Tuesday 18 September 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 2


Peringatan : Artikel yang bakal dibaca adalah sangat panjang. Harap bersabar. =)

Okey jom kita sambung pasal trip ke Seoul kami.

30 JUN 2012. Hari Sabtu. Hari kedua di kota Seoul. Bertemankan lagu-lagu Girls Generation, jari-jemari pun memulakan kerja menulis cerita untuk hari kedua trip kami di Seoul. Huh bangun-bangun je time tu dah pagi dengan bunyi riuh penghuni lain dalam guesthouse tu. Tengah read-ready la tu nak keluar. Oh ya, Girls Generation Hostel ni untuk WANITA sahaja tau. FEMALE ONLY. Laki-laki tak boleh.

Since bilik di guesthouse tu tak bertingkap, so agak sukar untuk menjangka time tu matahari dah tinggi ke belum. Dengan penat mengangkut beg tak hilang lagi, so bangun pun agak lewat. Huh. Tolong jangan tiru ye. Pegi tempat orang harus manfaatkan masa sepenuhnya. Heh so dengan kelam kabutnya pun mandi and bersiap-siap. Tapi before tu sempat online lagi check Facebook. 

Ramai member-member bertanya pergi Korea ikut agent ke? Grouping ke? Tak. Kami pergi berdua sahaja. Sendirian Berhad. Semua sendiri. Takde refer agent mana-mana. Memang first time jejakkan kaki ke Korea. Cari guesthouse sendiri. Plan itinerary sendiri. Cari makan sendiri. Turun naik subway sendiri. Semua kami buat sendiri. Heh beraninya kata mereka. Hurm adat travel camtu lah. Lagipun Korea Selatan bukanlah asing di mata kita, ye tak. Selalu je tengok di tv, terutamanya kat Running Man. Haha. Ok melalut. 

So dalam jam 10am lebih camtu baru gerak keluar dari guesthouse. Time tu guesthouse dah sunyi, semua dah keluar kot. Tapi time kat lobby tu terjumpa pula satu tourist dari USA ni, borak punya borak dah 6 bulan dia duduk kat Korea. Travel sendiri-sendiri pulak tu. Wah jeles, mesti best kan.

Time keluar tu waaahh nyaman je udara di Seoul. Mendung dan sejuk je. Best! Sana-sini semuanya Korean. Teruja! Oh ya time kami pergi ni katanya tengah Summer, tapi nak-nak ke monsun gitu. So possibility untuk hujan sepanjang trip kami tu memang tinggi la. Huhu. 

So turun la kami ke subway. Oh ya, station subway Euljiro 3(sam)ga ni tempat transfer antara Line 2 dan Line 3. And di bawah ni juga ada Euljiro Underground Shopping Center. So sepanjang-panjang station kat bawah ni ada kedai-kedai la. And subway station ni kami gelar bandar bawah tanah, sebab bila kita turun ke bawah rasa macam kita pergi ke bandar yang lain, meriah dengan kedai-kedainya dan pengguna-pengguna subway yang sentiasa rush ke sana-sini mengejar train. Best je tengok. 

Euljiro Underground Shopping Centre.
Tengok signboard kat atas tu. Sampai 12 exit okey.
Time ni masih tak percaya juga dah ada kat Seoul. Selalu tengok di tv je kan situasi macam tu. Before naik train, kami singgah jap kat Paris Baguette Café beli bun untuk breakfast. Insya Allah dengan penuh keyakinan kami beli bun yang basic je. Dua bun dalam KRW 2,400. Since hujan, tak lupa juga beli payung yang banyak dijual di sana. So saya beli payung yang harganya KRW 5,000. Haruslah warna kekuning-kuningan kan macam payung dalam Love Rain tu. =)



Station station subway mesti ada map ni. So kalau terlupa exit, refer je kat sini.

Terjumpa Song JoongKi pula. Comel.

Si Fashion King.

Okey, so untuk hari kedua ni kami plan nak melawat Gyeonggi Engligh Village, Yangpyeong Camp. Since tempat tu jauh, kitorang akan spend time kat situ je la. So untuk ke sana memakan masa hampir 1 jam juga sebab tempat ni jauh sikit dari Seoul, di wilayah yang lain. 

So route train kami ke sana ialah [1] Euljiro 3(sam) ga Station (Line 2) –> [2] Wangsimni Station (Transfer ke Jungang Line) –> [3] Yongmun Station (Jungang Line).

Klik untuk gambar yang lebih jelas.

Tunggu train dengan happynya.


Transfer train kat Wangsimni Station. Background gambar harus ada warga Korea.

Bestfriend orang-orang Korea ialah handphone. Betul!



Memenuhi masa lapang dengan membaca peta. 

Orang lain tido, tapi kami sibuk bergambar. Haha.


Menurut blog yang saya refer, sepanjang route dari Wangsimni Station ke Yongmun Station tu tak akan ada tukar train or stop lagi. Tapi dalam kes kami, bila sampai ke Deoksu Station (About 40 minutes from Wangsimni Station) train tu pun stop. Ingatkan berhenti singgah macam biasa, tapi lama je train tu stop and semua orang pun keluar tinggal la saya, Kak Yanie and seorang ahjussi ni. Ingatkan memang ramai orang turun kat situ. So kitorang dengan rileksnye duduk je la macam biasa tunggu train begerak kan.

Then ada la pula Ahjumma cleaner ni tanya kitorang dalam bahasa Korea. Dia cakap nak ke Yongsan ke? So saya pun angguk je la. Then dia pun kata okey. Bila fikir balik and tengok map, eh kitorang nak ke Yongmun la. Then tetiba pula ada pemandu train tu masuk pegi bilik pemandu tu (kitorang duduk coach paling hujung). Owh dalam hati dah kata train ni mesti patah balik pergi arah Yongsan. So kitorang pun cepat-cepat keluar. Ahjussi tadi tu pun turun sama. Maybe dia pun tak biasa guna train kot. Then saya tanya la ada seorang ahjumma tu. Ayat simple je since tak pandai sangat nak cakap Korea. ‘Yongmun Station?’ Dia pun bagitau kena pergi platform sebelah. Explain dalam bahasa Korea pula tu. Haha. Buat-buat la faham and kitorang pun tukar la platform sebelah pula.

Huh dah turun platform ni, tanya la pula kat seorang Ahjussi ni. Kita ni travel ke tempat orang kena rajin bertanya tau.  Nasib baik Ahjussi ni pandai cakap English, slang Amerika lagi gitu. Hehe. So tanya la kat dia pasal jadual train ke Yongmun and minta dia explain sikit since train schedule tu dalam bahasa Korea. Then dia cakap tunggu la dalam 12.20pm camtu baru ada train. So menunggu la kami, makan-makan bun tu and snap gambar sikit-sikit. Bosan katanya. 

Siapa faham sila angkat tangan!

Erm...erm...erm...Tak faham ler.

Menunggu train dengan penuh sobarrr.



Tak lama kemudian train sampai then terus ke Yongmun Station. Pemandangan memang cantik sepanjang kami ke Yongmun ni sebab ni area kawasan luar bandar dah kan. 



Ini standard di sana.

Bila sampai kat Yongmun Station, sempat lagi singgah beli waffle. Hehe. Since banyak orang recommend untuk try waffle di Korea ni, so saya pun beli la kat kedai Ahjumma di station tu. Time tu hujan kat sana, so agak-agak lah lapar kan. Harga satu waffle tu KRW 1,200. So beli la dua. Satu untuk saya, satu untuk Kak Yanie. Sementara nak tunggu waffle tu siap dipanaskan, sesi berborak bersama Ahjumma pun bermula.

Ahjumma: Hot? (sambil tunjuk hijab di kepala)
Saya: No. (Geleng-geleng & senyum) =)
Ahjumma: Angguk (Senyum) =)
Saya: Bi? (Hujan?)
Ahjumma: Deh. (Sambil angguk) =)

Macam tu je la perbualan kami. Hahaha. So dah siap tu terus makan waffle. Memang sedap. Crispy pula tu. Dalam tu dia letak honey kot dengan crème apa ntah. No wonder ramai yang suka makan. Memang sedap. So kalau pergi Korea kena rasa waffle dorang tau.

Must try okey!
Okey then keluar dari Yongmun Station terus cari taxi. Since hujan, berlari-lari anak lah kami ke bus stop depan tu.  Bila ada taxi terus cakap je nak ke English Village. Dorang memang dah tau. So fare taxi dalam KRW 4,000 kalau tak silap. Kurang dari tu la, tak ingat. Dekat je village tu, tak jauh pun.

Tengah tunggu teksi. Hujan lebat.
Kereta MBC. Shooting kot.

Gigih bergambar dalam hujan.
So sampai-sampai tu hujan teramat lah lebat. Taxi tu turunkan betul-betul kat depan office dekat gate masuk tu. Rasanya tu tempat beli tiket. Tapi since hujan lebat, staff yang jaga tu cakap entah apa, dalam English la, tapi tak dengar sebab hujan kan, tapi dia just tunjuk kat arah bangunan Washington Airport Terminal tu. So kami pun berlari-lari lah ke sana. Kalau ikutkan kena bayar entrance fee, tapi takde pula. Syukur, jimat juga la bajet. 

Oh ya, kenapa kami memilih untuk pergi ke English Village ni? Apa yang ada dekat sini? Hah untuk pengetahuan, English Village ni adalah salah satu lokasi penggambaraan bagi drama bersiri BOYS OVER FLOWERS. Iya, drama yang rambut Lee Min Ho gulung-gulung, yang Kim Hyun Joong Nampak hendsome and innocent je tu di tambah pula dengan watak Geum Jandi yang comel. Tu memang drama wajib tengok untuk peminat K-Drama la. So sebagai penonton setia BOF dan Kak Yanie yang juga peminat tegar Lee Min Ho, haruslah kami pergi tempat ni kan. Tempat di mana Lee Min Ho, Ku Hye-Sun , dam Kim Hyun Joong pernah berada! Teruja!

Overall tempat ni memang cantik dan besar juga areanya, dan bangunan pun haruslah cantik-cantik kan semua. So sesi bergambar pun bermula.

Tengah hujan dan sejuk sangat time ni.





Main stamp passport.



Lulus dengan serta merta.
Time tengah berfotografi di area ni, ada seorang lelaki bersut hitam membawa payung kebetulan lalu kat sana. So maybe dia pun heran dengan dua orang perempuan, berhijab pula tu ada kat kawasan tu. So terjadilah perbualan ringkas antara kami dan dia sebab dia nampak macam busy je. So dia tanya la kami dari mana. Then kami cakap Malaysia. Then dia terkejut sangat ada orang Malaysia sanggup datang jauh-jauh ke English Village ni semata-mata nak tengok filming set untuk BOF. Maybe before ni dia tak pernah jumpa personally kot tourist yang datang dari Malaysia di situ. 

Cerita punya cerita rupa-rupanya dia ni Mayor di situ. Lupa nama dia. Huhu. Dah ingat nanti update ye. Woah untung lah kami dapat jumpa and berborak personally dengan dia. Mayor tu pun tinggal dalam village ni tau. Lepas tu dia tanya macam mana boleh tau pasal BOF ni, then kami cerita la drama-drama Korea ni memang famous di Malaysia. Dan BOF ni diantara yang famous la. Sekali lagi dia macam tak percaya. See, orang Korea ni mana tau yang negara dorang tu teramat la famous di seantero dunia. Haih. Then dia minta diri sebab Handphone dia bunyi lagi. So kitorang pun sambung dengan sesi fotografi. Hehe.









Lelaki bersut dan berpayung tu lah Mayor English Village ni.




KHJ. Time muda-muda dulu.

Payung. YoonA. Jang Geun Seuk. Dan Kim Hyun Joong.










Bakal tenaga-tenaga pengajar di sini.


Hari tu tak banyak sangat visitors di English Village ni. Maybe hari hujan kan. And time tu ramai sangat foreigners pakai smart-smart gitu. Rupa-rupanya dorang ada meeting, and yang tu semua bakal-bakal cikgu yang akan mengajar Bahasa Inggeris kat village tu. Sempat la juga berborak dengan seorang bakal cikgu tu,orang USA. 

Lepas tu kami round lagi village tu cari tempat shooting BOF. Tapi yang tak bestnya, kami tak dapat masuk ke bilik darjah Gu Jun Pyo dan rakan-rakan sebab bilik tu berkunci. Huhu sedih. Dapat tengok basikal Jandi je.Time ni juga ada budak-budak sekolah tengah kursus kot kat situ. Sempat la juga approach seorang student ni nak tanya pasal class room tu la. Then baik juga student tu dia bagi lagi map English Village tu kat kami. Yeahhh~!.





Sepanjang kat sini, saya pun tercari-cari juga menara jam tempat Yoona, Yuri, Taeyeon, Jessica, Hyoyeon dan Seohyeon (SNSD) tunggu member-member Running Man tu. Tapi cari punya cari takde pun rail keretapi, or tempat-tempat yang macam kat Running Man [Episode 64] feat SNSD tu. Kecewa tahap dewa time tu. Rupanya yang tu English Village yang lain pula. Itu di Paju. Lebih besar dari tempat yang kami lawat ni. Huhu. Sedih. Takpelah bukan rezeki.

Menara jam yang ini ada la.

Bangunan tempat terletaknya bilik darjah Gu JunPyo and the geng.





Scene Jandi kena baling telur tu di sini la. Kecian Jandi. :(


Cantik sangat! Macam nak baring je atas bunga-bunga tu.



Senyum terpaksa. Kaki dah sakit time ni. Huhu.

So dah habis round-round tu, bateri kamera pun dah kong, kaki pun macam nak tercabut dah. Sakit sangat. So kitorang decide untuk pula semula ke Seoul since dah petang sangat. On the way nak ke main entrance tu, kitorang ternampak  Mayor tu tengah borak-borak dengan seorang cikgu Negro ni. Then bila dia nampak kami berdua terus dia panggil. So pergi lah kami tempat orang tu and ada lagi cikgu perempuan dari USA yang kami jumpa mula-mula tadi tu. So borak-borak dengan dorang kejap, macam biasa la sesi perkenalan bermula. Lelaki Negro tu datang dengan family dia, and dia memang menetap di Seoul. Orang South Africa gitu.

Then Mayor tu pun tanya la if kitorang balik naik train. Kitorang cakap ya and dia offer untuk hantar kitorang ke Yongmun Station. Sebab dia kata takut nanti kitorang terlepas train sebab nak tunggu taxi lagi boleh memakan masa dalam 10 – 15 minit. Haih segan lah pulak kan dia nak tolong hantar. Tapi takpelah, dah orang berbudi, kita berbahasa saje la. 

So dalam kereta tu sempat lagi borak-borak dengan dia. Dia tanya lagi selain BOF, apa lagi drama-drama yang famous di Malaysia. Banyak la kitorang cakap, and dia memang tak percaya betapa famousnya dorang kat negara luar. Then dia cerita dia ada kawan dari Malaysia juga, dia kenal time dia belajar di Philippines dulu. Kawan dia tu baik katanya. Maybe pasal tu la dia offer nak hantar kitorang ke station, orang Malaysia kan baik-baik. Hehe. So sampai-sampai je kat station tu, nasib train tak gerak lagi. Fuhh.

Thank you Mr. Mayor. Sangat baik!

Till we meet again. (Sambil lambai-lambai tangan)
So dari Yongmun, kitorang decide nak singgah Itaewon tengok-tengok tempat tu and apa lagi haruslah cari makan di situ. So route train kitorang ialah [1]Yongmun Station (Jungang Line) -> [2] Wangsimni Station (Transfer to Line 5) -> [3] Cheonggu Station (Transfer to Line 6) -> [4] Itaewon Station (Line6).

Klik gambar untuk lebih jelas.

So sampai di Itaewon Station, kitorang singgah kat satu Information Centre ni. Ambil la brochure yang perlu je. Time dekat station ni lagi dah nampak orang Malaysia. Senyum-senyum je la kan dengan dorang. So agak happy la juga sebab tak la rasa macam di negara asing sangat kan. 

Itaewon ni memang tempat foreigner tau. Orang putih ke, hitam ke, Melayu ke, Arab ke banyak je kat sini. Kat sini juga banyak kedai-kedai makanan dari negara-negara lain, and bar pun banyak juga. Thats why kalau nak cari makanan Halal kita cari kat Itaewon je. Tapi kalau makan kat restoran besar tu memang agak mahal ye. Bajet besar boleh la. :)

So dari station tu, kitorang pun keluar ikut Exit 3 untuk cari kedai kebab yang sedap tu. Nama dia Ankara Picnic. Kedai tu betul-betul bersebelahan dengan exit subway tu. So memang gerenti akan jumpa la. Saya order Chicken Kebab harganya KRW 4,000. Orang kedai tu pun dah pandai cakap Bahasa Melayu. Nampak sangat lah kan memang ramai orang Malaysia duduk sana. Hehe.


Kedai kebab Ankara Picnic tu dekat bangunan depan tu la. Betul-betul sebelah exit subway.




Oh ye untuk peringatan bagi mereka yang mempunyai bajet ketat macam saya ni, time kat Korea tu, tolonglah jangan convert currency tu kalau kita nak bayar apa-apa ye. Tutup mata je bayar. Anggap je KRW 4,000 tu macam RM 4. Kan senang. Haha. 

So lepas makan-makan tu, kitorang jalan-jalan dekat area Itaewon ni. Nampak lagi orang Malaysia. Ramai pula tu. Happy sangat. Lepas dah jalan tu, kitorang decide untuk masuk Hamilton Shopping Mall, bangunan depan junction tengah-tengan Itaewon tu. Dalam tu banyak la juga jual souvenier, bags, shoes, kerongsang Korea tu and macam-macam la.



Saya tahu mesti agak mahal kalau nak beli kat situ, tapi iyelah dah banyak benda kami tanya-tanya kat penjaga-penjaga kedai tu. Last-last saya beli je la fridge magnet harga dia KRW 10,000. Keluar dari Mall tu, usha-usha pula kedai kosmetik di luar. Korea dan kosmetik kan memang tak dapat dipisahkan. Plus kedai-kedai kosmetik dorang semua comel-comel.Tapi tengok-tengok je la. 

Kat entrance Hamilton Shopping Mall tu ada juga stall yang jual merchandise artis-artis K-pop, cd pun ada. Tapi sama juga, just tengok-tengok je. Agak mahal ye. Around jam 8pm macam tu kami pun gerak la balik guesthouse. Letih yang teramat.







Nak balik ke guesthouse dari Itaewon, route kami [1] Itaewon Station (Line 6) -> [2] Yaksu Station (Transfer to Line 3) -> [3] Euljiro 3ga (Line 3)

Klik gambar untuk lebih jelas.

Balik guesthouse sempat lagi makan meggi before tido and update gambar sikit-sikit. Hihi. Tamatlah untuk hari kedua di Kota Seoul. Sekali lagi hari yang amat meletihkan. Kaki dah mula rasa nak tercabut. =)




Bersambung…




Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub 




5 comments:

eikorina-NaWaL sYaFiQ eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

Farah...emel sy jap...nk tnye soklan... nwlsyafiq@yahoo.com
Btw...sy dh follow blog awk...follow la blik klu x keberatan...hehe...

Unknown Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Hanif said...

thanks a lot for this post..
byk membantu sbb skang sya kat korea..and byk refer kat blog ni..huhuh

Unknown Unknown said...

thanks a lot for this post..
byk membantu sbb skang sya kat korea..and byk refer kat blog ni..huhuh

Miss Farah Miss Farah said...

Hi hanif..thanks sbb sudi singgah n baca blog kite yg x seberapa ni..kirim slm kt org korea ye.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...