Thursday, 8 November 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan [Total Expenses]

Hi guys~

Sehat ke? Hope korang sihat-sihat belaka je la semuanya ye. Okey untuk kali ni saya nak share berkenaan segala perbelanjaan saya kat Seoul tu. Yang saya tandakan * tu saya tak sure sebenarnya. Tapi angka yang saya letak tu memang around macam tu la costnya. Maybe kurang dari yang saya letak tu. Sorry sebab ada yang saya tak tulis pun, main bayar je. Pastu bila nak buat entry ni pening kepala sorang-sorang nak ingat balik berapa harga semua tu. Haihhh.

Sebelum korang baca kat bawah ni, yang bawah ni saya share untuk perbelanjaan seorang. Macam hostel semua tu saya letak cost untuk seorang ye. Tapi macam breakfast hari ke-8 tu, tu cost untuk 3 orang. Saya estimate je sebab tak ingat berapa cost haritu. Mostly bab makan-makan kat bawah ni yang tu total untuk 2 orang punya. Yang macam tambang taxi tu pun untuk 2 orang, tapi saya tuliskan je la tambang full. Senang korang nak refer. Okey?

Jom tengok cost untul trip Seoul ni!

AIRLINE TICKETS

KUL-ICN-KUL (Air AsiaX) = RM 1042.00 per pax
BKI-KUL-BKI (Malaysia Airlines) = RM 328.00 per pax

Total Expenses for Flights Ticket = RM 1370.00 per pax

*KUL - Kuala Lumpur
*ICN - Incheon
*BKI - Kota Kinabalu


DAILY EXPENSES 

Day 1

T-Money Card = 3,000 won
T-Money = Topup 20,000 won
Girls Generation Hostel (6 Days 5 Nights Stay) = 105,000 won

Day 2

Pastries (Paris Baguette Cafe) = Two for 2,400 won
Payung = 5,000 won
Waffle at Yongmun Station = 1,200 won
Taxi Fares from Yongmun Station to Gyeonggi English Village = 4,000 won*
Chicken Kebab at Ankara Picnic, Itaewon = 4,000 won
Souveniers (Hamilton Shopping Mall, Itaewon) = 10,000 won

Day 3
Dunkin Donuts (2 Donuts and Drink) = 10,000 won*
Mineral Water (2000ml) = 1,500 won*
Banana Milk = 1,200 won

Day 4
Gapyeong City Tour Bus (One Day Ticket) = 5,000 won per pax
Petite France (Entrance Fee) = 8,000 won
Souveniers (Petite France) = 7,000 won*
Nami Island (Entrance Fee+Round Trip Ferry) = 8,000 won
Souveniers (Nami Island) = 8,000 won*
Dinner at Caffe Bene = 20,000 won

Day 5

Taxi Fares from KBS to 63 Building = 5,000 won*
63 Building (Observation Deck and Sky Art Gallery) = 11,000 won
Dinner at Mr. Kebab, Itaewon (Chicken Kebab Set Menu) = 6,000 won*

Day 6

Taxi Fares from GG Hostel to Myeongdong = 5,000 won*
Myeongdong Guesthouse (3 Days 2 Nights Stay) = 55,000 won
Pastries + Drink at TOUS le JOURS = 10,000 won
Namsan Seoul Tower (Observation Deck) = 9,000 won
Souvenier (Namsan Seoul Tower) = 17,000 won*

Day 7

Recharge T-Money = 5,000 won*
Lunch at Waffle Bee = 7,000 won
Snacks (Deokbokki + Twaegim) = 10,000 won*
Souveniers (Myeongdong) = 23,000 won*

Day 8

Breakfast (Set Menu) = 20,000 won*
Subway (Single Journey Ticket) = 1,050 won*
Taxi Fares from Gyeongbokgung Palace to Myeongdong = 5,000 won*
Shuttle Bus to Incheon Airport from Sejong Hotel, Myeongdong = 10,000 won

Total Expenses for 8 Days (Accommodation + Public Transportation + Food and Drinks + Shopping + Entrance Fees) = 422, 350 won / RM 1,186.32 

** ( Saya convert ke RM ikut exchange rate pada 8 Nov 2012 since saya tak ingat berapa tukaran 4 bulan yang lepas. Just nak bagi idea je berapa cost dalam RM. Hope korang faham. ^_^ )

GRAND TOTAL
RM 1,370 (Flights Ticket) + RM 1,186.32 (8 Day Expenses) = RM 2556.32

So itulah jumlah yang dibelanjakan untuk trip Seoul hari tu. Tapi suka saya mengingatkan kat sini, macam flight ticket and accommodation tu bukan saya yang keluar duit. Saya just spent untuk makan minum, transportation, entrance fees dan juga shopping untuk souveniers ye.

Tapi untuk 8 hari kat Seoul, Insya Allah untuk yang travel dengan bajet ketat tu RM 1,200 dah cukup untuk perbelanjaan korang kat sana. Tapi kalau yang nak shopping sakan tu letak la bajet RM 1,200 to RM 1,500. Insya Allah cukup.

And lagi satu, kalau tengok untuk each day punya expenses memang tak banyak keluar duit. Maybe sebab most of attraction yang kitorang pergi tak mengenakan bayaran masuk, and bab makan juga kitorang dah siap-siap makan kat guesthouse before keluar. And bila keluar tu pun saya memang siap-siap bawa bekal air sejuk dari guesthouse. Free la katakan. Hehe. Tu yang macam takde je makan mahal-mahal kat luar tu kan.

Lagi satu, grand total untuk trip ni nampak mahal sebab perlu diingat ye harga tiket flight memainkan peranan besar dalam menentukan kemurahan or kemahalan trip anda. Kalau dapat promo yang gila-gila murah, akan jadi lagi murah lah cost korang ke sana. Tapi since kami duk kat Sabah, so double lagi la cost untuk flight ticket tu. Tapi kalau yang dah memang duk kat Semenanjung tu, murah sikit la kan. Just tanggung cost untuk KL-Incheon-KL je.

Rasanya ni je la yang saya boleh share untuk kali ni. Hopefully entry kali ni boleh membantu korang-korang yang akan bercuti ke Seoul dengan limited bajet macam saya ni.

Okey, thank you for reading guys! Berjumpa lagi kita dalam entry yang akan datang, Insya Allah~ =)




13 comments:

CaDLyNN CaDLyNN said...

syioknye jenjalan...
:)

PILOT LOVER PILOT LOVER said...

tips yg sgt berguna.. nanti nk gi korea boleh lah belek-belek entry ni lagi..hheheh ^_^

Miss Farah Miss Farah said...

@PILOT LOVER thanks! hopefully entry2 kat blog ni membantu ye =)

Miss Farah Miss Farah said...

@CaDLyNN korea memang syok! =)

eikorina-NaWaL sYaFiQ eikorina-NaWaL sYaFiQ said...

Thanks so much farah...blog awk bg sy byk idea...insyaallah sy dan 2 org adik akn ke sna hujg thn ni...sendiri2...heee...tp kmi akn ke busan dlu...

Miss Farah Miss Farah said...

@eikorina-NaWaL sYaFiQ Thanks juga sebab sudi singgah baca blog yang tak seberapa ni. Nanti kirim salam kat Korea ye~ :)

Angela Ann Angela Ann said...

rm800 nak bawa untuk shoping cukup tak? Tak shopping sangatlah...

Anonymous said...

interesting!

Heyy Kyra Heyy Kyra said...

klu bawa 5k ckup x rsanya utk thun 2015 ni ?

Heyy Kyra Heyy Kyra said...

klu bawa 5k ckup x rsanya utk thun 2015 ni ?

ctshafiqah awang Damit ctshafiqah awang Damit said...

Sy nk tnya soklan yg sma

AMA AMA said...

Tq... Saya di Seoul sekarang. Sejuuukkk...

Miss Farah Miss Farah said...

Wah best2. Snow dah turun kan? Insya Allah tahun depan nak merasa winter juga. 😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...