Monday, 8 October 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 6

Peringatan : Entri kali ni kena membaca sikit ye. =) 

Assalammualaikum w.b.t. / Salam Sejahtera

Hi guys! Entri kali ni tak lain dan tak bukan adalah untuk menceritakan kejadian-kejadian yang telah berlaku pada hari ke-6 kami di kota Seoul. Ada yang manis, ada yang pahit. Semua ada dalam entri ni.

Before nak mula ni, maybe ada yang baru first time singgah my blog ni. So untuk memudahkan anda memahami cerita pasal Seoul Meoul ni, apa kata baca dari awal ye. So takdelah korang pening-pening nak baca my story ni.

Okey jom kita sambung!

04 JULAI 2012. Hari Rabu. Seoul, Korea Selatan. Girls Generation Hostel. Kenapa nama hostel tu pun terlibat? Haishh. Sebabnya hari ni kami dah kena check-out dari Hostel GG ni. Huhu. Sedih la nak tinggalkan hostel ni. Walaupun biliknya teramat-amat-amat-amat-amat kecil dan sempit, tapi kami sangat enjoy sepanjang stay kami di situ.

By 11.00am sepatutnya kami dah kena check-out. Tapi kami terlebih beberapa minit la. Hehe. Tapi staff di hostel tu rilex je, takdela nak halau-halau kita keluar kan. Biasalah pelancong wanita ni kan, barang agak banyak di situ, ditambah lagi dengan tahap kecergasan badan yang semakin merosot dengan kroniknya dan blister di kaki yang masih tidak pulih-pulih. Dari ringan beg-beg tu semua dah jadi double beratnya.

So bye-bye Girls Generation Hostel. Insya ALLAH if kami datang lagi ke Seoul, kau la hostel pertama yang kami cari!

Okey, sudah berflying kiss dan berlambai-lambai dengan hostel tu, kami pun tunggu la taxi untuk ke tempat persinggahan kami yang seterusnya iaitu Myeongdong Guesthouse yang sudah pasti terletak di Myeongdong.
Okey, part ni agak funny. Kejadian berlaku di dalam taxi time kami on the way ke Myeongdong. Haha.

Before that, saya nak korang imagine macam mana feeling orang yang tengah kesakitan kaki angkara blister + badan letih yang teramat + time jalan pijak tanah macam tengah pijak atas duri + rasa kaki nak tercabut. Okey try imagine. Macam tu la perasaan saya time ni.Bad mood jadinya. Huhu.

So bila dah masuk taxi tu, saya pun cakap la kat driver tu Myeongdong Guesthouse. Pronounce harus lah ala-ala orang Korea cakap English. Since guesthouse tu agak popular juga kalau di area Myeongdong tu, so my expectation terhadap ahjussi driver taxi tu ialah dia tahu tempat tu. Sekali dia tak tau la pula and dia dah mula tanya direction ke guesthouse tu. Cakap Korea pula tu.

Haihhh sudahhh. Before tu memang ada tengok map ke guesthouse tu, tapi entah la kenapa saya pun tak print out awal-awal or salin map tu kat notes. Haihh. So saya explain-explain tapi maybe ahjussi tu tak paham kot. Time tu saya pun dah blur macam mana nak bagitahu kat ahjussi ni sebab cakap English pun dia tak reti. Last-last dah geram tu, bila ahjussi tu tanya, boleh-boleh saya pergi jawap kat dia dalam Bahasa Melayu. Hahaha. Dah alang-alang yang satu ni tak tahu nak explain and yang satu ni tak paham, better jadi macam ayam dengan itik je la kan. Hahaha.

Last-last ahjussi tu just drive la ke arah Myeongdong. Nasib saya ingat juga yang hostel ni bertentangan dengan Hotel Sejong. So bila saya ternampak hotel tu, terus minta dia stop. So ahjussi tu pun just turunkan kitorang dekat tepi jalan, berdekatan dengan exit subway Chungmuro Station.

Berjalan kaki lah lagi kami menyeberang jalan ke sebelah. Tapi time tu masih tak sure exact location guesthouse tu. Bila lalu depan Prince Hotel, kebetulan ada bellboy dia yang cute + hensem (serius) kat luar tu, so tanya kat dia. Dia pun maybe tak biasa dengan area tu, so dia search kat handphone, pastu dah jumpa! Memang dah dekat pun dengan guesthouse tu, kena jalan ke depan sikit je lagi. Yeaaahh~~

Klik untuk gambar yang lebih jelas.
Dah check-in semua, kami pun rehat-rehat la kat bilik since kat luar tu dah mula hujan. Huhu. Hari-hari terakhir kitorang kat Seoul ni memang hujan lah memanjang. Banyak tempat kitorang tak dapat nak pergi sebab hari hujan. =( Bila dah check-in kat guesthouse tu, room tak siap lagi. Jam 1.00pm baru ready. So owner tu suruh kitorang pergi jalan memana dulu la. Then kitorang pun lepak kat Tous Les Jours, brunch kat situ.





Pilih la. Nak makan kat Family Mart or Cafe. Memang macam cerita lagu Gangnam Style. =)

Muka penat.






Oh ya, untuk Myeongdong Guesthouse ni, saya pilih kat sini sebab guesthouse ni memang strategik tempatnya. Dekat dengan Myeongdong tu, so senang la kan untuk jalan-jalan dan shopping since hari-hari terakhir kat Seoul ni memang focus utamanya adalah shopping!

So cari punya cari kat Internat, saya pun book la kat guesthouse ni. Kat Myeongdong Guesthouse ni, kami ambil bilik Twin Sharing untuk 3 Hari 2 Malam dari 04 July - 06 July 2012. Rate untuk satu malam ialah KRW 55,000. So untuk 2 malam tu kena bayar KRW 110,000 ataupun RM 300++ duit kita. Agak mahal la kan. Tapi nasib baik bilik tu kat tingkat 2 je, kalau tak hangin la kami kena panjat tangga kat guesthouse tu.

Pasal guesthouse ni kan, before tu saya dah tengok la review kat internet. Ada yang kata okey, and some kata tak bagus. Sebab dorang kata owner dia ni garang sikit, and ada la cerita-cerita yang tak elok juga saya baca. Hurm tapi takpela, lain orang lain pengalamannya kan. Harap-harap okey-okey saja la sepanjang stay kitorang kat situ. Oh ya, time check-in tu kan, terus Mr. Park (owner) tunjukkan cara nak pakai sinki kat toilet. Motif??? Haha. Layan je la.

So memandangkan hari sebelumnya tu dah tak jadi jumpa Kak Maya, kitorang janji la dengan dia nak jumpa hari ni. Kak Maya kata dia akan datang ke guesthouse kitorang dalam jam 6.30pm after dia balik kerja. Okey. Sementara nak tunggu dia tu, kitorang tido je la di bilik tu sampai petang~Haha. =D

6.30pm. Sharp. Telefon bilik kami berbunyi. Kak Maya dah ada kat bawah. So kitorang bagitahu owner tu suruh je dia naik ke bilik. Fuhhhh betapa punctualnya mereka ni, kalau cakap 6.30pm memang 6.30pm dah terpacul kat bilik kita. Haha. Respect Kak Maya! Tapi time dia sampai tu kitorang je yang tak siap lagi. Hihi. Sementara bersiap-siap tu, gossip-gossip la kan dengan dia.

Untuk hari ke-6 ni, kitorang plan untuk ke Namsan Tower, tapi before tu kitorang nak ke office Kak Maya ni dulu. Saje la kan nak tengok office-office kat Korea ni macam mana. Then lepas tu kitorang akan ke Namsan Tower, then ke rumah Kak Maya. Lepak-lepak situ je.

Tapi before tu, kitorang singgah ke satu restoran ni, betul-betul di area Myeongdong tu untuk makan petang la camtu. Yakin je makan kat situ. Hehe. Kitorang makan Kimbap, Spicy Octopus, Spicy Radish and Broth Soup! Kimbap tu panas, yang spicy-spicy semua tu sejuk. So memang combination hot + cold la. Nak menangis je makan sebab pedasnya boleh tahan la juga. Kak Maya rileks je makan pedas. Haha.



Lepas dah makan tu, kitorang round-round area ni jap. Cuci mata kat Myeongdong. Myeongdong ni memang antara pusat membeli-belah yang famous kat Seoul. Memang happening sangat kat sini. Segala macam brand dari yang berjenama sampai takde nama ada kat sini. Kedai-kedai kosmetik pun banyak tau. Plus comel-comel pulak tu outletnya. Ada yang sampai 2 ke 3 outlet lagi dalam tempat yang sama tu. See betapa kosmetik itu adalah satu barang keperluan di sana. Haha. =p










Okey lepas tu kitorang terus gerak ke subway station untuk ke Seoul Station. Sebab kat situ la terletaknya office Kak Maya. Route kami macam yang kat bawah ni. Seoul Station ni dekat je, just selang dua buah station dari Myengdong. Plus tak perlu tukar train. =)

[1] Myeongdong Station (Line 4) --> [2] Seoul Staion (Line 4)


Klik untuk gambar yang lebih jelas.

Office Kak Maya ni terlatak di dalam Gateway Tower. Sebab keluar-keluar exit subway tu je memang dah pintu masuk ke tower ni. Kalau tak silap kami ambil Exit 4.

Nama company tempat Kak Maya ni kerja ialah Valtech, dorang ni kira consulting firm gitu la. Ni lmultinational company tau, ada banyak juga cawangan di seluruh dunia. Time kitorang sampai kat office tu adalah dalam jam 8pm lebih kot, and guess what? 

Dah malam macam tu pun still ramai yang masih bekerja. Fuhh respect la. Kak Maya pun bawa la tour kejap kat office dia ni. Memang tak banyak la bilik-bilik macam typical office kita kan, bos bilik lain, yang supervisor bilik lain. Kat office ni sana la pekerjanya duduk, kat situ juga la table superbisor and bos dorang. Macam tu baru tak boleh curi tulang, ye tak? 

Terkejut juga la officemate dia tengok kitorang. Iyela, dah la berhijab camtu, body pun comel-comel je dua-dua. Haha. Tapi dorang memang tak kisah pun time kitorang datang. Bos dia pun rilek je senyum-senyum dengan kitorang. And time tu pun kat meja meeting besar tu ada staff yang tengah meeting. Terus dorang stop kejap bila tengok kitorang datang. Haha. Menurut Kak Maya, since ni kan multinational company, so mostly dorang yang kerja kat sini memang yang belajar kat overseas, dan semuanya haruslah fluent dalam English.

Ni gambar-gambar yang sempat snap. Kat dalam office tu tak berani la pula kan nak tangkap gambar. Hihi.






Okey, dah habis tour office tu, kitorang terus keluar dari Gateway Tour tu untuk menunggu bus ke Namsan Tower pula. Kalau tak silap kitorang naik bus number 03. Yelah, dah ada Kak Maya tu kan, so map semua dah tak pandang pun. Ikut je Kak Maya. Hehe. Tapi memang ada lalu Itaewon semua tu la dulu before sampai ke Namsan kalau naik bus tu. Huhu.



Bus yang kitorang naik ni dwi bahasa tau. Announcement dalam English pun ada maybe sebab bus ni lalu tempat-tempat yang tourist selalu pergi kot. Tapi best juga dapat naik bus ni, boleh tengok lagi banyak tempat. =)



Dalam 15-20 minit macam tu, sampai la kitorang ke Namsan Tower. Tapi belum sampai kat atas lagi, just sampai kat tempat bus bawah tu. Then acara yang ditunggu-tunggu adalah berjalan mendaki bukit!!! Berbekalkan body yang tak berapa nak fit ni, hah mendaki la kami ke atas. Time tu rasa macam tak cukup oksigen je nak bernafas, tapi korang nak tahu, Kak Maya boleh siap berlari lagi tau naik jalan yang curam tu! Fuhhh~

Oh ya before tu, untuk ke Namsan Tower ni hanya bus sahaja yang boleh naik tau. Private vehicle adalah dilarang sama sekali. Itu untuk menjaga kehijauan dan mengurangkan pencemaran kat atas ni la. Selain dari public bus, boleh juga naik ke atas ni menggunakan cable car. Ikut perancangan memang nak naik Namsan ni melalui cable car, tapi dah tour guide kitorang kata naik bus, naik bus saje la. Hehe. Boleh google cara nak pergi ke Namsan Tower ni via cable car. Google ye~

Jom layan gambar sikit! Before that, certain gambar tu kualiti kurenggg sikit. Sorry ye. Kami photographer amatur. Huhu.

Tower paling cute pernah saya tengok!

Saya dan Kak Maya


Time ni dorang ada tunjuk VT apa entah. Background lagu rock gitu. Ingatkan ada konsert kat sini.  (Sorry kualiti gambar kurang elok)


Ingatkan dah malam-malam macam ni takdelah ramai orang kan. Tapi bila naik tu, fuhhh ramai juga visitors time tu. Kitorang terus purchase tiket untuk naik ke atas. Kat sini pun ada Muzium Teddy Bear juga, tapi kitorang tak masuk pun. Just pergi Observation Deck je. So fee untuk seorang ialah KRW 9,000. Untuk info lebih lanjut, just klik SINI. Time ni Kak Maya tunggu kat bawah je, saya dan Kak Yanie je yang naik ke atas.



Happy dah dapat ticket!


Inilah sebab utama kenapa korang kena pergi sini~





Time ni kena queue dulu untuk ambil gambar kenang-kenangan. Hehe.



Kita dilalaikan dengan benda ni sementara nak tunggu lift sampai.


Okey bila dah sampai atas, boleh la purchase gambar yang kita dah ambil kat bawah tadi tu. Hurm lupa pula harganya. Haishh sorry. Tapi dapat 2 keping la. Satu view malam, satu view time siang. Ngeh Ngeh. Cantik ok. Tapi Kak Maya kata nampak sangat fake untuk yg background siang tu. Haha.



Bila naik atas pula, terjumpa pula floor ni!Serammm~


Korang berani ke? Kitorang 150% berani tau!
Eyh lain pula dah~
Hehe. Kat atas tu namanya Shocking Floor~Haha. Saje je konon-konon berani la kan.

Dah namanya Namsan Tower, haruslah ramai pasangan muda-mudi gitu.


Kat sini pun boleh beli souvenier untuk kenang-kenangan. Comel-comel semuanya. Kerana kekangan bajet, beli yang wajib sahaja lah jawapnya iaitu fridge magnet! =D


Fridge magnet yang ini dah selamat terlekat di peti ais rumahku~



Kalau la Won banyak sikit, nak saje aku angkut yang ni!



Okey, sesuailah tempat ni yang sinonim dengan 'cinta' dan 'kasih sayang', perkhidmatan menghantar 'LOVE LETTER' juga turut disediakan. Hahhh ingat time sekolah je boleh hantar surat-surat cinta ni, kat Seoul siap offer service menghantar surat cinta lagi tau! Just follow step yang disediakan, Insya ALLAH akan selamat sampai lah surat cinta korang tu kepada yang tersayang.




Okey, layan gambar-gambar lagi!

Fuhh jauh tak jauh tu dari Kehelll~ Lepas tu terus menghadap tingkap tu, termenung ingat Malaysia. Huhu rindu.



Sisa-sisa duit yang tinggal time ni. Haha.



Tempat untuk korang meninggalkan jejak!



Shin Se Kyung ni memang ada kat mana-mana je tau. Haha.

Restaurant yang ada kat sini.
 Dah habis round-round tu, kitorang pun decide untuk turun. Iyelah, kesian kat Kak Maya kita kang nak menunggu lama pulak.


Dalam elevator sekali lagi dilalaikan dengan VT ni. Tiba-tiba dah sampai kat bawah. Hehe.

Orang-orang Korea yang hensem dan cantik. Plastic Surgery? Jangan tanya aku.

Abang ni handsome bila tengok di alam nyata. Kat picture macam kureng sikit. Hihi.

Tapi tetap sporting. Siap buat V pose lagi. Nak rapat-rapat pula tu. Haha.
Okey, bila dah keluar tu, seterusnya kami ke area yang WAJIB dilawati di sini. Siapa yang datang dengan pasangan tu, sila jangan lupa untuk membawa bersama segalam macam rupa padlock yang anda miliki di rumah or yang baru sahaja dibeli ke sini. 

Ini kerana di tempat ini anda boleh mengunci even mempatri cinta anda di dalam hati gf/bf/suami/isteri anda untuk kebahagiaan yang berpanjangan. #KHURAFAT. Haha. Tapi serius, saya rasa lagu Kak Ram tu, Kau Kunci Cintaku di Dalam Padlockmu tu memang sesuai dan patut jadi lagu tema tempat ni. Kan? Kan? LOL. =D

Tersangat banyak ye. Ada yang dah berkarat pun.




Amin. LOL. =p

Semoga mereka berdua masih kekal bersama dan bahagia sehingga ke akhir hayat hendaknya. LOL.


Okey,sangat fake! Tak paham pun apa dorang tulis. Haha.


Eh dah hilang kaler pinknya. 


Budak-budak yang sporting. =)

Running Man Episode 06. Tempat dorang main badminton pagi-pagi tu. Haha.

Ohh di mana saya?


Okey, ni just untuk hiburan bersama. Jom layan cerita pendek yang disediakan di bawah ni. Haha.

"Pada suatu malam, seperti mana pasangan-pasangan  bercinta yang lain, mengunci padlock di sini adalah satu kemestian. Tidak lupa juga kepada pasangan yang berada di belakang saya ni. Ketika ini, mereka tengah mencari lokasi yang strategik untuk mengunci cinta dan janji sehidup sehati mereka."

"Oh kelihatannya pasangan ini telah pun berjaya mencari lokasi yang dikira mereka sebagai sesuai dan strategik. Dan kelihatan juga si jejaka sedang melakukan kerja-kerja pemasangan dan penguncian sambil di saksikan oleh si gadis yang manis."

"Kelihatannya dalam gambar ini kerja-kerja pemasangan dan penguncian telah pun selesai. Rasanya mereka berdua tengah membuat final touching ke atas 'kunci kebahagiaan' mereka. Memperkemas kuncian, dan membaca semula ikrar sehidup semati mereka ye."

"Ohhh dapat kita lihat di situ betapa kegembiraan dan kebahagiaan amat jelas terpancar di wajah mereka berdua. Kini, segala janji yang tertulis telah pun dikunci kemas dan rapi di sini. Bersama-samalah kita doakan agar mereka berdua kekal bahagia selama-lamanya dan akan berpegang teguh dengan janji cinta mereka."

T.A.M.A.T 

So apa macam? Best tak cerita pendek di atas? Hahahaha. =D

Kerusi yang merapatkan silaturrahim dikalangan pen'duduk'nya.



Okey, dah habis round-round kat tempat kunci tu, tak jumpa juga 'Kunci Basikal' si Nickhun dan Victoria tu. Huhu. So kitorang pun turun and cari la Kak Maya. Kesian dia lama tunggu kat bawah. Dah la penat bekerja, ditambah lagi dengan penat nak menunggu kitorang. Sorry unnie. Huhu. Tanpa membuang masa, kitorang terus turun bukit yang curam tadi tu untuk tunggu bus. Nyaman je udara time turun bukit tu. =)

Bye-bye Namsan Tower~

Gossip-gossip dulu dengan Kak Maya sambil tunggu bus sampai.

So destinasi seterusnya ialah, rumah Kak Maya! =)


NAMSAN. Kat belakang tempat ni terletaknya Dongguk University. Tapi rush punya pasal, tak sempat nak snap. Hehe.
Rumah Kak Maya ni terletak di area Yaksu. Bila dah turun bus tu, instead of naik subway, kitorang decide untuk jalan kaki je ke rumah dia. Boleh la jalan-jalan tengok persekitaran tempat ni kan. On the way ke rumah dia tu, kitorang pun singgah la kat gerai ni beli  makanan sikit untuk makan-makan kat rumah dia.

Hehe. Then kat sini lah saya sempat bertemu kekasih hati saya. Rinduuu~ Okey propa semata-mata. Haha.

Time ni kitorang jumpa dengan budak-budak lelaki kat awah ni. Okey memang comel-comel belaka. Dorang ni semua belajar kat kolej. Masa tu dorang tanya kat Kak Maya tu kami ni dari mana. Iyelah, mesti dorang heran kan mana lah datang kami berdua ni. Siap tanya kat saya dan Kak Yanie siapa yang paling handsome di antara mereka dari kaca mata orang Malaysia. Haha! Cuba teka kitorang pilih siapa? =)

Tapi serius la, comel je dorang ni. Sempat la juga snap picture dengan dorang.






Dah habis melayan budak-budak tu, kitorang terus gerak ke rumah Kak Maya. Rumah dia ni Studio Apartment je. Rumah bujang lah katakan. Hehe. Tapi berjalan tu kan, tiba-tiba ada seorang ahjussi ni greet Kak Yanie, dia bagi salam tau. 'Assalammualaikum' katanya dalam loghat Korea. Terkejut you! 

So sampai-sampai rumah tu kitorang pun lepak-lepak, borak-borak and makan-makan la dengan dia. Makanan-makanan yang kami beli tadi ialah Deokbokki (Spicy rice cake), dan beberapa jenis Twaegim (Deep Fried Food). Antara twaegim yang kitorang beli ialah Yache (Vegetables), Ojingeo (yang panjang macam udang goreng tempura tu, tapi actually dalam tu squid!) dan lagi satu tu Japchae (Glass noodles wrapped with seaweed). Memang sedap terutama yang deep fried tu la. 

Deokbokki.


(From left) Deokbokki, Vegetables Fritters, Twigim, dan Japchae dibalut dengan seaweed.

Makan-makan sambil tengok WGM TeukSo. One of my favourite couple. =)

Sesi tambah-menambah kenalan di MukaBuku.

Comel je rumah Kak Maya. =)

Kami!!! =D


Since time tu dah nak dekat 11.40pm, kitorang pun bersiap-siap la untuk balik ke guesthouse. Iyelah takut ketinggalan train pula nanti. Kak Maya hantar kitorang sampai ke Station Yaksu. So route untuk kitorang balik ke Myeongdong macam kat bawah ni ye.

[1] Yaksu Station (Line 3) --> [2] Chungmuro Station (Transfer to Line 4) --> [3] Myeongdong Station (Line 4)


Klik untuk gambar yang lebih jelas.
Okey time nak balik ni kami tersesat lagi. Haha. Actually bukan sesat pun, just terlajak station. Patutnya trasfer line kat Chungmuro Station, tapi disebabkan tengah rancak berborak, rupa-rupanya dah termiss station tu. So kitorang pun turun la kat Station Euljiro 3(sam)ga tu, patah balik ke Chungmuro.



Iklan yang creative dan comel.




Ohh abang Nickhun!

Oh ya, time sampai kat guesthouse kan pintu dah kunci. Bila dah blur-blur tak tau passcode pintu tu, tetiba terbuka dari dalam. Rupanya Mr. Park. Huh siap kena marah pula tu sebab balik lambat and tak bagitahu kat dia. Sebabnya dia kata kalau kitorang balik lambat boleh dia siap-siap bagitau passcode pintu tu. Hurm rilek la Mr. Park. Dengan serta-merta juga dia ajar cara nak buka pintu tutup pintu semua. Dengar saje la. 

Sekian sahaja lah cerita saya untuk hari ke-6 kami di kota Seoul~ Insya ALLAH kalau kerajinan melampau-lampau dalam diri ni nanti saya akan sambung cerita hari ke-7 secepat mungkin ye. So kalau ada info-info yang berguna kat entri kali ni, boleh la LIKE dan SHARE kat member-member or family ye.



Thank you for reading guys! =)





12 comments:

Nor Nadia Syakila Jamal Nor Nadia Syakila Jamal said...

wah :)
im really miss korea..
niceerr!!!

Miss Farah Miss Farah said...

@Nor Nadia Syakila Jamal Me too!!! =)

Syaifuddin Alias Syaifuddin Alias said...

wah..sangat seronok :]
percutian membangkitkan rasa syukur kepada Allah yang telah memberi kita gambaran jelas mengenai alam ciptaannya dan kekuasaannya :]

Miss Farah Miss Farah said...

@Syaifuddin Alias Sangat setuju! =)

Norharyani Sanusi Norharyani Sanusi said...

kakak RINDU BANGET dgn bumi Seoul farah!huahua...
mcm bsk mo fly ke sana lg!nsb baik bkn JUTAWAN FAKIR!hahaha

zulaika zamri zulaika zamri said...

seronoknya =D teringin nk g korea . dekat padlock byk2 tu tak jumpe ke padlock khuntoria ? hahaha

Miss Farah Miss Farah said...

@zulaika zamri sadly tak jumpa! banyak sgt~ =(

Miss Farah Miss Farah said...

@Norharyani Sanusi sama la kak..huhu..

Bro Yusri Bro Yusri said...

yg plain kat bawah ni senang baca ...

Miss Farah Miss Farah said...

@Bro Yusri :)

Misz NE Misz NE said...

So akak choose yg mna? Which guy handsome dri sudut pndangan kak Farah? Hahaha..

Miss Farah Miss Farah said...

@Misz NE rasa2nya yg mana?si baju nike itu kah?hahaha~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...