Sunday 22 July 2012

My Love Rain Expedition



Love Rain Expedition
Seoul, Korea Selatan
29 Jun - 6 Julai 2012









Saturday 21 July 2012

Rumah Terbalik Sabah

Assalammualaikum w.b.t. / Salam Sejahtera.

Hari pertama puasa, cuaca agak mendung dan berangin. Bila dah makin panas, tiba-tiba hujan pula turun. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan semua umat Islam dalam menjalani ibadah puasa. Kalau dah namanya bulan puasa, pastilah ada bazar Ramadhan kan. Kalau rajin nanti nak usha-usha juga makanan-makanan yang best di Putatan ni. Kalau rajin la kan. Kalau tak, masak dekat rumah dgn mommy lagi best. Hehe.

Okey, berbalik kepada entri kali ni, hari ni nak share pasal kunjungan kami ke Rumah Terbalik Sabah (The Upside Down House) baru-baru ni. Rumah Terbalik ni terletak di Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli. Info lanjut pasal rumah ni sila klik sini.

Idea nak pergi rumah ni keluar secara spontan je, so haritu dalam minggu lepas, kami (my sis, my brothers and me) dalam petang macam tu pergi ke rumah ni. Dalam jam 4pm macam tu kami pun gerak la dari rumah. Tapi before tu singgah lagi ke City Mall kejap. Hehe.

So perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tamparuli tu memakan masa dalam 30 to 40 minutes (depends on traffic and kelajuan driver). Since hari tu saya yang drive, alamat memang agak lambat la since saya ni memang mengamalkan pemanduan berhemah. Haha. Untuk ke sana, kami mengambil Jalan Tuaran Bypass, yakni yang lalu SMKA Inanam, Bandar Sierra dan Pekan Telipok semua tu.



Direction untuk ke Rumah Terbalik ni :-
1) Dari Kota Kinabalu, silalah pandu ke arah Tuaran. Yakni, menghala ke Likas dahulu dan drive lah ke Jalan Tuaran Bypass (Lalu pekan Telipok).  
2) Dalam 30 minit macam tu, akan jumpa Bulatan Berungis. Ke hadapan menghala ke Tuaran, dan ke kanan menghala ke Tamparuli, Ranau, Sandakan etc. So dekat roundabout tu, ambil ke kanan. (Jam 3).
3) Jalan je terus sampai lalu jambatan Sungai Kouluan. Bila dah sampai jambatan ni, perlahankan pemanduan dan mulalah fokus ke arah sebelah kiri. Cari Shell Station.
4) Dalam 200-300 meter (rasanya) dari jambatan Sungai Kouluan tu, sebelum Shell Station ni akan nampak satu mini bus stop, dan depan sikit dari bus stop ni lah terletaknya Rumah Terbalik tu. Tepi jalan je and memang senang nak cari.

So dalam jam 5pm macam tu sampailah kami di Rumah Terbalik ni. Untuk info, Rumah Terbalik Sabah ni adalah yang pertama di Sabah dan satu-satunya di Malaysia tau. Tempatnya juga agak strategik memangdangkan rumah ni terletak di laluan utama Kota Kinabalu ke Ranau. So pelancong-pelancong yang hendak ke Ranau haruslah singgah dahulu ke rumah ni. Rumah ni dibuka dari jam 8pagi sehingga 10malam. Okey, sila layan gambar-gambar di bawah ni!


Rumah Terbalik ni betul-betul terletak di tepi jalan. Memang senang nak cari. Tu semua kereta-kereta visitors la tu.


Rumah Terbalik dari pandangan hadapan. In my opinion, parking space yang disediakan agak sedikit. Kalau time weekend or public holiday memang confirm tak cukup ni.


Ni area kaunter tiket, tempat menunggu dan entrance ke rumah tu.


So before masuk ke rumah tu, kena beli tiket dahulu. Harga-harga tiket macam dalm gambar di bawah ni. Untuk rakyat Malaysia, bayaran yang dikenakan adalah RM10 seorang. Tapi kalau ada student card, akan dapat complimentary coffee. Just tunjukkan tiket tu dekat 'Kedai Kopi' rumah ni, then boleh la claim coffee tu. Untuk yang complimentary ni, pilihannya hanya dua iaitu Coffee Light ataupun Americano.




Sebelah kiri yang berdinding kaca tu adalah beranda rumah ni. Pasu bunga pun diletak terbalik. Comel.


Sedikit info, rumah ni merupakan yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia. Uniknya, rumah terbalik ni di bina lengkap dengan segala peralatan dalaman seperti di rumah biasa (Kipas, lampu, peralatan dapur, peti sejuk, tv, kerusi, mesin jahit etc), cuma yang bezanya semuanya diletakkan dalam keadaan terbalik! Tak percaya? Memang betul, semuanya terbalik. 


Ni antara visitors dari Semenanjung Malaysia yang datang berkunjung hari tu. Kitorang masuk rumah tu sama-sama dorang ni la. Rasanya dorang ni semua staf-staf Kastam kot. Sebab dorang naik bas Kastam haritu. Hehe.


Kereta ni pun dapat juga dorang letak terbalik. Walaupun nampak macam biasa je, tapi effort yang ditunjukkan perlu dipuji. Memang bukan senang nak letak kereta dalam keadaan terbalik macam ni. Dalam kereta tu penuh dengan barang perhiasan Angry Bird. Comel. Hehe. So para pelawat tak boleh sentuh kereta ni tau, nanti jatuh lain pula ceritanya. Lagi satu, memijak rumput pun adalah DILARANG.


Setiap pelawat yang datang ke rumah ni tak boleh masuk sesuka hati ke dalam rumah ni. Kena diiringi oleh guide tempat ni. Yang pakai topi tu (gambar di bawah), dia tu guide kat rumah terbalik ni. So time ni dia tengah explain some Do's and Don'ts semasa berada di dalam rumah ni. Antaranya tak boleh ambil gambar/video dan tak boleh sentuh benda-benda yang ada dalam rumah tu. Nanti jatuh!


Since tak boleh ambil gambar dalam rumah ni, so saya cerita sikit la apa yang ada dekat dalamnya. Rumah ni macam rumah biasa juga, ada ruang tamu, dapur, bilik mandi dan tandas, dua buah bilik tidur dan beranda.
Bila masuk rumah ni, kenalah mendongak untuk melihat barang-barang yang ada kat atas tu. 

Benda yang paling berat dalam rumah ni adalah sebuah mesin jahit yang diletakkan di antara ruang dapur dan ruang tamu.  Peti ais pun turut diletak terbalik, katil pun terbalik, semualah terbalik. Dalam bilik tidur utama, ada diletakkan cermin di atas lantai, so bila pandang ke dalam cermin tu, akan nampak segalanya dalam keadaan normal. Personally saya memang kagum dengan interior rumah ni. Very detail dan imaginasi mereka yang membuat rumah ni memang tinggi. Syabas! 



Before masuk ke dalam rumah, haruslah pukul gong dulu. Mana tau jodoh cepat sikit sampai. Haha. Okey khurafat.


The most important part is, macam yang saya dah mention di atas tadi adalah di dalam rumah ni pelawat DILARANG sama sekali untuk menangkap sebarang gambar ataupun merakam video. Sepanjang dalam rumah ni akan ada seorang lagi guide yang akan jaga kat dalam tu in case benda ni happen. So kalau melawat rumah ni, silalah ikut peraturan yang dah ditetapkan. Kalau ada juga yang ingkar, nak juga curi-curi snap gambar dalam rumah ni maka denda sebanyak RM100 akan dikenakan dan gambar/video itu akan dipadam. Kan sia-sia namanya tu.


Dah habis round rumah tu, sekejap je pun, so keluarlah ikut pintu dapurnya dan turun ke bawah. 'Tamu' ataupun kedai cenderahati juga ada disediakan untuk pelawat membeli cenderahati untuk di bawa balik.


Ada topi, baju, book mark, keychain adan macam-macam la yang dijual di sini. Try cari fridge magnet, tapi takde dijual pula. So takde la beli apa-apa dari kedai ni. just tengok-tengok saje.


Dari 'Tamu' tu, keluar terus ke 'Kedai Kopi'nya pula. Aneka snek, minuman dan aiskrim ada dijual di sini. Nasi lemak pun ada. So kalau yang lapar tu, bolehlah makan di kedai kopi ni dulu.




Toilet pun ada disediakan.


So berakhirlah kunjungan kami ke Rumah Terbalik Sabah ni. Secara keseluruhannya, kunjungan ke rumah ni memang berbaloi. So kalau datang bercuti ke Sabah, dan on the way ke Ranau tu haruslah singgah sebentar di rumah ni. Sekejap saje, tak lama pun sebab rumah ni kecil je. Untuk penduduk-penduduk di sekitar Sabah, silalah datang beramai-ramai ke rumah ni. Memang unik sekali! Bayaran masuk pun sangat-sangat berpatutan. Kalau ada masa terluang tu, silalah datang ye!


So ini sajelah entri untuk kali ni. Harap-harap dapatlah bagi sedikit informasi pasal Rumah Terbalik ni. Insya Allah dalam next entri saya akan share pasal kunjungan saya ke Seoul, Korea Selatan pula. Till then, wassalam. =) 



Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub






Rumah Terbalik ???



Di suatu tempat yang terletak di daerah Tamparuli, Sabah . . .






Tolong!!! Rumah dia terbalik la! Bukan setakat rumah je, dengan kereta sekali parking terbalik. 


Kenapa rumah tu terbalik? Siapa yang menterbalikkannya? Dilanda ribut ke? Angin kuat sangat ke sampai rumah tu terbalik? Ke orang-orang yang buat rumah ni dah terbalik ke? Takpun owner rumah ni memang suka hidup tunggang terbalik macam rumah ni? 


Sila jangan terbalikkan laptop/pc anda. Ini memang betul-betul kejadian!!! Haishhhh...tunggu post seterusnya okey?  =D








Salam Ramadhan Al-Mubarak




Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu



Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: 'Aku ini puasa.' Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya."


========================================================================

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh ahli keluarga, teman-teman seperjuangan dan seluruh umat Islam di seluruh dunia. 

Semoga segala ibadah dan amalan kita pada bulan yang penuh keberkatan ini akan diterima dan diberkati olehNya dan Ramadhan kali ini diharap akan membuka lembaran baru dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah s.w.t. di bumiNya ini. Amin.

========================================================================


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...