauh,
kitorang akan spend time kat situ je la. So untuk ke sana memakan masa hampir 1
jam juga sebab tempat ni jauh sikit dari Seoul, di wilayah yang lain.
So route train kami ke sana ialah [1] Euljiro 3(sam) ga Station (Line
2) –> [2] Wangsimni Station (Transfer ke Jungang Line) –> [3] Yongmun Station
(Jungang Line).
Klik untuk gambar yang lebih jelas. |
Tunggu train dengan happynya. |
Transfer train kat Wangsimni Station. Background gambar harus ada warga Korea. |
Bestfriend orang-orang Korea ialah handphone. Betul! |
Memenuhi masa lapang dengan membaca peta. |
Orang lain tido, tapi kami sibuk bergambar. Haha. |
Menurut blog yang saya refer, sepanjang route dari Wangsimni
Station ke Yongmun Station tu tak akan ada tukar train or stop lagi. Tapi dalam
kes kami, bila sampai ke Deoksu Station (About 40 minutes from Wangsimni
Station) train tu pun stop. Ingatkan berhenti singgah macam biasa, tapi lama je
train tu stop and semua orang pun keluar tinggal la saya, Kak Yanie and seorang
ahjussi ni. Ingatkan memang ramai orang turun kat situ. So kitorang dengan
rileksnye duduk je la macam biasa tunggu train begerak kan.
Then ada la pula Ahjumma cleaner ni tanya kitorang dalam
bahasa Korea. Dia cakap nak ke Yongsan ke? So saya pun angguk je la. Then dia
pun kata okey. Bila fikir balik and tengok map, eh kitorang nak ke Yongmun la.
Then tetiba pula ada pemandu train tu masuk pegi bilik pemandu tu (kitorang duduk
coach paling hujung). Owh dalam hati dah kata train ni mesti patah balik pergi
arah Yongsan. So kitorang pun cepat-cepat keluar. Ahjussi tadi tu pun turun sama. Maybe dia
pun tak biasa guna train kot. Then saya tanya la ada seorang ahjumma tu. Ayat
simple je since tak pandai sangat nak cakap Korea. ‘Yongmun Station?’ Dia pun bagitau kena pergi platform sebelah.
Explain dalam bahasa Korea pula tu. Haha. Buat-buat la faham and kitorang pun
tukar la platform sebelah pula.
Huh dah turun platform ni, tanya la pula kat seorang Ahjussi
ni. Kita ni travel ke tempat orang kena rajin bertanya tau. Nasib baik Ahjussi ni pandai cakap English,
slang Amerika lagi gitu. Hehe. So tanya la kat dia pasal jadual train ke
Yongmun and minta dia explain sikit since train schedule tu dalam bahasa Korea.
Then dia cakap tunggu la dalam 12.20pm camtu baru ada train. So menunggu la
kami, makan-makan bun tu and snap gambar sikit-sikit. Bosan katanya.
Siapa faham sila angkat tangan! |
Erm...erm...erm...Tak faham ler. |
Menunggu train dengan penuh sobarrr. |
Tak lama
kemudian train sampai then terus ke Yongmun Station. Pemandangan memang cantik sepanjang kami ke Yongmun ni sebab ni area kawasan luar bandar dah kan.
Ini standard di sana. |
Bila sampai kat Yongmun Station, sempat lagi singgah beli
waffle. Hehe. Since banyak orang recommend untuk try waffle di Korea ni, so
saya pun beli la kat kedai Ahjumma di station tu. Time tu hujan kat sana, so
agak-agak lah lapar kan. Harga satu waffle tu KRW 1,200. So beli la dua. Satu
untuk saya, satu untuk Kak Yanie. Sementara nak tunggu waffle tu siap
dipanaskan, sesi berborak bersama Ahjumma pun bermula.
Ahjumma: Hot? (sambil tunjuk hijab di kepala)
Saya: No. (Geleng-geleng & senyum) =)
Ahjumma: Angguk (Senyum) =)
Saya: Bi? (Hujan?)
Ahjumma: Deh. (Sambil angguk) =)
Macam tu je la perbualan kami. Hahaha. So dah siap tu terus
makan waffle. Memang sedap. Crispy pula tu. Dalam tu dia letak honey kot dengan
crème apa ntah. No wonder ramai yang suka makan. Memang sedap. So kalau pergi
Korea kena rasa waffle dorang tau.
Must try okey! |
Okey then keluar dari Yongmun Station terus cari taxi. Since
hujan, berlari-lari anak lah kami ke bus stop depan tu. Bila ada taxi terus cakap je nak ke English
Village. Dorang memang dah tau. So fare taxi dalam KRW 4,000 kalau tak silap.
Kurang dari tu la, tak ingat. Dekat je village tu, tak jauh pun.
Tengah tunggu teksi. Hujan lebat. |
Kereta MBC. Shooting kot. |
Gigih bergambar dalam hujan. |
So sampai-sampai tu hujan teramat lah lebat. Taxi tu
turunkan betul-betul kat depan office dekat gate masuk tu. Rasanya tu tempat
beli tiket. Tapi since hujan lebat, staff yang jaga tu cakap entah apa, dalam
English la, tapi tak dengar sebab hujan kan, tapi dia just tunjuk kat arah
bangunan Washington Airport Terminal tu. So kami pun berlari-lari lah ke sana.
Kalau ikutkan kena bayar entrance fee, tapi takde pula. Syukur, jimat juga la bajet.
Oh ya, kenapa kami memilih untuk pergi ke English Village ni?
Apa yang ada dekat sini? Hah untuk pengetahuan, English Village ni adalah salah
satu lokasi penggambaraan bagi drama bersiri BOYS OVER FLOWERS. Iya, drama yang
rambut Lee Min Ho gulung-gulung, yang Kim Hyun Joong Nampak hendsome and
innocent je tu di tambah pula dengan watak Geum Jandi yang comel. Tu memang
drama wajib tengok untuk peminat K-Drama la. So sebagai penonton setia BOF dan
Kak Yanie yang juga peminat tegar Lee Min Ho, haruslah kami pergi tempat ni
kan. Tempat di mana Lee Min Ho, Ku Hye-Sun , dam Kim Hyun Joong pernah berada! Teruja!
Overall tempat ni memang cantik dan besar juga areanya, dan
bangunan pun haruslah cantik-cantik kan semua. So sesi bergambar pun bermula.
Tengah hujan dan sejuk sangat time ni. |
Main stamp passport. |
Lulus dengan serta merta. |
Time tengah berfotografi di area ni, ada seorang lelaki
bersut hitam membawa payung kebetulan lalu kat sana. So maybe dia pun heran
dengan dua orang perempuan, berhijab pula tu ada kat kawasan tu. So terjadilah
perbualan ringkas antara kami dan dia sebab dia nampak macam busy je. So dia
tanya la kami dari mana. Then kami cakap Malaysia. Then dia terkejut sangat ada
orang Malaysia sanggup datang jauh-jauh ke English Village ni semata-mata nak
tengok filming set untuk BOF. Maybe before ni dia tak pernah jumpa personally
kot tourist yang datang dari Malaysia di situ.
Cerita punya cerita rupa-rupanya
dia ni Mayor di situ. Lupa nama dia. Huhu. Dah ingat nanti update ye. Woah untung lah kami dapat jumpa and berborak personally
dengan dia. Mayor tu pun tinggal dalam village ni tau. Lepas tu dia tanya macam
mana boleh tau pasal BOF ni, then kami cerita la drama-drama Korea ni memang
famous di Malaysia. Dan BOF ni diantara yang famous la. Sekali lagi dia macam
tak percaya. See, orang Korea ni mana tau yang negara dorang tu teramat la
famous di seantero dunia. Haih. Then dia minta diri sebab Handphone dia bunyi
lagi. So kitorang pun sambung dengan sesi fotografi. Hehe.
Lelaki bersut dan berpayung tu lah Mayor English Village ni. |
KHJ. Time muda-muda dulu. |
Payung. YoonA. Jang Geun Seuk. Dan Kim Hyun Joong. |
Bakal tenaga-tenaga pengajar di sini. |
Hari tu tak banyak sangat visitors di English Village ni.
Maybe hari hujan kan. And time tu ramai sangat foreigners pakai smart-smart
gitu. Rupa-rupanya dorang ada meeting, and yang tu semua bakal-bakal cikgu yang
akan mengajar Bahasa Inggeris kat village tu. Sempat la juga berborak dengan
seorang bakal cikgu tu,orang USA.
Lepas tu kami round lagi village tu cari
tempat shooting BOF. Tapi yang tak bestnya, kami tak dapat masuk ke bilik
darjah Gu Jun Pyo dan rakan-rakan sebab bilik tu berkunci. Huhu sedih. Dapat tengok basikal Jandi je.Time ni juga ada budak-budak sekolah tengah kursus kot kat
situ. Sempat la juga approach seorang student ni nak tanya pasal class room tu
la. Then baik juga student tu dia bagi lagi map English Village tu kat kami.
Yeahhh~!.
Sepanjang kat sini, saya pun tercari-cari juga menara jam
tempat Yoona, Yuri, Taeyeon, Jessica, Hyoyeon dan Seohyeon (SNSD) tunggu
member-member Running Man tu. Tapi cari punya cari takde pun rail keretapi, or
tempat-tempat yang macam kat Running Man [Episode 64] feat SNSD tu. Kecewa tahap
dewa time tu. Rupanya yang tu English Village yang lain pula. Itu di Paju. Lebih
besar dari tempat yang kami lawat ni. Huhu. Sedih. Takpelah bukan rezeki.
Scene Jandi kena baling telur tu di sini la. Kecian Jandi. :( |
So dah habis round-round tu, bateri kamera pun dah kong,
kaki pun macam nak tercabut dah. Sakit sangat. So kitorang decide untuk pula
semula ke Seoul since dah petang sangat. On the way nak ke main entrance tu,
kitorang ternampak Mayor tu tengah
borak-borak dengan seorang cikgu Negro ni. Then bila dia nampak kami berdua
terus dia panggil. So pergi lah kami tempat orang tu and ada lagi cikgu
perempuan dari USA yang kami jumpa mula-mula tadi tu. So borak-borak dengan
dorang kejap, macam biasa la sesi perkenalan bermula. Lelaki Negro tu datang
dengan family dia, and dia memang menetap di Seoul. Orang South Africa gitu.
Then Mayor tu pun tanya la if kitorang balik naik train.
Kitorang cakap ya and dia offer untuk hantar kitorang ke Yongmun Station. Sebab
dia kata takut nanti kitorang terlepas train sebab nak tunggu taxi lagi boleh
memakan masa dalam 10 – 15 minit. Haih segan lah pulak kan dia nak tolong
hantar. Tapi takpelah, dah orang berbudi, kita berbahasa saje la.
So dalam
kereta tu sempat lagi borak-borak dengan dia. Dia tanya lagi selain BOF, apa
lagi drama-drama yang famous di Malaysia. Banyak la kitorang cakap, and dia
memang tak percaya betapa famousnya dorang kat negara luar. Then dia cerita dia
ada kawan dari Malaysia juga, dia kenal time dia belajar di Philippines dulu.
Kawan dia tu baik katanya. Maybe pasal tu la dia offer nak hantar kitorang ke
station, orang Malaysia kan baik-baik. Hehe. So sampai-sampai je kat station
tu, nasib train tak gerak lagi. Fuhh.
Thank you Mr. Mayor. Sangat baik! |
Till we meet again. (Sambil lambai-lambai tangan) |
So dari Yongmun, kitorang decide nak singgah Itaewon
tengok-tengok tempat tu and apa lagi haruslah cari makan di situ. So route
train kitorang ialah [1]Yongmun Station (Jungang Line) -> [2] Wangsimni Station
(Transfer to Line 5) -> [3] Cheonggu Station (Transfer to Line 6) -> [4] Itaewon
Station (Line6).
Klik gambar untuk lebih jelas. |
So sampai di Itaewon Station, kitorang singgah kat satu Information
Centre ni. Ambil la brochure yang perlu je. Time dekat station ni lagi dah nampak
orang Malaysia. Senyum-senyum je la kan dengan dorang. So agak happy la juga
sebab tak la rasa macam di negara asing sangat kan.
Itaewon ni memang tempat
foreigner tau. Orang putih ke, hitam ke, Melayu ke, Arab ke banyak je kat sini. Kat sini juga banyak kedai-kedai makanan dari negara-negara
lain, and bar pun banyak juga. Thats why kalau nak cari makanan Halal kita cari kat Itaewon je. Tapi kalau makan kat restoran besar tu memang agak mahal ye. Bajet besar boleh la. :)
So dari station tu, kitorang pun keluar ikut
Exit 3 untuk cari kedai kebab yang sedap tu. Nama dia Ankara Picnic. Kedai tu
betul-betul bersebelahan dengan exit subway tu. So memang gerenti akan jumpa la. Saya
order Chicken Kebab harganya KRW 4,000. Orang kedai tu pun dah pandai cakap
Bahasa Melayu. Nampak sangat lah kan memang ramai orang Malaysia duduk sana.
Hehe.
Kedai kebab Ankara Picnic tu dekat bangunan depan tu la. Betul-betul sebelah exit subway. |
Oh ye untuk peringatan bagi mereka yang mempunyai bajet ketat macam saya ni, time kat Korea tu, tolonglah jangan convert currency tu kalau kita nak bayar
apa-apa ye. Tutup mata je bayar. Anggap je KRW 4,000 tu macam RM 4. Kan senang.
Haha.
So lepas makan-makan tu, kitorang jalan-jalan dekat area Itaewon ni.
Nampak lagi orang Malaysia. Ramai pula tu. Happy sangat. Lepas dah jalan tu,
kitorang decide untuk masuk Hamilton Shopping Mall, bangunan depan junction
tengah-tengan Itaewon tu. Dalam tu banyak la juga jual souvenier, bags, shoes,
kerongsang Korea tu and macam-macam la.
Saya tahu mesti agak mahal kalau nak
beli kat situ, tapi iyelah dah banyak benda kami tanya-tanya kat
penjaga-penjaga kedai tu. Last-last saya beli je la fridge magnet harga dia KRW
10,000. Keluar dari Mall tu, usha-usha pula kedai kosmetik di luar. Korea dan kosmetik kan memang tak dapat dipisahkan. Plus kedai-kedai kosmetik dorang semua comel-comel.Tapi
tengok-tengok je la.
Kat entrance Hamilton Shopping Mall tu ada juga stall yang jual merchandise artis-artis K-pop, cd
pun ada. Tapi sama juga, just tengok-tengok je. Agak mahal ye. Around jam 8pm
macam tu kami pun gerak la balik guesthouse. Letih yang teramat.
Nak balik ke guesthouse dari Itaewon, route kami [1] Itaewon
Station (Line 6) -> [2] Yaksu Station (Transfer to Line 3) -> [3] Euljiro 3ga
(Line 3).
Klik gambar untuk lebih jelas. |
Balik guesthouse sempat lagi makan meggi before tido and update
gambar sikit-sikit. Hihi. Tamatlah untuk hari kedua di Kota Seoul. Sekali lagi
hari yang amat meletihkan. Kaki dah mula rasa nak tercabut. =)
Bersambung…
Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub
5 comments:
Farah...emel sy jap...nk tnye soklan... nwlsyafiq@yahoo.com
Btw...sy dh follow blog awk...follow la blik klu x keberatan...hehe...
thanks a lot for this post..
byk membantu sbb skang sya kat korea..and byk refer kat blog ni..huhuh
thanks a lot for this post..
byk membantu sbb skang sya kat korea..and byk refer kat blog ni..huhuh
Hi hanif..thanks sbb sudi singgah n baca blog kite yg x seberapa ni..kirim slm kt org korea ye.. :-)
Post a Comment