Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah daripada Running Ladies



Assalammualaikum w.b.t.

Salam Maal Hijrah, 1 Muharram 1434H

 Selamat Tahun Baru saya ucapkan kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga kita semua akan memperoleh keberkatan hidup pada tahun ini dan juga tahun-tahun yang akan datang, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup kita. Insya-Allah. :)

Sempena Tahun Baru ni, sama-samalah kita hayati lirik lagu di bawah. 

Lirik Lagu Maal Hijrah 1 Muharram

Satu Muharram Detik Permulaan

Perkiraan Tahun Islam Hijrah

Perpindahan Nabi dan Umat Islam

Dari Kota Makkah ke Kota Madinah


Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh

Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu

Rela Berkorban Harta dan Nyawa

Demi Menegakkan Islam Tercinta


Hijrah Itu Pengorbanan

Hijrah Itu Perjuangan

Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan


Oleh Itu Mari Semua

Kita Sambut Maal Hijrah

Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam

Untuk Sepanjang Zaman 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...