Saturday 3 November 2012

Souveniers dari Seoul, Korea Selatan



Hi guys~

 Kali ni saya just nak share sikit pasal barang-barang cenderahati/souveniers yang sempat saya beli kat Seoul. Tak banyak pun, sikit je sebab saya pergi Seoul pun bukan dengan niat nak shopping sakan. Al maklumlah, sebagai seorang budget traveller, means duit pun limited. So memang tak berbelanja sakan la. Kalau ada yang murah tu saya beli la sikit buat kenang-kenangan bila dah balik Malaysia ni kan.

Jom tengok apa yang saya bawa balik dari Seoul! =)

Okey yang pertama sekalinya, kat bawah ni. Hangers comel ni saya beli kat gift shop yang saya pernah mention kat dalam previous post di blog ni. Nama kedai tu Myeong-dong Love, di area Myeongdong. Satu ni dalam KRW 2,000. Hangers comel ni saya beli sebagai buah tangan buat my best friend, Aizie! Katanya nak souveniers yang comel-comel, so saya belikan yang ni je la.







Yang keduanya saya beli chopstick ni. Korea kan memang famous dengan chopstick besi and sudu dorang yang panjang tu. So saya beli yang ni, bagi kat Aizie juga kalau tak silap. Kan akak? Lupa la. Hehe. Yang ni harganya around KRW 5,000  kalau saya tak silap. Lupa daa. Tapi tak sampai KRW 10,000 la. Dalam ni ada 10 batang means ada 5 pasang chopstick besi. Beli kat kedai yang sama kat Myeongdong tu juga.




Okey yang ketiga ni pun chopstick juga, tapi lawa sikit la dari yang kat atas tu. Design memang ekslusif sikit, and yang dalam kotak macam ni sekali dengan sudu dan chopstick. Korang boleh pilih design mana yang korang nak, tapi macam biasalah kan, makin ekslusif design chopstick dan sudu tu makin mahal la harganya. Saya beli yang ni je untuk family, konon-konon balik dari Seoul nak makan pakai chopstick la kan. Tup tup elok je kotak ni duk dalam almari, jadi bahan display. Sayang nak guna! Haha!

Yang ni beli kat kedai yang sama di Myeongdong tu, i guess around KRW 12,000 to KRW 15,000. Lupa. Sorry. Semuanya dah lupa. Tapi within that range la. Ada 5 pasang chopstick dan sudu dalamnya.






Okey, yang ni pula fridge magnet. Fridge magnet lelaki dengan pompuan pakai baju tradisional Korea ni saya beli kat Hamilton Shopping Mall, Itaewon. Time tu takde niat pun nak beli benda ni, tapi disebabkan saya dah banyak sangat tanya kat pekedai tu, beria-ia la ni tanya pasal hanbok la, itu la, ini la, semuanya pasal Korea tu, last-last saya beli je la fridge magnet ni sebagai tanda terima kasih di atas kesudian dia melayan pertanyaan-pertanyaan saya tu. Kesian pula kat dia. Hehe.

Yang ni satu papan KRW 10,000, ada 10 semuanya. Kalau nak murah boleh beli kat Namdaemun Market kot, boleh dapat yang lebih murah dan lebih banyak.





Next fridge magnet juga. Seperti gambarnya, saya beli fridge magnet ni kat Namsan Seoul Tower. Time tu budget dah tak banyak, so saya beli satu papan ni je la. Ada 3 keping dalamnya. Harganya kalau tak silap dalam KRW 5,000.




Yang ni pula gambar yang kitorang ambil before naik ke Namsan Seoul Tower tu. Yang ni optional je, korang nak beli boleh, tak nak beli pun takpe. Untuk orang yang tak tahu bila nak menjejakkan kaki ke Seoul lagi macam saya ni, so saya pun beli la buat kenang-kenangan. Harga gambar ni KRW 12,000, dalamnya akan dapat 2 keping gambar. Satu gambar time 'siang', satu lagi time 'malam'.





Okey seterusnya adalah post card yang saya beli time melawat Petite France. Yang ni saje-saje je beli sebab murah kan. Lagipun kat gift shop di Petite France tu tak banyak souveniers yang ada gambar Little Prince ni. So saya beli postcard ni dengan harga KRW 1,000 satu. Sekarang buat bookmark je. =)





Yang ni pula phone strap. Beli kat Petite France juga. Ada lebih lagi ni kat rumah. Siapa nak boleh bagitau kat saya ye. Hehe. Yang ni harganya around KRW 1,000 camtu la kot. Sorry guys. Lupa la. Tapi yang ni murah je.





Okey yang terakhir ni fridge magenet juga. Yang ni saya beli kat Nami Island. Ni je design yang ada. Tak cantik pun kan. Tapi beli juga la since ada tulis Nami Island kat situ. Hehe. Dua keping fridge magnet ni dalam KRW 5,000 - KRW 8,000 kalau tak silap. Heehee, semua dah lupa la. Sorry, lama sangat dah ni.




Okey guys, tu je la yang dapat saya sharekan kat sini. Souveniers yang tak seberapa untuk seorang pengembara dengan bajet yang teramat terhad. Tapi yang penting, tiap kali masuk dapur mesti senyum-senyum sendiri tengok fridge magnet yang saya beli kat Seoul ni sebab tak sangka dah menjejakkan kaki ke sana. Insya Allah, mana la tau ada rezeki kan, next time boleh pergi lagi!

Kepada sesiapa yang nak travel ke Seoul and takde idea nak beli souveniers kat mana, boleh la refer kat SINI untuk memudahkan aktiviti shopping anda di Korea nanti. Takpun jenguk je blog-blog dalam bloglist saya tu, most of them pernah travel ke Korea juga. Sambil-sambil tu boleh la baca cerita pengembaraan mereka juga kan.

Okey sampai sini je untuk entry kali ni. Thank you guys for reading! =)




18 comments:

Puan Punya Blog Puan Punya Blog said...

Huhu betul la tuh.. tq tau pawah for buah tgn tuh.. gigih i ambil kat mid time tuh.. huhu

Miss Farah Miss Farah said...

@Puan Punya Blog haha~betul kan..wlupun i lmbt, tp u gigih menunggu i di mid..kekeke!

Puan Punya Blog Puan Punya Blog said...

Haha buah tgn jauh dri org jauh.. harus la tunggu.. hehe plus nasib baik jwan turun kapal pada hari yg same.. ehh kan?

Miss Farah Miss Farah said...

@Puan Punya Blog yurp~dgn rambut serabai dia lagi tu baru turun dari kapal..haha! :D

Puan Punya Blog Puan Punya Blog said...

Hahaha die tgh xselesa time tuh.. sbb rambut pakaian die sume.. muahahaha

Miss Farah Miss Farah said...

@Puan Punya Blog ha ah..time tu rambut dah macam megi~ekekeke

Aisya Ieyka Aisya Ieyka said...

wah .. best nye dapat pergi korea :)

Miss Farah Miss Farah said...

@AisYa IeyKa yup,korea memang best! serious~ =)

Unknown Unknown said...

teringinnya nak pegi korea..hmmm blum ada bajet..insyaAllah satu hari nnt pasti sampai sana

Miss Farah Miss Farah said...

@sukakartun Insya Allah~ =)

Puan Punya Blog Puan Punya Blog said...

Huuu yang paling comel yang penyankut baju tuh.. el pun nak satu... dengan berat hati terpaksa i lepaskan satu.. kalau di ikotkan hati, i nak semua.. huhu tp apekan daya bila budak kecik dh mintak

Miss Farah Miss Farah said...

@Puan Punya Blog takpe2, disebabkan el tu comel, so bagi je dia dgn penuh redha ye.haha~ =)

Puan Punya Blog Puan Punya Blog said...

Dengan mata die yg terkebil3 minta benda tuh.. maka i relakan jela.. pluss tuh je yg i bg die amik.. hekhekhek

Azian Elias Azian Elias said...



banyaknya ole2.

hangers with kepit baju tu cantik..cute..

Miss Farah Miss Farah said...

@Azian Elias cute kan kak..comel je tu, kecik je.. :)

Miss Farah Miss Farah said...

@Puan Punya Blog haha~mata kebil2..confirm kiut el.. :D

Cik Puan Suhaila Musa Cik Puan Suhaila Musa said...

As salam. Pergi bercuti ke korea ke?

Email Marketing Email Marketing said...

Online Shopping Malaysia for Korean Fashion. Everything under RM60. FREE shipping within Malaysia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...