Sunday 17 February 2013

Hari Makan Sedunia


Hye guys! Lama sangat tak update kan. Busy sikit dengan kerja. Balik dari kerja, online pun selalunya kejap je, just check FB and blog ni la, reply comment sikit-sikit, then tutup notebook, then tido. Itu je la rutinnya. Huhu.

Since saya tengah offday ni, boleh la bangun tido lambat sikit, boleh tido lagi balik time tengahari, makan tido makan tido, boleh keluar jenjalan dengan my BFF, and yang paling penting  boleh la update blog!!! Weeeeeee~~~~ rasa bagai di syorgaa la!

Okey untuk entry Hari Makan Sedunia ni, mestilah saya nak share pasal aktiviti makan saya dan Aizie. Nak dijadikan cerita, semalam kitorang kluar lagi pergi KL, and tempat yang dituju haruslah KLCC. What? KLCC? Again? Huuhhh iye KLCC laa. Tu je la tempat yang senang nak dipergi. Tak perlu tukar train banyak kali. Huhu. Macam korang ada kete. Kitorang ni ada LRT dengan KTM je. Wekkk!

So kitorang pun dengan tujuan untuk men'cuci mata' dan bergossip sikit-sikit, pergi la jenjalan dekat KLCC tu. Sampai-sampai je dah tengahari, so lepak minum dekat Starbucks dulu. Aizie je la yang minum, me tak. Kenapa tak minum, sebab . . . Biarlah rahsia . . . Hahaha~

Okey sambung-sambung. Then lepas dah lepak Starbucks, kitorang pun decide untuk tengok wayang, and yang paling penting, MAKAN! Since perut dah tersangat lapar, kitorang pun decide untuk makan kat Nando's. Pekena Ayam Peri-Peri Extra Hot gitu time perut kosong memang heaven la kan. Kenyang sangat-sangat. Syukur :)


Abaikan orang itu. Sila fokus kat makanan itu sahaja ye, Haha.

Then, dah habis makan-makan semua kitorang pun terus pergi TGV, nak tengok Die Hard. So beli tiket untuk show jam 7.10pm. Ohhh ya, saya bagi 5 bintang untuk movie ni. Sangat funny~plus best! So korang kena tengok okey. Wajib!



Sementara nak tunggu show yang jam 7pm tu, kitorang pun window shopping la. bakar lemak ayam Nando's tadi tu. So jalan punya jalan punya jalan punya jalan, takde beli apa-apa juga pun. Ehh ada la, ada orang tu beli kasut baru sebab sakit kaki pakai kasut baru. Hihi. :P

Then pastu kitorang baru sedar yang kitorang tak ambil dessert lagi. Cehhh. So destinasi seterusnya tentulah Bisou Bake Shop, makan Rainbow Cake dengan cupcake. Kali ni saya makan Raspeberry Cupcake. Not bad juga rasanya.

Rainbow Cake and Raspberry Cupcake.

Lepas dah menambah kilo kat Bisou, kitorang pun jenjalan lagi dengan harapan terbakar la sikit lemak-lemak di perut ni kan. Tapi time tengah jenjalan lagi dalam KLCC tu, baru kitorang tersedar yang kitorang belum pekena Hi-Tea lagi, atau dalam bahasa pasarnya minum petang. Haha. 

So kitorang pun lalu la kat Nyonya Colours, hmm lama dah usha tempat makan ni sebenarnya sebab tengok harga dia pun kira tak la mahal sangat and ramai je orang makan kat situ. So tengok-tengok menu dia, and makanan kat dalam cabinet tu pun tinggal sikit je. Mostly kuih-muih dia dah habis. 

Sedap! :)

So dengan rasa ingin mencuba, kitorang pun beli 2 cucuk Cucur Udang, satu bungkus Mee Siam, Teh Earl Grey and plain water je. Mee Siam tu memang sedap, rasa ala-ala tomyam. Kuah cucur udang dia pun not bad, and automatically menjadikan cucur udang tu sedap. Teh Earl Grey tu okey la juga, tapi kat Coffee Bean lagi sedap la. Haha~

After. Agak messy di situ ya. Isk isk.

So lepas dah makan-makan semua, and perut pun dah meronta-ronta kekenyangan, kitorang pun tengok la movie Die Hard tu. Fuhhh nasib tak tertido dalam hall tu. Hehe. So sekian sahaja la cerita edisi jalan-jalan menambah lemak dari saya. Next entry pun akan cerita pasal makanan lagi. Kenapa makanan lagi??? Sebab saya memang suka makan! Haha~ 


Teman saya meraikan Hari Makan Sedunia - Love you Aizie!

Thank you for reading this post! :)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...