Sunday 16 September 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 1

Peringatan : Artikel yang bakal dibaca adalah sangat panjang. Harap bersabar. =)

Hi! Bertemu lagi. 

Before tu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh warga Malaysia! [16 September 2012] Jom sama-sama kita memanjatkan syukur di atas segala nikmat pemberianNya kepada kita di bumi Malaysia yang bertuah ni. =)

Okey, entri kali saya akan memulakan cerita mengenai PERCUTIAN BAJET saya dan Kak Yanie ke Seoul, Korea Selatan pada bulan Jun-Julai 2012 yang lalu. Iya, dah lama. Dah basi pun. Tapi still fresh dalam otak saya ni. Hehe.

Kenapa BAJET tu yang saya highlight, sebab bagi saya percutian tu memang betul-betul BAJET la untuk orang yang tidak berpendapatan tetap, tidak bekerja dan masih mengganggur macam saya ni. Dan syukur Alhamdulillah, Kak Yanie sebagai my main sponsor, banyak tolong saya masa kat sana. Thanks Kak Yanie! Impianku menjadi kenyataan keranamu Kak Yanie. Hehe.

So nak dimulakan cerita, semua ini bermula dengan angan-angan sahaja. Tak pernah tercapai dek akalku akan ke Seoul suatu hari nanti sehinggalah Kak Yanie menyuarakan niatnya untuk ke sana dan mengajak saya sekali. Iyela, masa tu baru habis belajar, poket pun kosong lagi. So dengan harapan akan mencari kerja dan  mengumpul duit [takde rezeki lagi], dapatlah konon saya terbang ke Seoul. 

Mula-mula tu Kak Yanie kata plannya nak pergi dalam bulan September 2012 macam tu kalau tak silap, tapi tup-tup suatu pagi tu Kak Yanie tanya kalau saya betul-betul nak pergi Seoul. Saya pun cakap ya. Dia cadang nak pergi hujung bulan Jun dan awal Julai tu balik la. Satu minggu!. Wow lama tu. Dipendekkan cerita, beberapa hari lepas tu dia pun belikan flight ticket untuk dia dan saya. Ya saya! Dan ya, kami berdua sahaja! Time tu seram sejuk badan ni bila dia bagitau dah confirm flight ticket, dan saya pun mula la menghitung hari nak ke Seoul. Excited sangat!!! 

Since saya ni memang peminat tegar Yoona (SNSD) dan Kak Yanie pula peminat tegar Jang Geun Suk, so kami panggil trip ni sebagai LOVE RAIN EXPEDITION~. Sebab time tu drama Love Rain tengah hangat main kat channel KBS. Haha!

Our YoonA and Jang Geun Suk in LOVE RAIN.
So dalam-dalam excited tu, saya spent dalam 2 months macam tu buat research pasal Seoul. Since Kak Yanie bekerja, dan saya ni penanam anggur yang tetap di rumah, so saya pun mewillingkan diri untuk buat survey semua pasal Seoul ni baik dari segi accommodation, transportation dan attractions around Seoul.  Iyelah bajet la katakan. Dalam dua bulan ni, Encik Google la peneman setia saya. Terutamanya anak-anak dia Google Earth dan Maps. Haha.

So dalam 2 bulan tu, kerja saya menggodek-godek blog-blog yang banyak bagi tips dan share experience dorang kat Seoul. Million thanks to blog Kaki Berangan dan blog Budget Travel to Korea. Kepada yang nak travel indipendently, dua blog ni memang sangat-sangat memberi informasi dan membantu dalam merangka itinerary dan yang paling penting, membuat anggaran BUDGET yang saya perlukan untuk trip tu.

So, pejam celik pejam celik, hari nak terbang ke Seoul pun dah sampai. Oleh kerana flight ke Seoul tu dari LCCT Sepang, so kitorang pun terbanglah ke Kuala Lumpur sehari lebih awal dari Kota Kinabalu. Flight Kota Kinabalu-Kuala Lumpur ni kitorang naik MAS. Time tu beli awal kan,so fare dan costnya murah la sikit.

Huh tapi time tu saya ingat lagi. Banyak sangat dugaan before nak terbang. Antaranya ialah DUIT. Time tu bajet saya nak bawa ke sana dalam RM800. Tapi beberapa minggu nak terbang tu memang duit tak cukup-cukup lagi. Nasib la ada si dia dan kakak yang sudi menderma. Hihi. Thanks.

Dugaan lain pula, actually bukan dugaan pun. Haha. Nak dijadikan cerita, dua hari before nak fly tu saya tak cukup tido sebab ada kerja lagi yang tertangguh. The day nak terbang ke Seoul tu memang takde tido langsung la. Ingatkan before fly ke KL dah boleh siap, tapi iyelah bila buat kerja yang bukan bidang kita, haruslah ada sedikit slow dan blur kan. So bila dah pergi KL, niat memang nak siapkan cepat. Tapi tu kan KL. Haruslah keluar berjalan-jalan di KL juga. Haha. So malam tu sampai subuh laptop ku dan aku bersama-sama bergandingan bahu tak tido malam untuk siapkan kerja tu. Nak dekat Subuh baru siap. Huh. Padan muka!

Nasib baik dah siap packing, owh ya kami travel memang backpackers way la. Cheh. So saya bawa satu backpack,size sedang-sedang untuk pakaian and toiletries, dan satu beg di tangan untuk bekalan makanan kami selama satu minggu di sana. Bajet la katakan. So kami bawa dua bungkus meggi perisa Kari =D, biskut-biskut macam Oreo & Tiger,dan Milo packet. Bukan apa, mana tahu kang lapar malam-malam ada juga la backup. 

Dan satu lagi beg untuk laptop and beg tu lah yang akan dibawa time meronda-ronda Seoul nanti. Oh ya, macam shampoo, body wash dengan ubat gigi pun kami bawa sendiri walaupun dekat guesthouse tu complete dah semuanya. So dalam jam 6.30am macam tu,si dia pun menjemput kami then terus hantar kami ke LCCT Sepang. Flight kami dari  Kuala Lumpur-Incheon adalah pada jam 9 pagi.

Sampai-sampai airport, wrap backpack, then check-in. Boarding jam 8.20am. So masa tu awal lagi, kitorang pergi breakfast lah dulu. Memikir kan flight yang memakan masa 6 jam, so haruslah memilih makanan yang light and simple. So saya pilih nasi lemak. Bwahaha. =D Nasib perut tak meragam.

Boarding pass Kak Yanie.

My boarding pass.
So lepas dah siap semua-semua tu, kitorang pun pergilah tukar duit kat Money Changer CIMB. Plan asal nak tukar duit kat money changer yang dekat Jalan Masjid India hari sebelumnya tu, tapi atas sebab-sebab teknikal,dah tak sempat. Huhu. So kitorang pun tukar la ke RM -> USD, time tu currency RM 1 = RM 3.35. Airport, haruslah tinggi kan. Huhu sekali lagi. So saya tukar RM 804.00 dapat lah dalam USD 240. Huh time tu macam nak nangis tengok duit yang tinggal ciput.

Then dah main tukar-tukar duit, Kak Yanie singgah jap kat bookstore tu cari map Seoul. Then kitorang pun masuklah ke dalam. Syukur Alhamdulillah takde masalah apa-apa kat Imigresen, then menantilah kami di Gate T16. Time tu ramai sangat orang especially Korean. Tambahlah teruja kan. Seat pun full semuanya. So kitorang berdiri je la. Tunggu punya tunggu, dah jam 9 tapi plane still tak sampai. Rupanya flight delay sampai la jam 9.30am baru boleh naik kapal. Nasib dah purchase seat awal-awal, so selesa la sikit  duduk kat depan.

Dalam jam 9.50am, 29 Jun 2012, menaiki pesawat Air Asia D7 504, terbanglah kami meninggalkan bumi Malaysia menuju ke Incheon, Korea Selatan. =)

So memandangkan flight memakan masa 6 jam, dalam 3 kali la tido bangun tido bangun tido bangun. Hah 3 kali. Dahla tak tido malam before tu kan, so balas dendam la dalam kapal tu. Bila terbangun tu sempat la on laptop tengok Rooftop Prince. Then tetido balik. Terbangun lagi tengok Running Man jap. Then tido lagi. Terbangun lagi then tengok orang sekeliling semua pun tido and main game kat tab masing-masing. Dan tido lagi la. Haha. Sampai la last sekali terbangun and dengar announcement dah nak landing. Fuhh time tu excited hilang sekejap sebab mamai lagi and pening kepala pula. Huh no wonder orang selalu advice ambil flight malam kalau nak ke Korea Selatan. Huhu.  

So dengar je announcement tu, saya pun mula la terjenguk-jenguk kat tingkap, kalau-kalau dan boleh nampak tanah Incheon tu. Kak Yanie saya tengok masih tido lagi. Pening katanya. So tak lama tu, dah boleh nampak tanah-pamah kat bawah tu. Simetri dan tersusun tau. Cantik dan mendung je time tu. Fuhh tambah excited! 

Then flight kitorang pun selamat mendarat di Incheon International Airport jam 4.09pm waktu Malaysia (Jam saya).

Then bila dah landing, tempat pertama yang dituju haruslah toilet kan. Haha. Pastu snap gambar sikit, then terus turun ke bawah tunggu shuttle train ke main terminal building dan terus menuju ke tempat Pemeriksaan Imigresen. Nervous sangat. Muka officer tu pun haruslah serius kan macam officer kat Singapore tu juga. Tapi handsome. Hihi.

Korea tu! =)


Muka happy Kak Yanie.

Bila dah lepas, then kami terus g claim baggage and cari Money Changer KEB untuk tukar duit ke Korea Won (KRW). Time ni saya tukar USD 240 tu dapat la dalam KRW 200,000 ++. Lupa pula exact amount dia. Around macam tu la. Berbekalkan duit tu la saya pusing-pusing Seoul. Memang betul-betul PERCUTIAN BAJET untuk saya. Nasib baik ada Kak Yanie. 

Dah settle semua, so kitorang keluar la nak cari kedai serbaneka. Time keluar tu haruslah kena pandang-pandang kan sebab kami berhijab. Hehe. Buat-buat cool je. So cari punya cari jumpa kedai GS25, macam 7Eleven juga la kiranya kedai ni. Then terus beli T-Money, masa tu beli dua keping untuk saya dan Kak Yanie dapat la harga KRW 6,000. Kalau tak silap satu tu dalam KRW 3,500 kot. Google ye. Kad T-Money ni fungsi dia sama la macam kad Tounch ‘n’ Go kita. Tapi kad ni lagi pelbagai guna. Boleh guna di subway, bus, taxi and banyak la. Then each card tu saya chargekan KRW 20,000. Nanti kalau tak cukup boleh topup kemudian.

IU siap sambut kami kat airport. Buat susah-susah je IU.
Oh ya, time kami sampai tu cuaca tengah hujan dekat Incheon, so kami pun menyeberang la ke bangunan sebelah untuk naik train ke Seoul. Untuk ke Seoul kita ada dua option sama ada via Airport Railroad or via Airport Bus. Airport Bus ni cepat sikit la sampai Seoul, tambang seorang dalam KRW 10,000. Tapi dia ada certain tempat je dia berhenti tau. Korang boleh refer dekat sini

Ni basnya. Make sure check dulu routenye sama ada lalu kat area tempat tinggal kita or tak.
Sumber : Google Images
Kalau untuk yang bajet-bajet tu, boleh la ambil train ke Seoul. Contoh macam saya, dari Incheon ke Euljiro 3(sam)ga lebih kurang KRW 3,850. Oh ye, untuk siapa-siapa yang nak pergi ke Seoul, subway adalah option terbaik untuk korang pergi ke mana-mana tempat dalam Seoul ni sebab aksesnya yang luas, cepat, murah dan best. Kenapa best? Sebab dalam train subway ni la kita dapat tengok dan belajar juga cara hidup orang-orang Korea. So korang boleh study map subway ni betul-betul di sini. Nampak je complicated, tapi kalau kita dah biasa naik and tukar-tukar train kat KL, tak akan ada masalah. Trust me. 

Euljiro 3(sam)ga Station Line 2 (Line warna Hijau).
Tapi kalau untuk yang baru sampai Incheon tu dengan beg-beg yang besar, disarankan naik la bus kalau korang tak nak patah tangan dan bahu korang turun naik tangga dalam subway tu. Fyi, subway ni macam 4 tingkat ke bawah tanah tau. Kalau terkena station yang ada escalator takpe juga, tapi kalau yang semuanya tangga, hah nasib badan la. Serius!

Eh? IU naik train?

Wall mural. Creative!

Tinggi kan? Larat ke nak angkut beg besar-besar camni kalau tak ada escalator?

And lagi satu, study la map Seoul tu juga so that korang dah familiar dengan area-area di sana. So bila dah sampai Seoul takde la bingung and blur sangat kan. Macam saya, dalam dua bulan tu, dengan bantuan Google Earth dan Maps tu la saya study pasal Seoul ni. So bila sampai Seoul dah senang. Ataupun boleh tengok kat  sini =)

So dengan menaiki train, kami pun menuju la ke Seoul. Excited sangat time tu bila makin nak dekat ke kota Seoul, makin ramai orang dalam subway. Happy sebab orang Korea ada di sana sini! =) 

Perjalanan ke Seoul mengambil masa dalam 1 jam 10 minit, dalam 14 stations. Guesthouse yang kami nak tinggal tu kan di area Euljiro 3(sam) ga. So untuk ke sana route subway kami seperti di bawah ni.

[1] Incheon International Airport Station (Line A’REX - Airport Railway) –> [2] Hongik University Station (Transfer ke Line 2) –> [3] Euljiro 3(sam) ga Station (Line 2). 

Ini route kami dari Incheon International Airport Station ke Euljiro 3(sam)ga Station via subway.
Untuk ke guesthouse tu, kena keluar ikut Exit 7. Lagi satu, exit di subway ni juga sangat-sangat penting. Satu station tu juga ada yang sampai 11 exit. Jauh pula tu nak menapak kalau dah tersalah exit. So please google awal, tengok kat map exit yang paling dekat dengan tempat tu ok. Tapi biasanya guesthouse memang akan sertakan directionnya sekali. Check je kat website dorang. So lagi secure kalau kita print and bawa. Senang kan.

So lebih kurang dalam jam 8pm macam tu, sampai lah kami ke Girls Generation Hostel yang terletak di Bangunan Arista, area Euljiro 3ga ni. Hehe. Haruslah nama tu ada ala-ala SNSD kan. Syukur juga sebab hostel ni memang dekat sangat dengan exit subway, and mendatar je tempatnya. Takdela kena naik-naik bukit. Iyela kat Seoul ni kan ada certain part berbukit-bukit sikit jalannya. So keluar ikut Exit 7 tu, ke kanan then patah balik ke belakang. Lalu depan balai polis then depan tu ada simpang kecil. Confirm dah boleh nampak Bangunan Arista warna putih and sign guesthouse pun ada kat main entrance. 

Route ke Guesthouse melalui Exit 7.

The main entrance of Girls Generation Hostel.

A
The lobby. Simple je.


The hallway.

Guest rooms.

Luggage room.
333 - Our little tiny room.
Kak Yanie disamping poster abang-abang SuJu.
Semua poster group lelaki. Poster Girls Generationnya mana? 
Okey so masuk building tu terus naik tingkat 3. Time tu dengan penatnya mengangkut beg semua, haruslah rasa macam nak baring je cepat-cepat and memang sangat-sangat penat dah. So untuk guesthouse ni kitorang ambil 2 Dormitory Room with Attached Bathroom, costnya KRW 45,000 satu malam. So kitorang stay untuk 4 malam, dapat lah discount 5%. So total untuk 4 malam tu dalam KRW 210,000 ataupun RM 285 seorang. 

Bilik kami lebih kurang macam ni. Tapi toilet bilik kitorang kat belakang kepala katil tu.
Hostel ni senang je, buka-buka je lift u kat tingkat 3, kat depan tu terus pintu masuk utama dia. So kitorang pun masuk la tapi sunyi sepi je hostel tu. Cari punya cari sampai ke pantry baru jumpa staffnya tengah makan Ramen. Hehe. Ala lupa nama staff tu. Pompuan, dia buat part time je keje situ. Then check-in, terus bayar full untuk 5 hari. 

Bilik nya not bad,walaupun sebenarnya sangat kecil (tersangat), tapi okey la juga dengan private bathroom, tv, peti ais, tidak bertingkap, hanger yang banyak, kipas kecil, air-conditioner, katil double decker dengan tilam yg sangat tebal dan empuk, almari dan yang paling penting WiFi yang super duper pantas.  

Bilik kami. Sebelah kiri tu pintu masuk, dan sebelah kanan toilet. (Sila abaikan barang yang berselerak tu)
Lepas dah siap-siap mandi, kami pun terus menuju ke pantry untuk memasak maggi yang kami bawa tu. Kat kitchen di guesthouse ni kita boleh masak,water dispenser pun ada, mesin basuh (free) and ada juga Ramen dan kimchi. Free juga. Tapi kami masak meggi je la. Time tu rasa macam sedap sangat-sangat meggi tu. Serius! Lepas makan tu tengok tv kejap, tapi semua takde subtitle. Haha. Tapi banyak juga channelnya. So saya layan la We Got Married Khuntoria. Buat-buat la paham kan. Nasib dah tengok yang ada subtitile. Boleh la predict apa dorang cakap. Haha.

Okey ni kitchen di Girls Generation Hostel.

The kitchen. Rasa macam di rumah je.

Nak masak nasi pun boleh.
Washing machine. Self service dan yang penting FOC.
Oh ya, just nak share sikit pasal socket. PENTING ye. Socket kat Korea ni lain sikit. Dorang pakai socket 'dua mata' yang bulat tu. So kalau nak pergi sana boleh la beli plug adapter 'mata dua' tu awal-awal dari Malaysia, tapi kalau nak senang pinjam je la dengan staff guesthouse tu. Dorang tau semua memang akan cari benda tu. Hehe. Time saya nak pinjam, susah juga la nak bagitau staff tu disebabkan oleh language barrier yang terjadi seketika di situ. Penat tunjuk kat socket tu dia tak paham juga. So dia suruh type kat handphone dia, bila keluar gambar plug adapter tu baru dia angguk-angguk. Comel je. 

Sumber : Google Images

Kat Korea Selatan semua pakai macam ni.
Sumber : Google Images
Lepas tu balik bilik, charge segala apa yang patut, online Facebook jap bagitau family yang kitorang dah sampai dengan selamatnya, and update la status tu konon-konon dah sampai Seoul kan. Haha. Haruslah. Then tido.


Tak sabar nak memulakan trip kami pada hari 'pertama' esoknya. Tunggu... =)



Bersambung...


Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub
 










22 comments:

emieysandra emieysandra said...

seronok membacanyer sb penah berangan nk pi sane, nk jumpe hero winter sonata..tp sjak die dh mkin tua, xnk la pulak.ehhs..huhu, kidding =)

Miss Farah Miss Farah said...

Insya Allah ada rezeki boleh je pergi..dulu pun angan-angan mat jenin je..tak sangka ada juga rezeki untuk farah..btw thanks for reading. =)

Dila Sarbini Dila Sarbini said...

wahhh..aku pun jd teruja membaca..hope nt aku pun leh pegi sn..dr dulu ms crita winter sonata tu la dh ada cita2 nk p korea..tak gak dpt..huaaaaa..

brapa budget total p sn??

Miss Farah Miss Farah said...

Kan bep?Aku pun masih teruja ni..Insya Allah ada rezeki dapat juga pergi tu~And aku pun mau pergi lagi :)

Budget di sana dalam 1200-1500++ gitu sudah cukup untuk yang bajet rendah,excluding flight ticket..maybe boleh jadi lagi lagi lagi rendah kalau pergi ramai-ramai sebab tmpt tggl boleh ambil dorm..macam kami pergi berdua, so kos bilik ja yang buat mahal..and kalau dapat cari ticket flight yg murah, lagi boleh cut cost.

Anonymous said...

Rindunya la dgn bandar Seoul!hatiku tertinggal di sana...huahua

Miss Farah Miss Farah said...

@Anonymous sama la..hatiku pun tertinggal di sana..huhu.. :'(

Anonymous said...

bestnya blog akak ni :)

Unknown Unknown said...

Nak tau kos selama bercuti kat korea tu? 0^◇^0)/

Queene Queene said...

Suke cara u tulis travel trip ni teruja nak pegi tp budget x cukup... Saya nak kesana naj jumpa lee min ho n park shin hye...ni kemaruk citer baru the heirs ni,..hehe

Unknown Unknown said...

a lot of tip..pengetahuan brguna..;)

Unknown Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Lurima Lurima said...

안녕하세요

Korea memang tempat paling seronok untuk bercuti. ^^

Unknown Unknown said...

Sis,GG hostel kena bayar apa2 tax tak selain harga bilik?

Anonymous said...

Seronok baca mudah faham dn excited nk ke sana kalau ada rezeki

Anonymous said...

Knp convert kpd duit usd dulu, tak terus kpde krw ?

Sewa Kereta Murah Kat Bali Sewa Kereta Murah Kat Bali said...

Sewa Kereta Murah Di Bali
Kami hadir menyediakan perkhidmatan Sewa Kereta Murah Di Bali pada kadar sewa yang dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakn.
Telefone/WhatsApp : +62 811 387 010
Wechat ID : astawa-krishna
450k Sehari sudah termasuk petrol, bayaran letak kereta, pemandu, dan cukai.

liling liling said...

been there last year feb 2015 :)

liling liling said...

@Anonymous

sebab di korea takda yang boleh convert malaysia to KRW.. Usd paling laku..susah mau cari currency changer di jalanan kalau MYR. nak tukar MYR kena kat airport or bank..semestinya mahal.

Silverdestiny Silverdestiny said...

Hi,
nak tanya, untuk luggage room tu kalau ktrg dh xduduk dkt hostel tu still boleh guna ke service diorg utk simpan luggage ktrg? sbb plan nk duduk sana 6 hari lps tu pergi busan xnk bwk luggage...
kalau boleh tau tak berapa harga die per day...
Thanks in advance :)

Saiful Izwan Saiful Izwan said...

Panjang dan padat dengna info. Memang terbaik...

Nur Azimah Binti Asli Nur Azimah Binti Asli said...

Nak tanya...berapa bajet flight kseluruhan?..

najwaakutravel said...

Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...