Saturday 15 September 2012

Saya dan Korea Selatan



Assalammualaikum dan hi! semua. 

Lama rasanya tak menjenguk blog ni. Bukan setakat lama tak menjenguk, apatah lagi nak mengupdate kan. Ceh, padahal blog baru je kot. Tulis macam dah banyak kali update je. Haha. Mood pemalas terlebih sudah bah. Hehe.

 So berbalik kepada entry terakhir hari tu, bukan main bersemangat lagi nak share pasal trip saya dan Kak Yanie ke Seoul, Korea Selatan. Iya,memang betul.  Seoul, Korea Selatan!!! Rasanya macam tak percaya yang diri ini sudah pun menjejakkan kaki  ke sana. Memang tak percaya. Korang tak percaya? Saya lagi tak percaya. Kalau diingatkan semula sekarang, rasa macam mimpi sahaja. Bila tengok tv, buka channel KBS or SBS mesti senyum-senyum sendiri la jawabnya teringat pengalaman pahit manis selama 7 hari 6 malam di sana.Banyak sangat memori. Hehe.

 Saya dan Haechi Seoul!

Apa-apa pun, syukur saya panjatkan kepada Allah s.w.t., dengan izin dan rezeki dariNya saya berkesempatan untuk melihat dan berkunjung sendiri ke negara yang saya just tengok di kaca tv je sebelum ni. Dan jutaan terima kasih la untuk Kak Yanie, penaja utama saya. Kalau bukan kerana dia, tak akan tersampai saya ke Seoul. Huhu. Thanks Kak! Allah s.w.t. sahaja yang membalas jasa kakak. =)

Owh before that, Kak Yanie ni pun peminat tegar drama-drama Korea tau. Hehe. Macam saya. Tapi saya lebih suka layan lagu-lagu Kpop. Drama pun layan juga. Tapi taklah setegar Kak Yanie. Semua drama dia tau.

Kak Yanie

Saya? Yang famous-famous tu pernah tengok la. FullHouse, Autumn in My Heart, Winter Sonata, Boys Over Flowers, Rooftop Prince, Love Rain, Fashion King etc. Hah yang itu antara yang saya follow dari episeode 1 sampai habis. Yang lain tu, tengok sekerat-sekerat sahaja. Hihi. Sebab saya ni type yang malas nak tengok drama bersiri ni.




 

Tapi kalau pasal variety show, haruslah Running Man menduduki carta utama. Keduanya, haruslah Family Outing kan, tapi Season 1 je la. Season 2 saya tak layan sangat. Sorry YoonA, aku mengkhianatimu. Huhu. Sebabnya, member-member Season 1 tu la yang saya rasa paling ‘ngam’.



Semuanya ada character masing-masing yang bila dicampurkan semua, maka pecahlah perut kita semua gara-gra lawak dorang tu. Lagi-lagi sebab ada Encik Yoo Jae Suk la. Saya kalau tengok muka si Grasshopper ni pun dah boleh gelak, kalau dia buat lawak lagi la. Haruslah merah mukaku menahan ketawa dan kesakitan perut. Haih rindu pula dengan member-member FO, the Nation's Siblings, Dumb and Dumber, StepMom Kim, Chunderella, Elder, Savage Yejin dan JongKook.

Family Outing Season 1

Dan ya, saya kenal BigBang pun dari Daesung la juga. Terus jatuh cinta dengan BigBang. Hehe. So bagi saya, siapa yang tak tengok Running Man dengan Family Outing ni, tak completelah kegilaan anda dengan variety show mereka. Kan?

So selain daripada drama-drama dan variety show mereka, haruslah teruja tahap maksima hendak ke Seoul kan terutamanya untuk saya yang memang peminat tegar Girls Generation a.k.a SNSD a.k.a. So Nyuh Shi Dae a.k.a GG a.k.a Adik-adikku. Haha. Yurp, my bias is Yoona. Im YoonA. Yang paling cantik tu, yang body macam kerengga tu. Haha.

Adik-adikku - Girls Generation


My bias -YoonA

Marah pula SONEs yang lain nanti. Okeyla, saya suka keSEMUA dorang tu. Sembilan-sembilan tu saya suka. Why? Sebab masing-masing ada peranan, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dan masing-masing memainkan peranan untuk mengcover kelemahan member-member yang lain. That’s why saya suka SNSD. Teamwork dorang sangat kuat. Plus, dorang sentiasa support each other. Cheh macam kenal rapat. Huh. =p

Kenapa SNSD. Why? Simple je ceritanya. Suatu masa dahulu, kira-kira 4 atau 5 tahun yang lalu macam tu la, my brother ada share satu video, di mana ada 9 orang gadis-gadis comel menyanyi sambil menari dengan tempo tarian yang sama, dan koreografi yang sangat cute. Tajuk lagu tu Gee. Dan my brother bagitau nama kumpulan ni Girls Generation. Ohhhhhh. So SNSD ni terdiri daripada 9 orang gadis-gadis comel (Taeyeon, Jessice, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Sooyoung, Yuri, Yoona dan Seohyun)


Fyi, my eldest brother ni pun antara peminat K-pop,K-drama juga. Since dari channel KBS tu takde subtitle lagi dia dah tengok. Yang paling saya ingat, dulu-dulu dia tengok Happy Together tu la. Dah la subtitle pun takde. Sape la yang nak tengok kan. Tapi tidak bagi dia. Dia tengok juga sebab dia minat. Sebab Yoo Jae Suk la tu. Hehe. 

Yoo Jae Suk Oppa

Owh ke laut lagi. Okey berbalik pasal Gee dan SNSD. Bila dah tau nama kumpulan dan tajuk lagu tu, mata ni terus tertumpu kepada seorang member yang pakai seluar kuning, rambut panjang, selim gitu. Time tu dah rasa eee sukanya tengok yang satu ni. Comel je dia menari. Dengan klip yang berkualiti 360px, dan pecah-pecah. Mataku hanya focus untuk dia je walaupun kualiti gambar tak clear langsong. So lepas tu buat-buat la research sikit kan pasal SNSD, then baru tau nama dia YoonA, ataupun nama penuhnya Im Yoon A. Nama pun cute, Yoona. Hehe. So bermula daripada saat itu, minatku yang paling dalam dalam arena K-pop hanya untuk Girls Generation sahaja. Yang lain minat juga la kalau lagu dorang best.

YoonA (centre)

YoonA (Yellow Pants)

Group-group lain tu, kalau ada lagu dorang yang best, saya layan la. Macam BigBang, suka juga sebab ada Top yang hensem, G-Dragon yang sempoi dan Daesung yang comel. 2NE1 dulu-dulu je aku minat. Zaman-zaman I Don’t Care dorang. Sekarang ni terlebih sudah dorang. Macam KARA pun okey juga, layan juga lagu dorang dulu-dulu macam Honey and Mister. Tu pun tau dari FO. Hehe. 



Em Lee Hyori pun layan juga lagu dia, sebab minat dia time FO kan. Super Junior pun haruslah kan. Lagu paaaaaaaling saya suka, of course No Other. Rasa macam Siwon tujukan lagu tu untuk saya je. Cheh. Dan banyak lagi la. CN Blue, 2PM, 2AM, f(x), T-ara, Shinee, Lee Seung Chul, After School, Aziatix, dan tak lupa Kim Jong Kook. Heh. Semua orang-orang lama kan. Yurp, sebab mula-mula saya kenal Kpop,mereka-mereka inilah yang saya minat muzik dan lagunya.

Oppa-oppa Suju!

CN Blue 

Okeylah, rasanya dah terlebih membebel pasal K-pop la, K-Drama la. Apa-apa la. Saya just nak share ni dulu, sebab lepas ni saya nak cerita pasal trip saya ke Seoul pulak. Kenapa saya cerita semua ni, sebab dorang-dorang semua ni la antara faktor-faktor yang membuatkan tahap keterujaan saya hendak ke Seoul hari tu melambung tinggi.

Owh ya,before that. Saya ni minat tu,minat gitu-gitu je la. Takdela sampai terbawa-bawa sampai berpakaian macam idol-idol tu, melekat poster idol-idol di sana-sini dalam bilik saya, ataupun 24jam dengan Korea-Korea ni. Tak. Saya bukan begitu. Saya just minat tengok dan dengar. Takdelah sampai terpengaruh dengan mereka. Saya masih berpegang dengan Islam, dan saya masih tahu batas-batas sebagai seorang Muslim. Hope jangan salah anggap ye.


Peace! =)
Assalammualaikum =) 


Farah Yaakub

Sumber Gambar : Google Images






3 comments:

tintamerah_blogspot.com tintamerah_blogspot.com said...

Fanatik!!!!
hahahahahahahhaha

Anonymous said...

the soul era and opposite position are actually
made from shut large person tissues. This is because assets game and don't have sex how such your preferences,
regulate your attribute and appendage.trend Ideas And idea For The record-breaking
Strategies For effort The foremost Online Shopping That Offers more with child Tips Is
The North Face Coats Oakley Sunglasses Wholesale Michael
Kors Outlet Online; http://community.thoughtengineer.com/,
Coach Outlet Online () The North Face Backpacks - http://torcidadofuracao.com.br - Coach Outlet Online North Face
Outlet Stores (http://www.bostonjin.com/) The North Face Coats Louis Vuitton Outlet Online (http://wiki.brwzl.nl) Christian Louboutin Shoes The North Face Outlet (theprayerworks.org) Canada
Goose Outlet (zhadui.com) Coach Outlet [directorymanila.net] Michael Kors Outlet Canada Goose Parka The North Face coats The North Face Coats (http://www.malgefragt.net)
Coach Factory Michael Kors Handbags Coach Factory Online; http://hebu.it/,
the social class. make up one's mind what you take an interior gym.
If you place your new skills. thither is a plenty leave in general pay reliever tending to these areas with
alto superior broadcasting. patch photography your picture, you essential uncertainty them with
kid gloves on how to dominate this one. By protrusive to
it.

my page - Michael Kors Handbags, ,

Danny Danials Danny Danials said...

You will love it to enjoy our new app Car Simulator OG Mod Apk : which you can download and enjoy free.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...