Wednesday, 24 October 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 8

Fuhhhh akhirnya siap juga entry terakhir untuk Seoul ni. Lama dah terperuk kat dalam draft ni. Haha. Sorry guys, sebab lambat sangat nak update. Busy katenyerrr. =P

Before nak sambung pasal trip bajet ke Seoul ni, meh kita story mory sikit. Saya dah tukar header baru!!!Weee~ walaupun tak seberapa canggih dan advance macam header bloggers lain yang dah otai-otai tu, kira okey la kan untuk level saya yang agak buta IT, buta Photoshop, etc ni. LOL. I love it sebab saya buat sendiri and edit semua kan, nampak kemas je. Okey, done with memuji diri sendiri. Haha.

Jom lah kita sambung cerita 3 bulan lepas kat Seoul. Lama sangat dah cerita ni, buat-buat ingat je time nak menulis. Huhu.

06 JULAI 2012. Hari Jumaat. Hari terkahir di Kota Seoul. Huhu. Sedih yang amat. Yelah dah seminggu kat Seoul ni, dah kena balik Malaysia. Lepas ni dah tak nampak lagi orang-orang Korea sana sini. Dah tak dengar kat sana-sini orang cakap Bahasa Korea. Haihhh sedih. Tapi kesedihan tu terus hilang bila teringat makanan kat Malaysia yang sedap-sedap! Haha.

Time ni Kak Yanie and I memang emo-emo dah, sedih nak tinggalkan Seoul ni. Malam before tu kitorang dah packing siap-siap, so tak lah kelam kabut kan nak mengemas nanti. Lagipun kena check-out dari guesthouse jam 11 pagi. Banyak gilerr barang. Memang patah bahu la ni nak mengangkut.

So pagi tu bangun-bangun je kitorang terus bersiap. Sebab pagi tu dah janji nak breakfast sama-sama dengan Kak Maya. Sedih yang amat sebab nak jumpa dia untuk kali yang terakhir. Huhu. Kak Maya kata jam 7.30 pagi nanti dia datang ke guesthose kitorang. So macam biasa la, dorang ni memang punctual kan. Before 7.30 pagi tu dah ada ketukan kat pintu bilik. Kak Maya pun muncul dengan baju T and jeans dia. Aikk katanya lepas tu terus pergi office. Ni pakai baju macam nak pergi tengok wayang je. Rupa-rupanya hari Jumaat memang hari santai. Boleh pakai casual je kat office dia. Wooo camtu rupanya.

Keluar-keluar je dari guesthouse tu, hujan jangan cakap la. Memang lebat. Kan dah kata, hari-hari terakhir kat Seoul ni memang kitorang ditemani hujan je. Hujan hujan dan hujan. So berjalan lah kami dalam hujan tu ke arah deretan kedai-kedai kat Myeongdong ni nak cari tempat makan.

Saya dan kak Yanie ikut je la Kak Maya, tapi memang dah bagitau dia awal-awal yang memang tak boleh makan daging~ So kitorang just pilih la satu kedai makan yang kecik ni, old-skool sikit la. Ala macam yang kedai makan ahjumma-ahjumma yang kita selalu tengok kat tv tu, camtu la kedainya. Kecik je. Serabut pun ada saya tengok. Hehe. So dengan penuh keyakinan, kitorang pun setuju lah untuk makan kat situ.

So untuk breakfast tu, kitorang pun order Spicy Octopus with Bean Sprouts, Tofu Soup with Eggs, Spicy Cucumber Salad, Dried Seaweed and makan dengan Nasi Putih. Memang sedap! Jarang rasanya breakfast yang heavy pagi-pagi macam ni. Apa pun memang sedap. Ahjumma owner kedai tu siap suka pula tengok kitorang makan, katanya nampak menyelerakan. Tapi pedasnya Tuhan je la yang tau, entah berapa kali minta air sejuk. Haha. =D

So layan la dulu gambar-gambar kitorang tengah breakfast ni.


Saya dan Kak Maya.


Tunggu makanan daaa~



Rindu dia!

Tofu Soup with Eggs.

Spicy Octopus dengan Bean Sprouts.

Spicy Cucumber Salad. Lebih kurang je macam makanan kita tu.

Kitorang punya breakfast yang meriah!



Chopstick besi memang saya fail la. Terpaksa minta sudu. Haha. 

Yummy!

Okey, dah habis makan-makan and borak-borak segala kitorang pun terus gerak ke subway station. Since kitorang nak pergi ke Station City Hall, kena la transfer kat Seoul Station. Dekat je dari Station Myeongdong tu. Route kitorang macam kat bawah ni.

[1] Myeongdong Station (Line 4) --> [2] Seoul Station (Transfer to Line 1) --> [3] City Hall Station (Line 1) 



Arrhh time kat subway ni baru perasan yang kad T-Money saya dah hilang. Cari punya cari, selongkar bagpack pun tak jumpa juga. Haishh sedihnya. Hari terakhir ni pula la dia nak hilang. Baru je ingat nak buat kenang-kenangan dari Seoul kan. So terpaksa la beli tiket manual. Huhu.


Tunggu train~
Dah sampai kat Seoul Station. Memang ramai orang time tu sebab memang time orang nak pergi kerja kan.




Time ni kitorang pun berpisah la dengan Kak Maya. Iye la office Kak Maya kan dekat dengan Seoul Station ni je. Sedihnya. Berpeluk-pelukanlah kami bertiga di sana. Sedih sebab ada juga orang Korea yang sudi nak berkawan dengan kitorang ni kan. Apa-apa pun, thanks Kak Maya sebab sudi layan kitorang sepanjang kat Seoul tu. Cepat-cepat la datang Malaysia pula ye. 

Dah berlambai-lambai dan berflying kiss dengan Kak Maya, kitorang pun teruskan lah perjalanan. So kitorang pun transfer train untuk ke City Hall pula. Time kat City Hall Station ni tak ingat pula kitorang ambil exit nombor berapa, main belasah je time ni. Malas dah nak refer map segala. 

Tapi seingat saya kitorang keluar kat exit belakang bangunan City Hall tu. Then dari exit tu, just jalan-jalan je la cuci mata tengok suasana pagi-pagi kat Seoul ni dan kitorang pun berjalan menuju ke arah Gwanghwamun Square. Time ni hujan dah renyai-renyai.

Meh la layan gambar kat tengah bandar Seoul pagi-pagi. Ni je yang mampu ditangkap~









Jalan punya jalan, sampai la kitorang kat Cheonggyecheon Stream. Haruslah bergambar-gambar kan. Oh ya, bila sebut pasal Cheonggye Stream ni baru teringat yang saya dah termiss nak buat entry time kitorang lepak-lepak kat stream ni malam-malam. Haisshhh no wonder la macam tak pernah pula cakap pasal stream ni lagi kan. Lepas entry ni la saya buat ye. Hehe.

So untuk yang ke Seoul tu, tempat ni memang korang akan wajib pergi la. Kalau pergi dekat Gwanghwamun Square tu, dah dekat la dengan stream ni. Kalau korang lepak malam-malam kat sini memang best. Aman damai je rasanya. Then apa lagi, gambar la dengan Encik Haechi yang comel ni. =)




Then wajib la kan bergambar kat statue ni. Statue berketinggian 20 meter ni dipanggil 'Spring', mengambil inspirasi daripada 'black snail' yang banyak terdapat di sungai-sungai kat Korea ni. Statue ni salah satu daripada projek untuk stream ni juga la. So kalau ke Seoul, mesti cari siput tinggi ni ye. 



Kat belakang statue ni kitorang pun ternampak la banyak kereta-kereta broadcasting company. Rasanya ada event la tu kot sebab nampak kanopi banyak-banyak kat belakang siput tu kan. Malas pula nak pergi tengok. Hehe.



Then ni part yang best sikit. Dah seminggu lebih kat Seoul ni, hari terakhir ni la baru berpeluang tengok artis Korea. Haha. Bersebelahan dengan Cheonggye Stream ni terletaknya satu lagi broadcating company kat Korea ni iaitu Channel A. Kat bawah building dorang ni ada la satu open studio, yang kita boleh nampak la kat dalam tu and boleh tengok dorang shoot untuk program Entertainment Inside.

Jom kita terjah!




Since saya tak pernah tengok rancangan Entertainment Inside ni, so saya tak ada idea la sape-sape host dia kan. So abang-abang kat bawah ni la yang jadi mangsa kaunter pertanyaan dari saya. Dengan baik hati abang ni pun explain la satu-satu kat saya sape-sape yang ada kat dalam tu. 

So dia pun explain la, 'Host, Actor, Actor, Anchor,' macam tu la sambil tunjuk dorang. Muka-muka dorang macam pernah tengok, tapi nama memang saya tak tahu. Yang saya tahu satu je, iaitu Ryu Sangwook! Antara selebriti/pelakon yang famous kat Korea ni. Dia main host untuk rancangan ni. =)

Abang-abang mangsa terjahanku.


Macam pernah nampak je, tapi tak ingat pula nama dorang.

Ryu Sangwook yang pakai topi belah kiri tu. =)

Time ni dorang break jap. Masing-masing baca skrip terus. Haha.
So kalau nak tengok dorang-dorang semua ni, bolehlah pergi time pagi ye. Lepas dah tengok semua tu, kitorang pun bergerak la lagi menuju ke Gwanghwamun Square tu. Kena gerak cepat-cepat sebab nak kejar check-out time kat guesthouse.

Bye-bye Channel A.


Kyobo Book Store. Running Man pernah shoot kat sini.

Pagi yang busy. Semua rush ke tempat kerja.


Dari kejauhan dah boleh nampak Statue of Admiral Yi Sun Shin.

Terjumpa IU versi lelaki dan perempuan kat sini. Comel!

Akak 3 orang ni terus tutup muka bila nampak camera. Haisshh.

Time kitorang ke sini tengah ada pameran kat Gwanghwamun Square ni. Bila tengok rupa-rupanya padi yang ditanam kat dalam bekas hitam ni. Hmm ada je board dia kat situ, tapi tak paham sebab tulis Bahasa Korea je, so tak tahu la kenapa and apa sebabnya dorang letak padi-padi ni kat situ. Maybe simbolik untuk musim panas dan mereka menanti hujan untuk menyuburkan tanaman dorang kot. Maybe. Saya agak je. Hehe. Siapa tahu boleh la share nanti.





Bangunan Sejong Center for the Performing Arts. Running Man pun pernah shoot kat sini. =)


King Sejong Statue.


Shoot apa tu bang?


I love the view! Cantik sangat~

Time nak sampai je kat gate Gyeongbokgung Palace ni, hujan pun mula turun balik. Lebat pula tu. Time tu dah jadi berat hati nak masuk palace ni. Plus camera pun dah mula buat mogok tak nak tangkap gambar, maybe disebabkan cuaca yang sejuk sangat kot time ni. Huhu. So kitorang pun decide untuk berfotography je la kat luar ni. Maybe next visit ke Seoul boleh la focus untuk pergi ke palace-palace yang ada kat Seoul ni je. Insya Allah.

Dah sampai kat sini, haruslah ambil gambar dengan Pengawal Istana yang kacak lagi tinggi lagi bergaya ni kan. Mula-mula takut juga sebab macam garang semacam kan, tapi beranikan diri juga la ambil gambar. Hehe.

Abang yang kat bawah ni memang tinggi. I like. Memang lelaki idaman betul lah! Haha. =D

Tak pakai height increasing insoles kan bang? =)


Okey, ni je la gambar-gambar yang dapat diambil untuk hari terakhir. The rest ada kat dalam Notes Kak Yanie. So nanti jenguk-jenguk la kat blog Kak Yanie ye if dia dah update kat situ. =)

Then time tu dah jam 10 lebih, kitorang pun rush la nak balik ke Myeongdong. Since hujan yang teramat lebat, kitorang naik taxi je ke sana. Kat Myeongdong kitorang singgah kat souvenier shop, tempat sama kitorang shopping hari sebelum tu sebab nak beli barang lagi sikit. Hehe.

Nama kedai tu Myeong-dong Love, kat sini banyak juga jual souvenier Korea. Harganya tak sure murah ke mahal tapi rasanya kat Insadong or Namdaemun lagi murah kan. Tapi takpelah, next time baru pergi tempat tu pula. Tak sempat! Huhu.

Kalau nak pergi kat kedai Myeong-dong Love ni, korang ambil jalan yang menghala bertentangan dengan Nature Republic kat Myeongdong tu. Kedai ni sebelah kanan. Kat luar dia banyak casing phone tau. So try la cari kedai ni. Kot-kot ada yang berkenan.

Lepas dah beli-beli barang semua, dengan rushingnya kitorang pun balik ke guesthouse sebab time tu nak dekat jam 11 pagi dah. Nak kena check-out! So dalam hujan lebat tu kitorang pun berjalan balik ke guesthouse.

And guess what, sampai kat guesthouse tu, masuk-masuk je bini Mr. Park dah bising marah-marah kat kitorang sebab katanya kitorang kena check-out before jam 11AM. Time tu just say sorry la then terus naik ke bilik ambil barang. Time tu terlebih beberapa minit je kot. Haihh takpela, maybe ada orang nak masuk bilik, tu yang dia nak halau cepat-cepat. Haha.

Lepas tu turun bawah nak check-out, saya terlupa pula nak bawa sekali plug adapter yang kitorang pinjam. Iyelah macam kat guesthouse sebelum tu just tinggalkan kat bilik, ni tak tau pula kena bawa turun sekali time check-out. Time ni memang dah masam muka Mrs. Park. Haih mana la kita tau kan. Maybe dia takut kita bawa sekali kat dalam beg kot, tu yang dia nak kita bawa turun letak depan mata dia. Haha.

So habis dengan drama-drama check-out di Myeongdong Guesthouse, kitorang pun terus berjalan ke Sejong Hotel dengan barang-barang yang banyak, plus hujan yang bertambah lebat. Fuhh sabar je la. So kitorang pun tunggu la bus untuk ke airport kat depan Sejong Hotel ni.

Charge untuk seorang adalah KRW 10,000. Kalau yang bawa barang banyak-banyak tu naik je lah bus ye. Tak payah nak susah-susah turun naik subway. Larat la sangat kan. Perjalanan ke Incheon tu mengambil masa around sejam juga. Time kat bus tu ingatkan nak enjoy la kan view sepanjang jalan nak ke airport tu, sekali saya terlelap la pula. Rasanya macam baru je tutup mata kejap, sekali buka mata dah sampai airport daaa~Melepas lagi. Haihh takpe-takpe, penat sangat la tu.

So dengan menaiki pesawat Air Asia D70505, kami pun berlepas la meninggalkan Incheon International Airport, South Korea menuju ke Kuala Lumpur, Malaysia. Bye-bye South Korea. Insya Allah kalau panjang umur dan ada rezeki lagi kami datang lagi tau. Huhu.


Oh ya, time nak take off tu sempat la jenguk kat tingkap, then ada la ground staff kat airport tu dalam 4 ke 5 orang camtu berbaris sambil lambai-lambai kat kapal. Comel giler. Lepas tu saya pun terus tido macam tak hengat dunia. Baru rasa penat yang teramat. Tido bangun nak dekat 3 kali juga kot. Bangun kejap je itupun sebab lapar. So kat dalam flight tu bekalan saya just Sweet Potato Cake/Goguma Cake yang saya beli kat Paris Baguette kat airport tu. Sedap! Lembut sangat-sangat keknya tau.

6 jam di awan biru, Alhamdulillah akhirnya sampai juga kitorang kat LCCT, Sepang around jam 10.30 malam gitu. 20 minit ahead schedule tau. Fuhh. Penat weii. Sampai-sampai KL tu je terus pergi Kampung Baru, melantak nasi la malam-malam. Terubat juga rindu dengan makanan Malaysia. Cehh padahal pergi seminggu je. Haha.

Then terus balik rumah, rehat-rehat and tido. Time tu macam tak percaya yang kita ni baru je balik dari Seoul, and dah mula rindu dengan Seoul. Huhu.

Apa-apa pun, Seoul memang memberikan sejuta kenangan untuk saya dan Kak Yanie. Yang manis ada, yang pahit pun ada. Insya Allah, kalau ada peluang dan rezeki memang nak pergi lagi sebab Seoul memang menjanjikan pengalaman percutian yang sangat best! Terlalu banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi tau. 

So kepada korang-korang yang bakal ke Korea Selatan ni, enjoy your trip guysss!!!!!!!! Nanti share la story korang pula.


So sekian saja untuk kali ni. Thank you for reading guys~ SHARE la cerita ni kalau suka ye. =)







14 comments:

Aesya Zealous Aesya Zealous said...

wahhh bestnye.. sy tak sempat baca semua. tapi yg pastinya entri awk ni buat sy tertarik nak gi sana! hehe!

Miss Farah Miss Farah said...

@Aesya Zealous wee thanks sudi singgah kat blog saya yg x seberapa ni. Yurpp! jom2 pergi korea! =)

Anonymous said...

Wah,bce pon da penat...blom pegi lg...hahah.. Info yg best,tp kurang entry pasal mknan... Minat nk g korea pasal drama dyeorg byk scene makan...so,teringin nk rase.. Sbb nmpk sedap dyeorg mkn... Pastu nmpk korg mcm azab je x mkn kt sne..hehe..

Bro Yusri Bro Yusri said...

sy penah pegi dulu ...masa kerja kat Samsung Seremban.

1. org korea ni slim & fit sebab hari2 jalan kaki naik subway pergi keje balik keje.

2. susah nak jumpa pendatang asing kat sini kecuali pelancong tak macam kat malaysia.

3. sopan santun & hormat masih tebal di jiwa dorang.

4. english memang out kecuali yg belajar oversea atau pernah jadi exp.

5. makanan halal ..kalau tak kena tempat memang tak jumpa punya.

6. kebersihan ok ..

7. dorang memang patriotik ...

Kam sa ham nida 감사합니다

Bro Yusri Bro Yusri said...

seminggu ni mesti adik kakak slim 3-4 kilo nih ..

Miss Farah Miss Farah said...

@Anonymous haha~sorry..memang kurang sikit info pasal mknn. iyelah first time dtg kan, lgpun mmg tak study sgt pasal tempat yg boleh mkn kat situ. apa2 pun kitorg mmg bawa mknn dari kl.so xde la berlapar sgt.cuma smpi kl tu meroyan juga la cari nasi terus kan.haha!

Miss Farah Miss Farah said...

@Bro Yusri yurp~setuju semuanya..terutamanya yg number 1 tu..haha :D

Miss Farah Miss Farah said...

@Bro Yusri ha ah..5 kilo hilang..balik kl je topup 10kilo balik..ekekke

Hazwani Fazil Hazwani Fazil said...

semua entry awk pasal korea best sgt.wani pun akan bercuti ke korea this week.jumpa pulak blog awak yg byk info ni.tq!

Miss Farah Miss Farah said...

@Hazwani Fazil thanks wani sbb sudi refer kat blog saya..slmt bercuti!kirim salam kat seoul ye~rindu seoul :)

Hazwani Fazil Hazwani Fazil said...

@Miss Farah tq!btw.wani pun suka running man!hehe.kelakar sgt!

My_Dark Passenger My_Dark Passenger said...

Assalamualikum.. wah.. seronok la baca trip ke korea ni.. serius.. dh terbayang camna saya kat korea nnt.. hihi.. thanks sgt2.. entry trip korea yg sgt bagus and membantu... xoxo.. ^_^

May Yahya May Yahya said...

Assalammualaikum,

Hai...salam kenal^^,
Minggu depan saya akan berangkat ke Korea..
sebenarnya selalu dah baca blog ni,ambil info dan petunjuk..
hari ni baru nak komen...^^,
Nak pergi English Village jugak tapi owner guesthouse suggest naik bas dari subway..^^,
Trima kasih bagi baca entri yang masyhuk ni ye..^^

MASHIRNANI MASHIRNANI said...

Jom pegi lagi..ceh.hahaha mcm pegi sme lak...hehe lau nak ajak backpacking pm sy 0192346407.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...