Monday 11 November 2013

Hilang ! ! !


Hello korang ~ 

Wahhh lamanya saya menghilangkan diri sendiri dari berblogging. Busy sangat. Takde masa nak online. Laptop pun tak berada dalam kondisi yang amat baik seperti waktu dia muda-muda dulu. Internet pun agak lembab tidak seperti ketika hidup di bandar dulu. Dan masa pun tak banyak sangat yang free macam time menganggur dulu. Haha alasan! :p

Tapi tiba-tiba pula rasa rindu nak berblog dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan di alam siber ni. Insya Allah. Sekarang ni saya akan cuba menguatkan tekad semula untuk berblogging. Banyak cerita yang nak dikongsi dulu tapi disebabkan kekangan masa bekerja, harapan cuma tinggal harapan sajelah. Kerja shift lakatakan, tu yang tunggang-langgang sikit jadual kehidupan saya ni. Tapi takpe, itu semua rezeki Tuhan bagi, jgn sesekali komplen! :)

Okey,nak mula mengarang entri baru, tapi tak tau nak cerita apa. Tunggu je la ye post yang akan datang!

Bye korang! :)





P/S: Sorry sangat-sangat kepada yang drop/comment or email, tapi saya tak sempat reply. Saya akan cuba reply comment korang. Ada tu yang dah siap balik dari Korea dah. Hehe. Sorry guys. +_+





Saturday 30 March 2013

[TEASER] Universal Studios Singapore!




Weeeeeeee ! ! ! Setelah sekian lama, akhirnya dapat juga pergi ke USS! :)










Tungu next entry ye~ :)






Thursday 21 March 2013

Edisi Makan-Makan #5 [House of Mini, Berjaya Times Square]


Hi korang~ Wah lama sangat tak update blog, busy sangat dengan kerja sampai nak online pun rasa malas. Balik kerja tu rasa macam lebih baik tido daripada online. Haha. So kali ni nak upload pasal makanan je dulu. Hehe. 

Kenapa semuanya pasal makanan? Sebab sejak bekerja ni dah jarang pergi jalan-jalan, so makan je la yang banyak. Pergi tempat-tempat makan ni pun dah lama, ambil gambar je, lepas tu peram gambar kat laptop. Iyelah, malas nak update pergi blog punya pasal. So sekarang ni tengah 'rehat' dari kerja, so bolehlah online and update blog macam dulu-dulu tu~ :)

Tadi dah post pasal makanan-makanan favourite kat Johnnys, so kali ni nak cerita pasal satu kedai cupcake kat Berjaya Times Square pula. Ni pun secara kebetulan pergi jalan-jalan kat BTS tu dengan Aizie, dan lalu depan kedai tu sebab kedai ni kalau kita naik monorel ke BTS memang akan lalu kat depan kedai ni la.

Nama kedai cupcake ni ialah House of Mini! Nampak je kedai ni dari jauh memang terus rasa excited and rasa comel bila tengok cupcake mini yang tersangat la comel. Ditambah lagi dengan env ironment kedai yang comel, warna pink gitu, so apalagi pompuan memang suka la kan. So kitorang pun rambang la mata tengok cupcake yang kecik tu dan yang penting mesti try kan.

So jom enjoy gambar-gambar saya dan Aizie kat situ. :)


Hot Pink + Black! Love it!


So kitorang pun beli la satu set cupcake mini, satu kotak ada 6 pieces. 1 set ni harganya hanya RM 6, maksudnya RM 1 la satu piece kan. Murahhhh je.

Comel kan?



Dua cupcake kat bawah ni pula cupcake bersaiz normal, cupcake selalu kita makan tu. Yang bawah ni harganya RM 4.50 setiap satu. So beli la dua. Tak sure la mana satu yang ada free air, yang set 6 pieces tu ke or yang cupcake size normal ni. Hoho.





So overall harganya boleh tahan la, murah je. Rasanya pula biasa-biasa je, takde la yang special sangat. Cuma design dan sizenya je yang buat orang rasa nak beliiiiii je cupcake-cupcake yang comel tu. Oh ya, kat sini pun ada jual DIY set, harganya tak ingat berapa, tapi murah je. DIY set tu maybe untuk budak-budak kot, sebab ada set kerusi and meja untuk budak-budak kat depan kedai tu. 


So kalau pergi Berjaya Times Square, jangan lupa cari kedai House of Mini ni ye. :)






Edisi Makan-Makan #4 [Johnny's Restaurant, AEON Tebrau City]


Johnny's Restaurant, mesti korang pun pernah makan kat sini kan. Saya? Haruslah suka, sebab harganya sangat berpatutan dan makanannya juga boleh tahan sedap. Kira berbaloi la kan. Lagi-lagi time perut tengah lapar, memang semuanya jadi sedap la! :)

Sebenarnya kan, entri ni dah lama tersimpan rapi kat dalam draft. Cuma 'takde masa' je nak publish. Haha! Alasan! Apa-apa pun, korang enjoy je la gambar-gambar kat bawah ni. Harap korang berasa lapar lepas tengok entri ni dan terus segera mencapai kunci kereta atau motor dan manuju ke gerai mamak untuk supper. Haha~
























Sorry guys lama tak update. Oh ya, gambar-gambar makanan ni antara menu favourite kalau makan kat Johnnys. So kalau pergi Johnnys jangan lupa try ye. Yang suka makan steamboat tu, kat Johnnys pun ada. Tapi saya prefer makan macam ni dari makan steamboat. Hehe.

Thank you guys for reading my blog! Walaupun lama tak update tapi Alhamdulillah setiap hari ada juga orang singgah baca entri Percutian Bajet ke Seoul saya. Terima kasih!







Sunday 17 February 2013

Hari Makan Sedunia


Hye guys! Lama sangat tak update kan. Busy sikit dengan kerja. Balik dari kerja, online pun selalunya kejap je, just check FB and blog ni la, reply comment sikit-sikit, then tutup notebook, then tido. Itu je la rutinnya. Huhu.

Since saya tengah offday ni, boleh la bangun tido lambat sikit, boleh tido lagi balik time tengahari, makan tido makan tido, boleh keluar jenjalan dengan my BFF, and yang paling penting  boleh la update blog!!! Weeeeeee~~~~ rasa bagai di syorgaa la!

Okey untuk entry Hari Makan Sedunia ni, mestilah saya nak share pasal aktiviti makan saya dan Aizie. Nak dijadikan cerita, semalam kitorang kluar lagi pergi KL, and tempat yang dituju haruslah KLCC. What? KLCC? Again? Huuhhh iye KLCC laa. Tu je la tempat yang senang nak dipergi. Tak perlu tukar train banyak kali. Huhu. Macam korang ada kete. Kitorang ni ada LRT dengan KTM je. Wekkk!

So kitorang pun dengan tujuan untuk men'cuci mata' dan bergossip sikit-sikit, pergi la jenjalan dekat KLCC tu. Sampai-sampai je dah tengahari, so lepak minum dekat Starbucks dulu. Aizie je la yang minum, me tak. Kenapa tak minum, sebab . . . Biarlah rahsia . . . Hahaha~

Okey sambung-sambung. Then lepas dah lepak Starbucks, kitorang pun decide untuk tengok wayang, and yang paling penting, MAKAN! Since perut dah tersangat lapar, kitorang pun decide untuk makan kat Nando's. Pekena Ayam Peri-Peri Extra Hot gitu time perut kosong memang heaven la kan. Kenyang sangat-sangat. Syukur :)


Abaikan orang itu. Sila fokus kat makanan itu sahaja ye, Haha.

Then, dah habis makan-makan semua kitorang pun terus pergi TGV, nak tengok Die Hard. So beli tiket untuk show jam 7.10pm. Ohhh ya, saya bagi 5 bintang untuk movie ni. Sangat funny~plus best! So korang kena tengok okey. Wajib!



Sementara nak tunggu show yang jam 7pm tu, kitorang pun window shopping la. bakar lemak ayam Nando's tadi tu. So jalan punya jalan punya jalan punya jalan, takde beli apa-apa juga pun. Ehh ada la, ada orang tu beli kasut baru sebab sakit kaki pakai kasut baru. Hihi. :P

Then pastu kitorang baru sedar yang kitorang tak ambil dessert lagi. Cehhh. So destinasi seterusnya tentulah Bisou Bake Shop, makan Rainbow Cake dengan cupcake. Kali ni saya makan Raspeberry Cupcake. Not bad juga rasanya.

Rainbow Cake and Raspberry Cupcake.

Lepas dah menambah kilo kat Bisou, kitorang pun jenjalan lagi dengan harapan terbakar la sikit lemak-lemak di perut ni kan. Tapi time tengah jenjalan lagi dalam KLCC tu, baru kitorang tersedar yang kitorang belum pekena Hi-Tea lagi, atau dalam bahasa pasarnya minum petang. Haha. 

So kitorang pun lalu la kat Nyonya Colours, hmm lama dah usha tempat makan ni sebenarnya sebab tengok harga dia pun kira tak la mahal sangat and ramai je orang makan kat situ. So tengok-tengok menu dia, and makanan kat dalam cabinet tu pun tinggal sikit je. Mostly kuih-muih dia dah habis. 

Sedap! :)

So dengan rasa ingin mencuba, kitorang pun beli 2 cucuk Cucur Udang, satu bungkus Mee Siam, Teh Earl Grey and plain water je. Mee Siam tu memang sedap, rasa ala-ala tomyam. Kuah cucur udang dia pun not bad, and automatically menjadikan cucur udang tu sedap. Teh Earl Grey tu okey la juga, tapi kat Coffee Bean lagi sedap la. Haha~

After. Agak messy di situ ya. Isk isk.

So lepas dah makan-makan semua, and perut pun dah meronta-ronta kekenyangan, kitorang pun tengok la movie Die Hard tu. Fuhhh nasib tak tertido dalam hall tu. Hehe. So sekian sahaja la cerita edisi jalan-jalan menambah lemak dari saya. Next entry pun akan cerita pasal makanan lagi. Kenapa makanan lagi??? Sebab saya memang suka makan! Haha~ 


Teman saya meraikan Hari Makan Sedunia - Love you Aizie!

Thank you for reading this post! :)






Thursday 17 January 2013

Kecurian di Surau KL Sentral :(




Assalammualaikum and hi readers.. :)

Sumber Gambar
http://ismirazi.blogspot.com/2010/11/kamera-litar-tertutup-cctv.html

Yup, kali ni title post memang direct sikit dengan apa yang nak di share kan kat blog ni. Kecurian di Surau KL Sentral. 2 hari lepas. Malam Selasa. Time Maghrib. Huhu.

Sedih, sedih yang teramat. Apa-apa pun before nak share my story ni, saya redha, saya dah anggap yang barang-barang yang hilang tu dah memang tertulis sampai situ je rezeki saya sebagai pemilik benda-benda tu. Nak menangis dah tak mampu, nak bersedih pun dah tak guna juga, benda dah jadi kan. So kesimpulannya, redha saja la.

Before ni, selalu dengar je cerita dari member-member pasal kecurian kat dalam surau ni. Iyelah, namanya juga surau kan. Kita tak jangka pun ada insan-insan yang berniat serong sikit ni sanggup nak mencuri harta benda orang lain kat dalam tu. Bila dah jadi kat diri sendiri, baru saya percaya. Pencuri ni memang ada di mana-mana. Surau ke, masjid ke, kalau dah kemaruk nak mencuri, dia tetap akan mencuri.

Nak dijadikan kisahnya, hari Selasa tu saya kerja closing shifts, petang sampai malam. So nak dekat-dekat masuk waktu Maghrib tu saya pun minta break la jap nak solat kat tempat biasa saya solat, iaitu kat surau KL Sentral yang kat bawah eskalator tu, dekat area locker.

Biasanya kalau nak masuk waktu ni, memang surau akan pack kan sebab ramai yang dah standby tunggu masuk waktu nak solat. Since saya lewat sampai tu, memang kena berdiri je la tunggu turn nak solat. So, before nak pakai telekung tu, saya simpan la name tag kerja kat dalam wallet, and handphone Nokia yang dah season tu kat compartment bagpack saya yang kat depan. Hm rasanya time tu si 'pencuri' ni dah perhatikan saya kot time saya keluarkan wallet, handphone semua tu.

So bila time solat, saya bawa la beg tu skali, letak kat tepi kaki saya ni, sebab nak letak depan kang tak boleh pula nak sujud kan. Bila dah habis solat tu, buka telekung semua and simpan kat dalam beg, saya tengok bahagian depan tempat saya letak wallet and handphone tu dah hilang. Time tu memang rasa darah dah tak mengalir la kot, and time tu saya macam tak boleh nak pikir apa-apa. Saya blur, totally blur. Rasa macam tak percaya yang wallet dan handphone saya dah hilang. Mungkin time sujud, time yang saya tak nampak kot dia ambil.

Time tu macam tak percaya yang barang-barang saya dah dicuri orang. Ya Allah, sampainya hati orang tu. Time tu kat kepala ni terus terpikir pasl wallet tu, IC, lesen memandu, kad-kad ATM semua dah hilang. Duit tunai kat dalam tu lagi. Kad Touch n Go yang baru je reload untuk ulang alik pergi tempat kerja. Name tag kerja pun hilang. Kunci rumah pun sekali kat dalam wallet tu. Then teringat handphone tu lagi, dengan segala number-number penting kat dalam tu. Memang time tu rasa nak menangis and jadi tak keruan dah. Duit takde, IC takde, semua pun dah takde, lesap, hilang.

Bila kepanikan tahap maksima tu dah melanda, saya pun jadi tak terpikir nak pergi pondok polis kat dalam KL Sentral tu. Huhu. Silap saya la kat sini. Saya terus cari public phone, tapi bila cek duit syiling kat dalam bagpack tu, rupanya syiling Won je yang tinggal, balance dari trip Korea dulu tu. Ya Allah, time tu rasa macam orang yang dah takde apa-apa langsung.

Dengan terpaksanya saya pun tebalkan muka minta syiling kat sorang abang ni, saya rasa dia orang Pakistan kot yang tengah duduk dekat situ. So dia bagi la 50sen. Dah panik camtu, segala number family pun dah tak ingat. Try call my sis, tak dapat pula. So gamble la call je my friend yang tengah keje juga time tu. And kebetulan dia jawap. Time bagitau tu pasal kecurian tu terus automatik saya menangis kat public phone tu. Haha. Drama sangat. Then coin pun habis saya pergi minta lagi kat abang Pakistan tu. Maybe dia dah kesian sangat kot tengok saya dengan airmata yang mencurah-curah jatuh ni, dia bagi pinjam handphone dia. Siap tanya saya lagi kenapa. Huhu. Abang, you memang banyak baik abang. Terima kasih banyak-banyak.

Pastu saya terus masuk kerja balik, then bila dah habis kerja saya cepat-cepat pergi Pondok Polis and buat report kat abang polis motor scrambler yang handsome itu. Bila dah buat report, tunggu Pegawai Penyiasat pula datang nak ambil details saya. Huhu. Then lepas semua dah selesai, cerita-cerita la dengan Pegawai tu, then baru saya tahu yang surau tu memang antara port yang paling famous dengan kes kecurian. Time tu macam tak percaya kan, dalam ramai-ramai yang masuk surau tu dengan niat nak beribadat, ada juga orang yang sanggup masuk kat dalam tu dengan niat yang jahat, nak mencuri.

Pegawai tu kata lagi baru-baru ni pun sorang dah dapat kena tangkap kat surau tu. Itupun sebab sorang kakak ni yang perasan dengan muka si pencuri ni. So kakak tu buat-buat la solat, tapi mata dia curi-curi tengok kat beg tu. Then memang betul, time si pencuri tu nak menyeluk beg tu, kakak tu terus tangkap dia. Tapi polis tu cakap, budak tu dah dijamin. Tinggal nak tunggu untuk bicara lagi. Haihhhh yang mengejutkan polis tu kata mostly orang yang mencuri ni, yang dorang dapat tangkap adalah student! Ye, student!!!

Saya tahulah memang banyak nak pakai duit kan time belajar, saya pun pernah juga jadi pelajar juga. Tapi janganlah sampai terdesak sangat nak mencuri. Dah la mencuri, menyusahkan orang pula tu nak kena buat IC baru, nak kena pergi buat lesen baru, nak pergi apply kad ATM baru, nak beli name tag baru, nak duplicate kunci rumah lagi, semua tu pun kos tau tak. Eeeee geramm! Kalau jumpa si pencuri tu rasa macam nak lempang je dia. Geram! Orang lain susah-susah cari duit, dah la yang dicuri ni pun tak berapa nak berduit sangat, dia senang-senang je seluk beg orang, ambil wallet and duit orang lain. Bahagianyaaaaa hidup kau wahai pencuri!

So guys, berhati-hati la walau di mana anda berada. Tak kira di masjid ke, surau ke, or kat mana-mana je la, niat orang ni kita tak tahu. Nampak muka suci je kan keluar masuk surau. Rupa-rupanya masuk surau tu ada kerja lain yang dibuat kat dalam tu. Isk sabar je la. Kalau solat tu, letak je la semua barang kita tu kat depan, biar senang di tengok. Kang jadi macam saya ni lagi. Apa pun takde yang tinggal. Habis disapu bersih. So kalau yang nak solat kat surau di KL Sentral tu, hati-hati tau. Kalau rasa ada orang yang mencurigakan, mata dia asyik tengok kat beg-beg orang-orang yang ada kat situ, elok korang perhati dia. Kot-kot la dia tu nak mencuri kan.

Apa-apa pun, saya redha. Hopefully kisah saya ni akan korang ambil sebagai pengajaran ye. Make sure barang-barang korang tu ada orang yang jaga time solat. Kalau yang solat sendiri tu, letak la barang tu kat depan. Dan yang penting, berhati-hati je la okey. So kepada si pencuri tu, jawap la dengan yang di Atas nanti. Tak nak maafkan kau sampai bila-bila. Wekk! Kalau kau beli makanan dengan duit aku tu, ko paham-paham la halal ke haram benda yang jadi darah daging ko tu. Huhu. :(


P/S: Terima kasih korang kerana sudi mendengar kisah dan luahan hatiku ini. Aku tau rajin sangat aku taip panjang-panjang kan, well macam tak kenal aku. Aku kan suka buat post panjang-panjang ni. Kasi eksesais mata korang untuk baca. Bwahaha! Sekian. :)






Tuesday 1 January 2013

[Music Video] Girls' Generation - I Got A Boy




Para Sones, 

Jom layan music video terbaru I Got A Boy (Album ke-4) daripada 
Girls' Generation!

Baru je SM Entertainment release tadi~ Enjoy! Best~








Check out their first on stage performance for I Got A Boy!




P/S: Yoona juga yang paling comel~Haha :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...