Tuesday 18 September 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 3 - PART 1


Peringatan : Artikel yang bakal dibaca adalah sangat panjang. Harap bersabar. =)


Okey jom sambung.


1 JULAI 2012. Hari Ahad. Hari ketiga kami di kota Seoul. Ahhhh bangun pagi hari ketiga ni dah lewat. Dalam tengahari macam tu baru terbangun. Penat yang teramat sangat. Sakit kaki jangan cakap la. Sakit sangat-sangat. Huh menggagahkan diri juga bangun. So bangun-bangun tu, kitorang bersiap-siap and masak meggi dulu, makan meggi untuk lunch. Lapar kot. Dah makan semua, around jam 1pm baru kitorang gerak keluar dari guesthouse. Iya tau, memang lambat kan. Haha.

So keluar dari guesthouse cuaca agak mendung time tu. Angin pun sejuk dan nyaman je. Memandangkan hari tu hari Ahad, so area tu memang agak lengang la. Kereta pun tak banyak, rasa tenang je. So sesi fotografi jap la dekat area guesthouse ni. Oh ya, depan guesthouse ni ada Family Mart juga. Macam 7Eleven tu. So jangan risau kalau nak beli apa-apa. Seberang jalan je. Balai polis pun depan je, so secure sikit la. =)

Pintu utama Arista Building.

Area Euljiro 3(sam)ga time weekend. Lengang.

Balai polis Euljiro 3(sam)ga.

Dekat area ni pun banyak deretan kedai.

So untuk hari ketiga ni, kitorang plan nak pergi ke Open Hall SBS,di area Deungchong-don. Ouhhh sangat teruja. Iyela mana lah tau kan kot-kot boleh nampak idol-idol dengan baju-baju bling-bling dorang tu.  Then lepas tu kitorang plan nak ke Headquarters SBS pula.

So untuk ke Open Hall SBS ni, kami pergi macam biasa la via subway. Route kami macam di bawah ni.

[1] Euljiro 3ga Station (Line 2) -> [2] Dangsan Station (Transfer to Line 9) -> [3] Gayang Station (Line 9). Ambil Exit 10.

Klik untuk gambar yang lebih jelas.


Lima ribu tu. Fuhhhh.

Kedai banyak yang tutup.

Semua busy dengan handphone masing-masing.

Transfer di Dangsan Station.

Kalau nak transfer dari satu line ke line lain, cari je sign macam ni. Confirm tak sesat.
Time kat Dangsan Station, nak transfer ke Line 9 tu sempat lah lagi kami singgah kedai jual casing handphone. Cantik-cantik semuanya. Mula-mula tu curi snap je, iyela takut staff store tu tak bagi pula tangkap gambar. 

Tapi bila dah lama tu tanye je kat staff tu kalau-kalau boleh ambil gambar sebab casingnya caomel-comel belaka. Pastu dia bagi permission je. Laa boleh je rupanya nak ambil gambar. Haha. Kak Yanie sempat sambar casing untuk Notes dia. Saya? Cuci mata je la.

Comel-comel belaka.



Yang ni memang smart!

Tiga puluh ribu tu. Ada duit?



Kak Yanie punya. =)

Oh ya, sebut-sebut pasal transfer subway ni, mesti dengar macam mudah je kan. Tak sebenarnya. Area station subway di Seoul ni sangat besar tau. Dari satu line nak ke line yang lain tu kadang-kadang tu memang jauh nak menapak. Bukan dekat tau. That’s why la orang-orang kat sana laju je berjalan nak kejar train. 

Kalau time peak hours lagi la, dengan padatnya dan rushnye semua, kita pun akan terikut sekali. Mula-mula tu memang lah tak biasa, sehari dua lepas tu Insya Allah korang pun akan automatic rush ke sana sini mencari tempat transfer dan exit dalam station subway tu. Pengalaman yang best!

So around jam 3pm macam tu, sampai lah kami ke Gayang Station. Yeahhhh happy, lepas tu terus tanya je dua orang salesgirl yang ada kat situ, arah ke Open Hall SBS. So keluar je dari Exit 10 tu, terus pergi ke arah kiri. Jalan je straight, lalu deretan kedai tu. Then akan nampak la ramai budak-budak pompuan berkumpul-kumpul kat depan satu bangunan putih yang banyak tingkap kaca ni. 

Direction dia macam kat bawah ni ye. Hope map ni boleh bantu korang. =)




Terjumpa pula abang yang sorang ni. Duta minuman ginseng!

Bila la dia nak datang pergi Running Man lagi ye. Huhu.

Haaaahhh dah sampai la tu kat Open Hall SBS. Time sampai tu bus ZE:A ada kat situ! Tapi tak minat ZE:A sangat. Just tengok We Got Married si Kwanhee je sekarang ni. Untuk episode hari tu, artis-artis yang turut terlibat ialah Infinite, Wonder Girls, f(x), Boyfriend, Dal Shabet, G.Na, Teen Top, After School dan banyak lagi lah. Maksudnya dorang semua ada kat dalam building tu la kot! =D

Okey apa yang best dekat sini? Di sini lah tempat rakaman dan juga siaran secara langsung bagi rancangan-rancangan under channel SBS macam Inkigayo dan Star King. Since hari tu hari Ahad,  time tu tengah shoot untuk SBS Inkigayo. No wonder la penuh je kat luar dengan fan girl-fan girl fanatic dorang yang tak dapat masuk. 

Untuk episode hari tu, artis-artis yang turut terlibat ialah INFINITE, Wonder Girls, f(x), Boyfriend, Dal Shabet, G.Na, Teen Top, After School dan banyak lagi lah. Maksudnya dorang semua ada kat dalam building tu! =D

Running Man pun pernah shoot di sini, Episode 42 yang dorang kena cari Abang Heo Yong Saeng (SS501) tu. Hehe. Jom layan gambar. 



Orang-orang Korea ni, kalau yang tinggi tu memang tinggi betul. Macam kakak sebelah tu.

Yeah berjaya juga sampai ke sini.












Sila eja sendiri.



Ini fan Infinite.


Fashion rambut nak sama je semua. Haha.

Menunggu kereta idol-idol dorang keluar. 

Time ni yang best. Di sebalik tingkap tu ada group lelaki. Tapi tak tau siapa. So dorang lekapkan la handphone dorang kat tingkap tu, record apa idol-idol tu buat. Saya sempat tengok kat screen handphone budak paling hujung bawa beg putih tu, idol tu tengah lambai-lambai bagi flying kiss kat dia dari dalam. Haha.

Tiap kali ada artis tengah lalu, mesti akan terdengar bunyi jeritan dari dorang-dorang ni. Pastu semua melambai-lambai la apa lagi kan. Sungguh fanatik mereka ni.

Ada artis tengah lalu time ni. Dia tengah lambai-lambai kat dalam. Haha.
Bayangan dekat dalam tu pun artis juga. Entah siapa.

Kami pun tak lama dekat SBS Open Hall tu. dalam setengah jam camtu je. Then dah ambil-ambil gambar semua, kitorang pun bergerak la meninggalkan tempat tu menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bangunan Headquarters SBS di area Mokdong. Oh ya, time kitorang baru je gerak tu ada satu bus idol group lagi yang baru sampai. Kaler putih. Tapi tak tau group mana punya and dah malas nak patah balik. Hehe.


Okey rasa macam dah panjang sangat la pula kan, so SBS Mokdong tu kita sambung kat Part 2~ =)



Thank you for reading this!



Cerita dari saya yang bernama
Farah Yaakub





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...