Sunday 25 November 2012

AIR ASIA'S BIRTHDAY BASH!


Hi guys! Berita baik di hujung minggu ni~

For those yang tengah duk plan nak travel pertengahan tahun depan tu, tapi still tak dapat tiket yang murah-murah, so this is your chance guys! Sempena ulangtahun ke-11 Air Asia, mereka akan mengadakan jualan murah bermula esok!

Untuk destinasi yang terpilih kali ni you may check out the ads below.




Booking Period : 00:01 hours (GMT+8), 26 Nov 2012 – 2 Dec 2012
Travel Period : 1 June 2013 - 31 December 2013

For the fares marked with * (Osaka & Tokyo), Booking period is from 28 Nov - 2 Dec 2012 and Travel period is from 1 Jun - 27 Nov 2013


So apa lagi, try la usha website Air Asia bermula tengah malam ni, untung-untung ada rezeki dapat rembat tiket murah, boleh la travel tahun depan! Good luck and selamat bercuti in advance guys~ :)






Thursday 22 November 2012

Kawaii Visit to Sanrio Hello Kitty Town, Nusajaya, Johor [Part 2]


Hi guys!

So entry kali ni adalah sambungan daripada Part 1~ Yang tak baca lagi bahagian 1 tu boleh baca kat SINI ye. Saje buat 2 bahagian, so takde la nampak panjang sangat entry tu kan. Haha.

Okey jom kita sambung pasal Sanrio Hello Kitty Town ni. Kalau dalam Part 1 tu kita dah tengok rumah Hello Kitty kat dalam tu, jom tengok apa lagi yang ada kat dalam tu. 

In before, just a friendly reminder from me, jangan hilangkan kad aktiviti warna merah macam kat bawah ni. Sebab bila nak masuk tempat aktiviti tu dorang akan minta korang tunjukkan kad ni untuk di stamp macam kat bawah. So pastikan kad korang sentiasa ada ye. :)




Dah namanya tempat beriadah dan bersuka-ria, mostly aktiviti kat sini untuk kanak-kanak. Dalam ni terdapatnya Friendship Land, sebelah dengan rumah Hello Kitty tu. Memang syurga buat kanak-kanak la. :)







Kalau rasa lapar sangat kat dalam tu, berdepan dengan Friendship Land ni terdapatnya Cinnamoroll Cafe. Nama cafe ni mengambil sempena nama watak Cinnamoroll dam Hello Kitty & Friends punya series tu.





Waffle bentuk kepala Hello Kitty. Harganya pun boleh tahan juga la. Hehe.

Kat hujung town ni bersebelahan dengan cafe dan Friendship Land tadi tu terletaknya Heartful Forest dan dibelakangnya tu pula adalah Hello Kitty Black Wonder. Time ni memang ramai orang tengah line up, and agak lama juga la kitorang berdiri untuk masuk kat dalam ni. Time nak sampai kat entrance tu kitorang tanya la kat stff kat situ apa yang ada kat dalam Hello Kitty Black Wonder ni, katanya ada la permainan interaktif kat dalam. Tapi time tu system tengah down and kalau masuk pun just masuk macam tu je la, ambil-ambil gambar. 

Since showcase Hello Kitty nak mula dah time tu, staff to pun suggest kat kitorang untuk tengok show tu dulu. Then baru datang balik kat situ. So kitorang pun terus cepat-cepat pergi ke area Purrfect Stage tu, sebab taknak tertinggal show lagi macam sebelumnya.





Panjangnya queue~



Info tambahan untuk korang, berdepan dengan entrance Hello Kitty Black Wonder tu terdapatnya dua buah party room yang boleh disewa iaitu Apple Party Room dan juga Strawberry Party Room. So kalau nak buat birthday party ke, boleh la book awal-awal dan bergumbira kat dalam tu! :)






So kat bawah ni gambar-gambar sepanjang berlangsungnya live showcase dari Hello Kitty and Friends. :)




Sempat lagi beli cookies kat Cinnamoroll Cafe. 


Badtz Maru dan My Melody.





Kitty tengah bercerita kat atas stage tu.

Dorang ajak budak-budak main clap-clap sambil nyanyi-nyanyi.



Memang happening!

Hello Kitty bertemu peminat. Haha.

Apa-apa pun persembahan dorang memang best. Lagi-lagi dancers tu, memang happening habis! Saya yang dah terlebih budak ni pula excited tengok performance dorang. Budak-budak apatah lagi kan.

So lepas habis je performance tu, kitorang terus gerak ke Hello Kitty Black Wonder tu semula. Nasib kitorang cepat so takde la nak queue panjang-panjang lagi macam sebelum tu.




Hello Kitty Balck Wonder ni macam yang saya dah mention sebelum ni adalah interactive attraction kat sini. Game dia macam kita kena cari something or selesaikan 'code' in order to rescue Hello Kitty dan Dear Daniel kat dalam penjara dalam ni. 

So kalau masuk tu memang kita akan diberi satu lantern macam yang my sister pegang kat gambar bawah ni. Since saya tak dapat rasa main game ni, so saya pun tak boleh nak explain lebih-lebih. Maybe sape yang dah main boleh share sikit dengan saya. :) 



Penjara Black Wonder.

Kecian si Kitty.

Dear Daniel.











Dah habis round and tangkap gambar kat dalam tu, kitorang pun decide untuk masuk ke dalam Jewellery Making kat dalam Wishful Studio tu. Nasib la line untuk masuk ke dalam ni tak panjang. Yang tengah line up untuk Costume Dress Up jangan cakap la, memang panjang sangat. Gigih semua menunggu turn. So korang jangan salah berbaris pula nanti. Nak ke Jewellery Making tapi terberatur kat costume tu pula. Terbuang masa begitu sahaja. Hehe.





Kat dalam Jewellery making ni, kita akan dapat satu rantai percuma. Percuma ke? Haha. Tugas korang masuk je kat dalam tu and pilih la pendant yang berkenan kat hati korang. Ambil satu je tau. Tapi ada orang tu ambil 3 4 pula. Haha. So bila dah pilih pendant yang korang suka, bagi la kat staff tu. Nanti dia letak kat rantai. Tu je.




My necklace!

Me with Charmmy Kitty.

So selesailah sudah kitorang berkawaii-kawaii kat dalam tu. Terus turun ke tingkat bawah masuk ke gift shop. Saya tak beli apa pun, cuci mata je tengok barang comel-comel.

Jom tengok apa yang ada dijual kat sini.


Kenapakah 3 orang kat belakang tu? Haha.













Geramnya tengok giant ribbon ni!




Neck tie Hello Kitty ni memang nampak exclusive!








Sebelah gift shop ni juga ada Red Bow Cafe. Cafe bertemakan Hello Kitty gitu. Pinggan mangkuk semua Hello Kitty. Comel. So yang rasa dah teramat lapar tu boleh la makan kat sini. Since saya tak makan kat sini, so tak boleh share pasal makanan dia la. Sorry.






So tu jelah kisah saya kat Sanrio Hello Kitty Town ni. Memang berbaloi bayar RM50 and dapat tengok banyak benda comel-comel. Next time nak pergi lagi and nak masuk kat The Little Big Club tu and Lat's Place tu pula. Tapi tak tahu bila. Tunggu semua dah complete la kan baru pergi. Hehe.

Apa-apa pun, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Puteri Harbour Family Theme Park ni, layari je website mereka di http://www.playtime.com.my/. Semua info yang korang cari ada kat website tu. 


Thank you for reading guys! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...