Wednesday 10 October 2012

Jom ke HALFEST 2012


Hi korang! Tengok tajuk entry pun dah tau kan yang ni bukan sambungan untuk trip Seoul hari ke-7 tu. Hehe. Ni entry selingan je. Actually tak siap lagi entry tu. Hihi.

Okey enough.

So sekarang ni nak cerita kat korang semua, bermula hari ini, 10/10/2012 (Rabu) sehingga 14/10/2012 (Ahad) akan berlangsungnya EKSPO HALAL TERBESAR MALAYSIA, tak lain dan tak bukan HALFEST 2012. Ekspo ni akan berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.





Dah namanya Halal kan, mestilah semua produk yang akan dipasarkan adalah Halal-Halal belaka. So time ni lah kita boleh tahu brand-brand makanan yang diakui keHALALannya, dan produk-produk lain seperti produk kesihatan, skincare etc. So lepas dari ekspo ni, Insya ALLAH dah boleh tahu dah produk mana yang halal dan tak halal. Takde la nak ada rasa was-was dan tahu nak pakai produk yang mana lepas ni kan. Iyelah, mencari yang halal tu kan fardhu bagi kita semua umat Islam ni. =)

Selain daripada pameran dan penjualan produk-produk Halal, banyak lagi aktivi yang akan dibuat sepanjang ekspo ni. Jangan risau, aktiviti-aktiviti yang dibuat tu dari anak-anak kecik sampai mak ayah boleh join juga. Dan yang paling menarik, setiap hari akan ada selebriti-selebriti terkenal Malaysia termasuk chef-chef kita yang bertaraf 'International' turut akan berada di sana nanti dan akan datang memeriahkan pentas utama Halfest ni.

So tak ada alasan untuk tak pergi ekspo ni. Saya pun Insya Allah akan pergi juga sebab tak pernah pergi lagi Halfest ni. Halfest tahun lepas tu timing tak ngam sikit. Time tu ada hal itu ini la, dulu-dulu kan student lagi. Huhu. So memang tak ada kesempatan. Insya Allah pergi Sabtu ni kot sebab nak tengok Dato' CT. Hahaha~ Sitizoners semua kena datang tau!

Tapi before tu, kena register dulu sebab nak masuk ni kena ada pas. Bakal-bakal pelawat sila register kat SINI dulu. Dan untuk info lebih lanjut pasal HALFEST 2012 ni, boleh layari laman rasmi HALFEST 2012.

So jom datang ramai-ramai, bawa family and member-member pergi sama. Lagi ramai lagi best kan. Ekspo ni terbuka untuk semua tau, semua lapisan masyarakat tak kira agama dan bangsa semua boleh datang. Jom pergi ramai-ramai!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...