Monday 29 October 2012

AIR ASIA buat hal lagi!


Waaaaaa AIR ASIA buat hal lagi dengan promo FREE SEATnya!!! Fuhh pegi Korea bermula RM299 je~ Travel tengah tahun tu confirm time musim bunga! Waaaaa!

So apa lagi korang-korang semua, jangan lepaskan peluang ni. Try je la manatau dapat deal yang murah kan. Jadi or tak jadi jalannya tu belakang kira, yang penting dapatkan tiket murah dulu. Haha! Book cepat-cepat kat website AIR ASIA ni.

Selamat bercuti in advance guys! =)










My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan [Edisi Lepak-Lepak di Cheonggyecheon Stream & Caffe Bene]


Hi korang!

Bertemu lagi kita pada entry kali ni. So macam mana dengan raya haritu? Mesti best kan sebab dapat bercuti and yang penting dapat celebrate Hari Raya Aidiladha dengan family, sedara mara, jiran-jiran sekampung and kawan-kawan. For me rasanya macam dah lama tak sambut 'raya haji' ni, iyelah perantau la katakan. Tahun ni pun macam tu juga la. Huhu.

Since both my sister pun tengah cuti and ada kat semenanjung ni juga, so apa lagi, kitorang pun jalan-jalan je la pergi Melaka sana tu haaa mengubat hati yang lara tak dapat beraya dengan family tercinta. Sob sob. Nanti Inysa-Allah kalau rajin I buat entry pasal tu okey. =)

Aikk mesti korang wonder kan. Tak habis-habis lagi rupanya entry Seoul ni. Haha. Don't worry sebab kali ni edisi santai je. Tak payah nak baca panjang-panjang sampai lebam biji mata macam entry-entry before ni. I just tunjuk gambar and explain sikit-sikit la. Tapi before tu, sorry tau sebab ada few gambar yang kualitinya kurang baik sikit. Sorry guys. Sekali lagi, kami amatur.

Well actually, entry ni dibuat sebab nak cover pasal outing kitorang ke Cheonggyecheon Stream and makan-makan kat Caffe Bene yang terlupa nak masukkan sekali haritu. Kalau tak silap ni malam yang ke 3 or ke 4 or ke 5 kat Seoul. Serious tak ingat. Dah lama kot cerita ni. Huhu. Sorry.

Okey jom lah kita sambung cerita kali ni. Cerita la sangat kan. Okey la kali ni just nak share pasal outing kitorang time malam ke stream ni. Iyelah time ni dah berapa hari duk kat Seoul, tak juga jenguk-jenguk stream ni. So malam tu around jam 9pm camtu kitorang pun jalan-jalan la ke stream yang amat famous ni. Datang Seoul nanti wajib lepak kat sini juga tau.

Since dekat je dengan guesthouse kitorang, kitorang just jalan kaki je sambil menghirup udara segar Seoul! Tak sampai 10 minit dah sampai pun kat stream tu~ =)

Dekat je!



Apesal gelap semacam ni~ Lupa nak tukar camera pergi night mode daaa. Haha!


Akhirnya sampai juga kat stream ni. Selalu tengok kat tv, kat blog-blog orang lain je before pergi Korea haritu. Sekarang dah ada kat depan mata. =)


Cheonggyecheon Stream!!!

Cari la anak tangga macam ni untuk turun ke bawah. Jangan jadi macam kami pula, tangga dah depan mata tapi dok gatal pergi cross jalan sebelah pula. Pastu buat-buat muka comel tanya orang Korea macam mana nak turun bawah. Haha!

Fyi, panjang stream ni adalah dalam 8.4 km, bersamaan dengan 5.2 batu macam tu la. Panjang kan? Tu pasal la kitorang jalan punya jalan punya jalan pun tak sampai-sampai kat hujung tu, yang ada statue siput tu. Letih tau.

Apa-apa pun, bila sampai kat stream ni memang terpegun juga la tengok macam mana dorang boleh transform stream ni sampai jadi macam ni. Macam yang saya baca kat internet, projek stream ni dulu mendapat kritikan yang maha hebat dari warga Korea. Tapi bila dah siap sepenuhnya stream ni pun secara otomatiknya menjadi salah satu tarikan yang sangat terkenal di Seoul, bukan untuk foreigner sahaja, tapi untuk orang Seoul juga tau.

So sepanjang kitorang jalan-jalan kat stream ni, memang banyak la orang-orang Korea yang melepak kat sini. Ada yang tengah jogging, ada yang saje-saje lepak dengan member-member sambil minum-minum, yang baru balik keje pun banyak lepak kat sini, and yang paling penting ramai couple yang tengah dating la. Haishhh sabo je la menengoknye. Romantik sangat-sangat okey. Kan best if datang dengan cik abang kat sini, lepas tu jalan berdua sepanjang stream ni sambil-sambil minum kopi macam kat dalam cerita Korea tu. Romantiknya! Ouuhh someday someday!

So bila dah penat berjalan tu, kitorang pun duduk-duduk la stay kat tepi stream ni mendengar bunyi-bunyi air yang mengalir melalui stream ni, dan yang paling penting airnya tersangat la clear! I like! Sambil-sambil tu cuci-cuci mata juga tengok orang-orang Korea yang handsome-handsome. Haha!

Okey la, jom melayan gambo-gambo kitorang kat stream ni.




Hamboii flawlessnya muka! Ahjussi di belakang pun sempat lagi menjeling tau. Haha~

See! Betapa jernihnya air kat stream ni.

Okey, jom lepak!

Motif gambar ni? Nak ambil gambar building tu sebenarnya. Terang benderang sangat lampu kat dalam tu!

Ada orang tengah dating la~






Kitorang lepak sini sebab tempat ni macam meriah sikit~






Macam scary pula ada semak samun ni~Haha!


Mata-mata alien ni~

So dah letih berjalan tu, perut pun dah mula rasa lapar yang amat. Dari stream tu kitorang dah nampak coffee house yang popular juga di Korea ni, iaitu Caffe Bene. Kat Korea, especially Seoul ni coffee house memang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Kira macam satu trend juga la kan lepak-lepak kat coffee house ni. Bak kata Pakcik Psy dalam lagu Oppa Gangnam Style, sanggup makan ramen murah hari-hari semata-mata nak minum secawan kopi kat coffee house. Haha!

Tu pasal la kalau kita pergi kat mana-mana pun confirm akan jumpa coffee house, tak kira la international brand macam Starbucks tu or local brand macam Caffe Bene, Holly's Coffee ke, memang banyak! Ni antara 10 coffee house yang terbaik di seluruh Korea. Kalau korang rajin carilah kedai-kedai ni ye.

So Caffe Bene ni antara coffee house yang terbesar in terms of number of stores yang dorang ada. Menurut Encik Wikipedia, tahun ni saja dorang dah buka 760 outlets. Fuhh banyak kan. So kenapa kami pilih Caffe Bene ni. First mestilah sebab ambassadornya kan. Siapa lagi kalau bukan boyfriend Kak Yanie, abang Jang Geun Suk kita tu dan juga Han Ye Seul. Second, sebab waffle di sini sedap-sedap belaka! Kena cuba ok!

Jom layan gambar kitorang kat Caffe Bene ni.





Wall deco.

Environment dalam ni memang best~


Tunggu benda ni vibrate then pick up la your order tadi kat counter~





'Wow, Fantastic Baby!'. Itu je lah yang mampu aku katakan sebaik sahaja waffle ni masuk ke dalam mulut. Sedap!!!

Sorry. I forgot la nama drink ni. Tapi actually bawah tu kaler biru ye. Dah kena flash jadi putih pula. Huhu.

Kak Yanie ambil ice blended kot. Lupa tulis kat my notes. Sorry tak ingat.


After. Memang berhambur la kan pinggan.


Jangan lupa singgah kat Caffe Bene kalau datang ke Seoul!
Dah kenyang melantak waffle yang tersangat sedap tu, kitorang pun gerak la balik ke guesthouse since dah tengah malam time tu. Takut juga kang nak balik sebab kena jalan kaki kan. Kat area ni pun macam banyak pub and club gitu, so ternampak la juga orang-orang mabuk nak pulang ke rumah. So kitorang pun apa lagi, cepat-cepat la gerak balik guesthouse.

Ada juga sign macam ni ye.





Okey, sampai sini je la entry untuk kali ni ye. Kalau rajin nanti saya update pasal total cost yang saya habiskan  sepanjang trip kat Seoul ni. Now nak rehat layan Running Man. Nak gelak-gelak sampai tertido. Haha!

Thank you for reading guys! Jangan lupa FOLLOW me, or boleh SHARE my blog kalau korang suka ye. =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...