Wednesday, 3 October 2012

My Percutian Bajet ke Seoul, Korea Selatan #DAY 5 - PART 1


Ouh sudah Oktober rupanya kan~ sekejap je rasanya masa berlalu. Tup tup dah nak hujung tahun. Entry Seoul ni pun tak habis-habis lagi. Memang tragedi Oktober betul la. Haiihhh. Insya Allah saya try habiskan secepat yang mungkin. Hehe.

Oh ya before that, again, I would like to thank you guys sebab sudi singgah membaca blog ni. Kalau suka boleh la follow blog saya yang tak seberapa ni, or share la my story dengan friends or family okey? Thanks! =)

Ditemani siri kartun CANIMALS di TV9 ni, meh saya story-mory dengan anda semua mengenai sambungan hari ke-5 saya di Seoul! Tapi kan before tu, korang tengok tak kartun Canimals ni? Siapa yang tak tau apa benda ni, cuba tanya Encik Google. Serius cute! Haha! Macam Pingu juga. Kekeke. Plus, kartun ni dari Korea juga. No wonder la comel. Haha. Siapa tau di mana ada jual patung-patung dorang ni, sila bagitau!

Canimals! Mimi dan Oz saya punya okey~
Sumber : Google Images
Okey enough. Habis cerita comel-comel pasal Canimals. Jom kita sambung cerita Seoul pula. =)

Macam enry yang lepas tu, kami berGapyeong Tour kan. Lepas dari Gapyeong tu my kaki ni dah memang sakit sangat-sangat. Blisternya jangan cakap la kan. Sape suruh tak bawa kasut yang sesuai. Bila kasut tu koyak, hah beli selipar pula. Padan muka. Time ni rasa macam dah tak mampu nak berjalan sebab sakit yang teramat sangat. Bila balik guesthous lepas dari Nami tu, memang rehat gila-gila sebab badan letih + kaki sakit yang teramat. Huhu. Tapi takpe, disebabkan bukan selalu boleh datang ke Seoul ni, kugagahkan juga diri ini.

03 JULAI 2012. Selasa. Seingat saya, hari ni pun kitorang gerak agak lambat sikit dari guesthouse. Almaklumlah bangun pun lewat gara-gara sakit kaki dan badan yang kronik. Haha. Okey hari ni kitorang nak ke mana ye? Hari ni kitorang decide untuk relax-relax je, jalan-jalan tempat yang santai-santai je. So kitorang decide untuk ke area Yeouido yang terletak di bahagian Selatan Seoul, di seberang Sungai Han sana.

Maca biasa, before keluar tu kitorang lunch siap-siap kat guesthouse. Menunya macam biasa la, meggi kari made in Malaysia. Haha. Oh ya, before tu nak cerita sikit, kat guesthouse ni kan ada free kimchi. So kitorang pun try la.

Saya cuba la tumis kimchi tu dengan minyak sikit kan, macam yang orang Korea selalu buat kat tv tu, tapi bila makan, hadoooiiii memang tak masuk anak tekak. Rasanya macam minum air bateri kereta je. Haha. Ceh macam pernah rasa air bateri kereta tu. Nak mampos?? Haha. Tapi serious. Kimchi dan kami memang tak ngam. Sorry. Huhu.

Okey, berbalik kepada Yeouido ni, so apa yang ada di sana ye? Kalau yang minat dengan drama-drama dari Korea ni, saluran KBS dan MBC mesti tak asing lagi kan untuk korang? Hahhh dua broadcasting company yang agak besar di sana terletak di Yeouido ni la. Tu yang nak pergi tengok tu. Hihi.

Hmm mungkin ada yang tertanya-tanya kan, kenapa la banyak-banyak tempat yang ada kat Korea tu, KBS dan MBC ni la juga yang nak dipergi. Hmm iyela, saja la kan nak tengok. Before ni tengok kat tv je, so kalau dah minat drama tu. Why not kita tengok depan mata KBS dan MBC ni. Lagipun haritu dah melawat bangunan SBS. kena la cukupkan korum kan. SBS, KBS dan MBC! Weee~

Jadi tengahari tu kitorang pun gerak la ke sana. Route untuk ke Yeouido adalah seperti di bawah ni melalui subway.

[1] Euljiro 3(sam)ga Station (Line 2) --> [2] Chungjeongno Station (Transfer to Line 5) --> [3] Yeouido Station (Line 5)


Klik untuk gambar yang lebih jelas.

I like transfer kat sini sebab kita kena jalan kat lorong yang ala-ala spiral ni.  Nak transfer ke Line 5 kena jalan macam turun bukit camtu, tapi dari Line 5 nak ke Line 2? Haaaa penat lorhh nak mendaki nanti.

Ada tanaman makhluk asing di situ ye.

Kena transfer ke Line 5. Line kaler purple untuk ke Yeouido Station.

Since kitorang plan nak cari bangunan MBC dulu, so kena turun kat Yeouido Station. Owh dekat sini ada cerita lain pulak. Haha. Apa lagi, sesat punya pasal la. Kalau nak pergi straight ke bangunan MBC ni, dari Subway Yeouido Station tu boleh la keluar ikut Exit 4 /5. Tapi dalam kes kami, kami ambil Exit 6. Haha.

Confident pulak tu terus jalan straight. Sudahnya tak jumpa-jumpa. Pusing sana-sini pun tak nampak-nampak bangunan MBC tu. Sebab seingat saya keluar exit tu then just jalan straight je memang dah boleh nampak bangunan MBC. Cehhh padahal salah exit daaa. Ekekeke.

So agar korang tak tersesat macam kami, kat bawah ni map yang betul ke MBC.



Exit 6 yang membawa kami ke arah kesesatan. Haha.

Keluar dari subway je bangunan semua tinggi-tinggi belaka.

So berjalan la kami lalu bangunan-bangunan pejabat yang ada di sana. Dahla time tu mendung, nak hujan dah. So rasa macam dah nak sesat tu, terus je la tanya kat orang-orang kat situ mana nak pergi MBC. Huh dah la kaki sakit, sesat lagi. Double trouble betul. So jalan la kami pusing-pusing kat situ. Sepatutnya boleh sampai cepat and sekejap je, dah jadi lama la pulak.

Owh MBC, di manakah engkau? Kiri ke kanan ni?

Memang betul-betul persimpangan dilema ni.
So dah habis dengan siri kesesatan tu, akhirnya jumpa la juga bangunan coklat ni. Tulahh MBC!!! Tapi kitorang tak masuk dalam sebab tak sure boleh masuk ke tak. Just gambar-gambar dari luar je la. Agak old-fashioned sikit bangunannya. =)







Dah habis tu, on the way nak ke KBS kitorang singgah la kat KEB, Kak Yanie nak tukar duit. Hehe. Sambil tu boleh tumpang berteduh jap sebab hari dah hujan. Kenapa tukar duit kat KEB ni? Sebab KEB ni antara bank yang terima duit Malaysia. So kalau nak tukar duit RM kat Seoul, cari je KEB ni.

Sempat lagi saya curi-curi snap gambar kat dalam bank tu. Terus security guard tu datang kat saya. Ingatkan dia nak marah, rupanya dia tanya pasal kamera daaa. 'Nikon? Canon?' Haha. =)

Love Rain la sangat kan. Haha.


Kak Yanie tengah di soal siasat.



Okey, since hujan dah berhenti tu, kitorang pun shoot la cepat-cepat nak ke KBS. Dari MBC tu, korang jalan je sampai jumpa Yeouido Park. Kalau jumpa taman tu, hah korang berada di jalan yang benar la tu. Haha. So kitorang lepak-lepak la jap kat taman ni. Fuhhh besar, mesti best kan lepak-lepak and beriadah kat sini petang-petang. Boleh sewa basikal and roller blade lagi.

Untuk direction, maybe map di bawah ni boleh membantu korang. =)




Fuhh besarnye jalan ni~


Itu dia sign Yeouido Park!



So dari Yeouido Park tu, jalan je straight, kira macam kita seberang taman ni la. Then mesti korang akan perasan satu bangunan ni sengan kubah hijau. Hah, tulah bangunan National Assembly of South Korea. Tapi macam nampak agak jauh je, plus malas nak berjalan ke sana, so kitorang skipkan je la tempat tu, dan mengahala terus ke KBS. Padahal dekat je pun. Haha. =)






Oh ya, dari Yeouido Park tu kan, bila dah nampak bangunan kubah hijau tu, korang ambil la ke kiri dan jalan sahaja terus, tak lama lepas tu mesti akan nampak bangunan besar yang banyak tiang besar-besar dan tangga-tangga tu. Bila dah nampak tu, confirm korang dah sampai ke KBS! Sign KBS pun dah terang-terang terpampang tu, mesti akan nampak punya la. =)

Bangunan National Assembly of Korea.

Oh ya, kalau yang nak direct ke KBS ni via subway, boleh la naik train tu terus turun kat National Assembly Station (Line 9), then ambil Exit 4.



Then acara wajib kat KBS, haruslah bersesi fotografi kan. Ngeh ngeh ngeh.







Pantang nampak dinding putih berseri, mesti nak ditinggalkan tanda. Isk Isk.

Ouhhh ada orang berkelakuan tidak senonoh di situ!


Kat luar KBS ni juga ada orang-orang comel yang sedia menunggu dan menyambut kedatangan anda semua~merekea-mereka ni adalah watak-watak dalam siri animasi Korea - HUTOS- =)






Untuk peminat abang-abang Suju, mesti dah tau kan apa kaitan abang-abang Suju dengan Cool.fm ni. Hahh kalau nak tau setiap malam, rancangan Super Junior Kiss The Radio di Cool.fm ni antara yang paling ditunggu-tunggu oleh ELFs seluruh alam sebab nak tengok idol-idol dorang ni.

Sekarang ni rasanya still Yesung dengan Ryewook lagi kan untuk Season 2? Ke dah tukar. Me tak tahu. Hehe. Selain daripada tu, tempat ni juga akan dipenuhi oleh peminat-peminat untuk guest artist yang datang untuk hari tu la. Contoh kalau SNSD datang, konfirm la SONEs seluruh alam yang akan dok tunggu depan tu kan. Siapa lambat, jangan harap la boleh duk kat baris depan and nampak dorang kat konti tu. Haha.

Macam time tu kitorang datang jam 2 lebih camtu la, dah ada yang gigih menunggu tau. Fuhhh. Sanggup betul. Padahal shownya on air jam 10pm. Siap ada lekat 'notis pemberitahuan' kat floor depan konti radio tu. Banyak la yang dorang tulis. Yang saya ingat, ada satu notes tu dia tulis macam ni. Ni saya translate la. 'Sila jangan berdiri di sini. Tempat ni sudah di booked untuk kami 2 orang.' Hah macam tu la. Kekeke. Pastu siap ada yang duduk jaga kat situ. Haiyooo. Sanggup!


Okey lepas tu kitorang decide untuk masuk ke KBS ni untuk tahu lebih lanjut sejarah KBS ni. Bukan lah masuk tempat shooting ke apa ke, masuk tempat untuk visitor tu la, namanya 'KBS on Information'. Entrancenya kat tepi belah kiri bangunan ni. Best kan. Kat Malaysia ni ada tak tempat yang visitor boleh masuk macam ni? Kalau TV3 ada nak juga pergi tengok apa ada kat dalam. Hehe.




Jom kita tour kat dalam ni untuk mengenali lagi KBS ni! Tapi sebelum tu, nak masuk ke sini PERCUMA je. So jimat lah kan takyah nak bayar apa-apa. Bila masuk tu, lepas tu nanti kena naik 3 or 4 tingkat ke atas kalau tak silap. Naik tangga hokeyy. Dah la kaki sakit, gigih juga memanjat tangga. Haha. Jadi mari kita tengok apa yang ada kat dalam~

Masuk-masuk tu je macam biasa la, sepanjang-panjang hallway tu diceritakan lah kepada kita ni pasal sejarah KBS ni, achievement dorang dan banyak lagi. Tapi semuanya dalam bahasa Korea. Untunglah kepada sesiapa yang faham. Yang tak faham? Buat-buat je la faham ye macam kami ni. Haha.


Kat sini ada la blue screen tu kan. So apa lagi, play time la jawapnya!

Excited!

Member-member sebenar 1 Night 2 Days~ Betul, memang ada pompuan seorang!

Ada macam real ka?? =D

Puas hati dapat main kat skrin biru~

Encek Mera.

From left. Formulanya ialah A + B = AB.
Okey, kita tinggalkan acara skrin biru. Jom jalan-jalan lagi tengok apa yang ada~


Ahhh ketemu lagi mereka berdua di sini~


Ni drama yang paling terkesan di hatiku!
 Lepas tu jangan lupa singgah kat bilik 3D ni pula. Just tayangan 3D pasal KBS ni~ Dah free, masuk je la.




Saya pun nyanyi juga la time lagu Roly Poly ni~ Mesti staff tu heran kan~ Haha!

Dah habis 3D show ni, kitorang pun tour lagi tempat ni. Sepanjang hallway tu, poster-poster drama yang pernah ditayangkan di saluran KBS ada ndiletakkan di situ. Selain daripada tu juga tv flat screen turut diletakkan di sepanjang hallway tu. So boleh la kita tengok clip videos dan juga tengok tv la, saluran apa? Haruslah KBS kan! 

Owh jumpa lagi rakan-rakan seperjuangan ku dulu~


Ohh adik-adikku!

Close-up sikit. Sila teka lagu apa ni~Senang sangat!


Board putih untuk kita meninggalkan jejak.

Mana saya punya?


Lepas tu main record suara pulak. Yang funnynya, bila lepas kita record tu kan, dia akan play balik dan satu floor tu akan dengar la suara kita. Kuattt gilerr! Haha~



Lepas tu jalan-jalan lagi. Dan ni area yang diabadikan khas untuk tokoh-tokh sukan mereka~

Ice Queen Kim Yuna. Dahla world champion, pandai menyanyi pula.  =)

My eldest brother yang tak pernah jumpa pun. Haha.

MU dan the three lung man hanya tinggal kenangan. Huhu.
Okey lepas tu part yang paling best. Haruslah berangan-angan jadi anchor woman pula kan.

Nervous first time on air.


Skrin tv tu yang kecik tau. Haha.



Okey, playtime is over. Hari dah petang and nak hujan lagi time tu. So kitorang pun cepat-cepat keluar dari KBS tu sebab nak pergi ke 63 Building pula. Tapi saya buat kat entri yang lain la ye sebab macam tak best pula bila campurkan entri KBS dengan 63 Building tu.

Apa-apa pun, memang best dapat berkunjung ke KBS ni, selalunya tengok saluran di tv je tapi kali ni berpeluang sendiri pergi tengok, lihat dan visit bangunannya. Siapa-siapa yang nak ke Seoul nanti, maybe boleh masukkan tempat ni dalam list anda? Kan kan. =)

Bye-bye KBS~
Okey guys, ni je la untuk entri Part 1 hari ke-5 ni, harap-harap korang dapatlah sedikit info dan enjoy entri kali ni. Jangan lupa baca entri ke-2 pula nanti ye. =)


Thank you for reading!








8 comments:

Syakir Rahman Syakir Rahman said...

ohsem giler r.... tringin nk pergi korea...

Miss Farah Miss Farah said...

tunggu tiket flight murah, then boleh fly pergi Korea~ Insya Allah =)

norharyanisanusi said...

huahua..
rindu la mo 'shooting' d KBS farah!hihihi

Miss Farah Miss Farah said...

@norharyanisanusi eya ba kak. best kan di kbs tu =)

Norharyani Sanusi Norharyani Sanusi said...

iya.rindunya kakak dgn KBS tu..=)))
bah plan ke Phnom Penh plak next year klu ada tiket promo/murah
jln2 tgk negara org.hehehe

Miss Farah Miss Farah said...

@Norharyani Sanusi Insya ALLAH kak~ next destination kita, CAMBODIA!=D

mae mae said...

Salam, nak tanya masuk kbs building tu ngn buat sume kat dlm tu kene bayar ke..nak kene jmp sape..

Miss Farah Miss Farah said...

Hi awak..sorry br nmpk comment..foc tak perlu baayr..masuk je pintu kat belah kiri building kbs tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...